Saturday, May 11, 2013

Rapat dalam kejauhan

Assalamualaikum :)

“ Cinta mungkin muncul dari sudut tak terjangka…
Beranikah anda mencuba?”

Gramatis kan ayat kat atas ni ? Ayat ni merupakan tagline komik manga hasil karya Xiao Bai.

Tak sangka dla sekarang pun baca komik..dulu pun baca juga komik bila terjah ke bilik adik dla.

Dan sebenarnya sentimental value dalam komik ni yang berjaya menambat hati dla. Menitis juga mutiara-mutiara indah dari kolam mata.

Ya. Sentimental value sebagai seorang anak yang sentiasa inginkan kasih sayang dan cinta seorang ibu.

Komik ni mengisahkan Li Wei dan Xiaotian yang terpisah akibat kemalangan jalan raya yang menimpa Xiaotian. Li Wei pula ialah anak kepada Xiaotian. Atas hasrat tinggi Li Wei untuk bertemu ibunya yang dirindui setelah sekian lama terpisah, akhirnya hasrat untuk berjumpa ibunya terlaksana apabila Li Wei dihantar ke masa silam semasa ibunya masih berada di alam universiti.

Terkadang dla terfikir, anak mana yang tak terasa kehilangan seorang ibu yang sangat.sangat memberi makna dalam hidupnya.

Sempena hari ibu kali ni, dla ingin mengarang sebuah sajak untuk mak dla. Mungkin dla masih malu kalau nak tunjukkan sajak kepada mak yang ala hantam keromo tapi dikarang dengan penuh rasa sayang yang penuh dalam sanubari ini. Asalkan suatu hari nanti, bila dla sudah tiada,berusia mahupun berumahtangga, puisi ini lambat laun dibaca oleh emak tercinta.

Khas untukmu, Pn. Liza

Mak…
Pernah dulu dirimu setia disisiku
Menemaniku
Hatta hingga tatkala ini pun
Tidak bisa kusangkal dengan keraguan hati ini
Untuk menerima sepenuh kasih sayangmu
Alas sejuk tempat membuang lelahmu, tempat mu mengutip secebis tenaga
Namun semua itu tidak kau hirau
Ingin diriku membalas semua kebaikan yang dirimu berikan kepadaku
Namun ku tahu
Ku tidak berdaya
Kerana kasih mu terlalu besar untuk ku balas
Terima aku, simpan aku dalam hatimu
Selama-lamanya
Hingga hujung nyawa
Terima kasih emakku. . .


Duhai bonda, Selamat hari ibu~