Tuesday, November 15, 2011

nape merah jari tue?..

Inai atau dalam bahasa omputeh dya Henna mempunyai nama saintifik yang tersendiri juga iaitu Lawsonia Inermis. Kawan-kawan panggil inai nie 'pacar'..itu la yang dla dengar dorang panggil inai nie sejak dla darjah dua lagi.

Hujung-hujung tahun gini sebenarnya dla rindu nak pakai inai kat jari-jari dla..selalunya nie jadi aktiviti tahunan dla n family..takpun syok-syok sendiri je..memang tak lekang jari nie berinai di hujung tahun..

tapi bila hari berganti hari, tahun berganti tahun, dan usia pun makin meningkat..nak pakai inai persis pengantin perempuan macam dulu, dla rasa segan daa..takut kena kata dek orang..hee..

pernah ada orang berbicara mengenai hukum memakai inai nie..almaklumlah..orang-orang sekarang terlalu kreatif dan berseni..macam-macam corak nak buat kat tangan yang cukup dengan jari-jari yang comel-comel dan runcing tue..

dan setelah dla menggooglekan pasal nie..dan

setelah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

******
kesian dla tengok pokok inai kat luar rumah tue, takde dah orang nak guna dia..daun makin lebat..kesian.kesian..

takpela..dla tunggu tahun depan je laa..manataw ada cuti panjang nanti, bolehla pakai kn :)

******

MUET awaiting me..huh?!.19th.

Sunday, November 13, 2011

Dan Gerimis Berbisik...

.Alhamdulillah.

tambah lagi satu novel yang dla khatamkan untuk cuti nie :)

novel Dan gerimis berbisik nie sebenarnya sambungan kepada novel Andai gerimis berhenti.

jikalau dulu tangan nie tak sengaja ambik novel Andai gerimis berhenti, sekarang pulak novel Dan gerimis berbisik hanya ada senaskhah lagi yang tinggal atas rak-rak novel Melayu Popular.

novel yang bercover biru nie menyambung kisah Aisya yang membawa diri ke Leicester bagi menenangkan perasaannya dan juga menyambung pelajaran kat sana.

Part yang best untuk intro ne bila Najmi, mak Aisya dan Hakim datang ke Leicester secara suprise untuk Aisya...dah banyak sembang-sembang, jalan-jalan sambil main salji, Najmi mencadangkan biar dorang nie menikah kat sana. Kan best tue dapat menikah kat tempat bersalji sesuai ngan warna persalinan pengantin dorang,puteh.

yang paling tragis juga bila Hisyam nie sibuk je nak balas dendam ngan Aisya..dah takde jodoh, apa boleh buat kan..anak dia meninggal pun dah ketentuan takdir..tak payah la berabis nak pomen-pomen keta biar eksiden apalagi cubaan bakar Impian Bonda...ish3..dah teremosi pulak part nie..nasib just cerita..


ye la kan..Najmi akhirnya koma bertahun jugakla gara-gara Hisyam..dan bersyukur pada endingnya dia menunjukkan perkembangan positif.."Abi panggil umi!" kata Dija pengarang jantung Aisya.

.TAMMAT.

Ada yang dla nak share sikit kat sini dengan anda..untuk ingatan kita bersama..InsyaAllah.

"Usaplah bahu emak ataupun memberi pelukan kepadanya. Mencium mereka juga membuatkan dosa-dosa kecil kamu terlerai kerana dia yang melahirkan kamu dan membesarkan kamu. Pandanglah wajahnya kerana di situ juga ada pahala"..Subhanallah

"Jangan tidur selepas subuh, rezeki susah datang kepada diri nanti.."
kalau dalam KCB 2, kalau tidur lepas subuh..rezeki akan dipatuk ayam~

************

Kepada adindaku, kakandamu mendoakan agar adinda dipermudah segala urusan ketika berhadapan dengan kertas-kertas sulit yang dikeluarkan kementerian. Moga sukses menjawab semua soalan dan menjawab dengan tenang meskipun kakandamu akan ke suatu kepulauan nanti..tunggu kami petang nanti.

Salam mesra ^^.

Saturday, November 12, 2011

KCB II ;)

Kau mencintaiku Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa
Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga
Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala..

Friday, November 11, 2011

mata.DOMiNANT.eyes

salam Jumaat ^^..

hari nie dla nak tanya ngan korang.

korang punya mata dominant yang belah kanan ke belah kiri??

kanan..

kiri..

tak tahu??

cube kenyit mata anda SEKARANG..buat ye insan2 comey :)

untuk pengetahuan anda, mata yang anda yang anda gune untuk tackle gadis-gadis cantik atau jejaka-jejaka macho tue adalah mata recessive. smntara rakan karibnya sebelah tue adalah mata dominant anda..

nak tanya lagi..

anda pakai kacamata x?..ne sesuai tanya kat adik-adik dla nie..hehe

sekarang ne ada satu kaedah laser yang akan membuat anda tampak lebih yakin tanpa spek mata..ye la kn, bile pakai spek nie yang paling susah time nak pakai tudung..banyak je anasir karipap datang menjengah..siap ada sound effect lagi.."fuhh..fehh"..tiup2 tudung ye..hehehe

LASIK..laser assisted in situ keratomileusis

jom baca dulu artikel nie ye..

Ini adalah kaedah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan untuk rabun jauh, rabun dekat dan silau. Ia adalah kaedah pembedahan yang popular dan berjaya dilakukan diseluruh dunia.

Prosedur pembedahan ini tidak memerlukan kita untuk masuk ke hospital dan ia hanya mengambil masa 10 minit. LASIK mengubah kelengkungan kornea. Mata akan merasa kebas selepas titisan mata anestetik dimasukkan ke dalam mata. Selepas itu doktor mata yang mahir akan membentuk satu lapisan kornea dengan alat microkeratome iaitu alat pembedahan mikro yang amat jitu. Selepas lapisan kornea ini dibentuk dan diketepikan, permukaan kelengkungan kornea akan diubahbentuk dengan sinaran laser Excimer.

Lapisan tisu kornea ini amat nipis sekali dan prosedur menggunakan laser Excimer tidak memberi kesan kerosakan haba atau kesan parut pada tisu-tisu sekeliling. Selepas sinaran laser ini, flap kornea yang masih terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlu sebarang jahitan.

Pada dasarnya risiko akibat prosedur LASIK ini adalah amat kecil. Sebelum pembedahan dilaksanakan para pesakit perlu memjalani pemeriksaan pra-pembedahan bagi mengetahui samada pesakit tersebut sesuai ataupun tidak menjalani pembedahan LASIK.

ehmm..macam best je kn..harga dia pun best..
kira standard laa..



...dla ada gaya x macam optometrist?..;D

Thursday, November 10, 2011

ehem..ad sambungan lukisan jiwa :):)




gembiranya bila dpat tahu kisah Lukisan Jiwa masih ada talian hayatnye..:)

kalau korang nak join dla berkecimpung dalam aktiviti menajamkan mata nie, bolehlah p link nie..

Lukisan Jiwa punya adik-beradik

mr.pai epal punya kisah

Tuesday, November 8, 2011

Melankolik Cinta


Alhamdulillah..khatam juga dla novel setebal 517 mukasurat nie...dan dla sangat gembira dengan jalan cerita novel nie..

bukan nak ambil hati sape-sape..tapi serius nie dla cakap..tengok muka dla sekarang. ada macam main-main ke??..

dla senyum je nie taw kat korang..

Novel nie mengisahkan kehidupan dan kisah hati seorang gadis yang bernama Ayu Alenda (macam kenal la nama nie kn??) yang tabah dalam menjalani zaman kanak-kanaknya, remajanya dan di alam dewasa.

dla sangat respect dengan persahabatan yang Alenda jalinkan bersama Midah, Imran Qaiser dan juga Murni, terutamanya Alenda dan Midah...ke mana ada Alenda, kat situ ada Midah. orang kata macam belangkas pun ble jugak. lepas tue baru ada Imran Qaiser. tambah pula dengan kisah Alenda yang boleh dikatakan mempunyai masalah hubungan keluarga yang agak complicated..dan dla pun da maafkan segala kesalahan Salina...biarlah dia mati dalam keadaan yang aman..aiseh :)

dla sokong jugak dengan pendirian penulis a.k.a Cikgu Rusila dalam keprihatinan beliau untuk mengubah persepsi orang kita terhadap anak yang dilahirkan sebelum terhasilnya akad nikah yang sah.

rasa cinta Imran Qaiser kepada Ayu Alenda sejak dia berpindah ke Desa Saujana hinggalah dia dewasa juga tak pernah pudar..asyik nak tahu je ye kat mana Alenda nie pergi...padanlah dengan ucapan 'Akan kukejar sejauh mana pun kau berlari kerana hatiku ada padamu'. setia sungguh cikgu letakkan sifat Imran nie kan..realitinya, bukan semua macam tue kn..betul tak?anda macamana pulak.. tepuk dada tanyalah selera.

p/s: kepada Cikgu Rusila, best rating untuk cikgu...n buatlah lagi novel ye..Insyaallah saya baca nanti ^^.

Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha..^^

Assalamualaikum.. Satu perkataan yang dla bole gambarkan untuk hari nie...

Variasi

Macam-macam da makanan kena sumbat kat dalam perut nie...macam tauhu sumbat pun ada da taw..

hari raya hari nie sangat-sangat lain kalau nak bandingkan dengan hari raya yang lain.. pasainye kitorang ada BBQ..ala-ala picnic gtue..yang paling grand bile ada daging.. feveret tue..nasib je tak terkeluar suara-suara merdu kambing..dah ada gene kambing kn..

hari nie ada laksa penang, lontong, nasi lauk kari ikan, nasi impit, rendang ayam, nasi dagang terengganu, nasi dagang kelantan, ketupat palas, ketupat empat segi tue, n baaaanyak lagi...blum tambah biskut raya dengan kek sekalian..hurmmm..memang delizioso laa..;D

rakan-rakan seoffice ayah hari nie berganding tenaga jugak siapkan semua nie..aidiladha kali nie boleh la dla bagi tema Food of Malaysia.. macam buat kenduri kahwin daa...makan besar..

baru sat tadi ada jugak kawan mak datang..habis diinterview nye dla ibarat doktor nak merawat pesakit.. tapi memang dla respect la dengan mdm nie sebab beliau nie antara salah seorang doktor wanita muslimah di bahagian rawatan OnG..sporting lagi..menjadi inspirasi sungguh.


Ikhlas daripada dla ;)

Friday, November 4, 2011

Bilang-bilang cinta di hati, ku bilang lagi dia dah pergi

Assalamualaikum anda-anda yang gemilang

Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana sumbunya,
Insan dirindui telah pun pergi,
Doa diiringi tenang di sana.


Dua hari lagi aidiladha menjelang...dan alhamdulillah dla dapat pulang lagi berhari raya kat rumah dengan family tersayang...tak macam tahun lepas. Sibuk nak beraya kat sekolah..tapi dla tak rasa menyesal sket pun...

Ingat-ingat balik...kitorang buat persiapan raya tue dekat rumah Cikgu As..memang best.Ada buat buras..siap anyam ketupat lagi..huhu

tapi tahun nie lain sket..bukan sebab dapat raya kat rumah.

Tapi sebab ada insan yang dla sangat rapat dan sangat sayang pergi.

Hasrat arwah nak jejakkan kaki ke Mekah tak kesampaian..takpe la..insyaAllah anak-anak boleh buat upah haji..

Arwah Opah Yang...
entah kenapa dla rasa bersyukur sangat dapat balik beraya aidilfitri kat kampung..at least, sempat jumpa opah buat kali yang terakhir...dla tahu, tahun-tahun yang akan datang mesti rasa lain tanpa kehadiran opah..tok wan pun sepi tanpa opah..

Allah lebih sayangkan opah..semoga rohmu aman di sana..insyaAllah.

Al-Fatihah.