Tuesday, November 13, 2012

le Trip ;)

Assalamualaikum.

Hari ini,,iaitu hari yang tenang dan aman damai..tanpa kelibat teruna-dara berpusu-pusu melangkah ke kelas,,ke kafe mahupun merebut tempat di bas..

Oh!

MId-SEm Break!!

Ya..kerana itulah.

.CAMERON HIGHLAND.
Salah sebuah lokasi perlancongan tanah tinggi, antara yang terkenal di Malaysia selain Genting Highland dan Kundasang. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai suhu antara 10c hingga 20c.

Terletak di negeri Pahang dan kami mengambil laluan dari Tapah untuk ke sana.
Bila guna laluan dari Tapah,,kepala pun boleh jadi pusing kerananya jalan yang ditempuh sangat berliku-liku.

Tapinya,,kami lapar masa bertolak!

Jadi perhentian pertama untuk makan pagi di RnR Sungai Buloh.


Perhentian kedua di Cameron Valley. Pemandangan yang indah walaupun dilihat dari toilet?!


Setibanya di SK Convent,,kami terpaksa menanti beberapa ketika untuk masuk ke singgahsana yang disediakan untuk kami. kesian kat adik2 yang sekolah kat sana,,nak pi sekolah pun kena naik tangga curam.dah la curam,tinggi pulak tue..akak-akak n abang-abang mengah naik tangga sekolah ni.


Tu dia Ms. S..

Lunch Time. Tempat sejuk membuatkan kita asyik-asyik lapar. Lapar. Dan lapar...
Boleh jadi seperti Polar Bear nie.

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak Jungle trekking. Hujan semakin lebat dan lebat. dan akhirnya renyai-renyai.
Syukur la hujan lebat dah renyai..baru boleh jalan-jalan..kita redah je hujan.



Nampak tak sungai tue?..

Tu la Sungai Bertam. Nampak tak warna apa sungai tue?..dah macam teh tarik kaler dia..menandakan sungai mengandungi high solute concentration,,selain menandakan adanya pembangunan n buka tanah sedang dijalankan. Iginkan kemodenan, tapi usah berlebihan.OK?


Selamat datang ke KG. TAMAN SEDIA. Nak tahu??..
Kg. Taman Sedia merupakan penempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands.
Mr. Wiki kata, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung. dla ada juga snap lokasi homestay yang anda boleh tinggal kalau singgah ke Cameron nie.

Jom masuk kampung!







Ehh..tetiba ada kenduri kahwin pulak..da la tengah asyik berstrawberi.
Strawberry,Strawberry,I love you..
Strawberry,Strawberry,I miss you..
Terkeluar pulak lagu zaman-zaman ribena ^^.





Srott..srott makan aiskrim. bukan nak promote lahh,,tapi aiskrim nie sedap. betul. RM1 je..muka jadi cengkung!


Another homestay :)


Yeay.Alhamdulillah..sampai.

cuma sedih bila tengok sungai di sepanjang track dah berwarna teh tarik lagi..katanya,,aktiviti pertanian dan pembangunan makin giat. segala pesticides semua dah mengalir ke dalam sungai. bila kita cuba-cuba nak menggunakan air sungai tue, takut mendatangkan mudarat pada kulit kita.

Lagi satu, mohon kita berusaha untuk tidak membuang sampah merata-rata semasa berada di hutan takut-takut Leptospirosis menghinggap manusia. Ayuh CEGAH.


Comelkan akak-akak strawberry kita ^^.


Meriah suasana di KEA FARM.


Madu yang baru dipotong. Sangat Fresh!
Madu merupakan ubat kepada segala penyakit tau..insha Allah ^^.


Mengakhiri lawatan ke Cameron dengan teh tarik float milik dba,,tp dla prefer fresh mint tea :)


Lata Iskandar juga sangat best view dia.Subhanallah.






Thursday, November 1, 2012

Wall climbing 12

Assalamualaikum!

Rasa sejuk petang nie..Brrrr!!!

aHHa!

Wall climbing. Bunyi macam best. Sekali cuba pasti nak climb lagi.
Betul punya..Insya Allah~

Wall climbing ni merupakan salah satu indoor activity dan kadang-kadang boleh jadi outdoor games jugak.

Kalau nak dibandingkan dengan rock-climbing, yang dla rasakan sangat mencabar dan sangat menguji stamina kite...wall-climbing ni kira anak cucu dia je laa..

Tapi...

untuk permulaan percubaan memanjat dinding ala-ala batu berhampiran kolej serumpun ni agak menguji skill pemikiran kritis jugak laa...

Ohh,, untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian...

Anak-anak kecil di Singapura, mereka telah dilatih untuk ber'wall-climbing' sejak sekolah rendah lagi bagi meningkatkan lagi pemikiran kritis mereka. Dalam erti kata lain, untuk membuatkan otak lagi cerdik tambah2 dalam situasi yang mencabar.

Dla juga ada rasalah..rasa..rasa..

bila kita mendaki sesuatu, yakni ingin mencapai sesuatu yang belum kita dapat capai..kita akan berusaha dan berusaha dan berusaha mendapatkan apa yang kita hajati..

samalah analogi dengan wall-climbing nie..setiap satu petak kaki kita jejak menandakan satu meter telah kita panjat.

Jadi,,apa aim kita??

3meter?? 8meter?? 12 meter??

Selagi kita berusaha..insya Allah ada hasilnya.

Untuk first try ni, dla hanya berjaya memanjat hingga ketinggian 4meter sahaja.
4meter tue boleh dikira panjang baju kurung dla je. Cukup-cukup je orang bilang.

Apa-apapun, alhamdulillah~

Salam ceria taw ;)