Monday, December 3, 2012

KPP at da z00~

Assalamualaikum ^^.

wah..waH..wAH..WAH!!

Semua kawan-kawan dla hari nie semua da mengadu sakit-sakit badan ekoran sesi menyental mental segala di zoo.

Tapi kepenatan tue boleh dikira berbaloi jugak laa kerana dapat bertemu, bermain dan bersuka ria dengan makhluk-makhluk comel yang ala-ala gergasi jugak ciptaan Allah nie..

Ingatkan budak-budak KPP je yang bakal menerokai zoo Negara nie,,tapi rupa-rupanya ada jugak volunteer dari satu badan sukarela dan juga pelajar-pelajar akaun dari IIUM. Berbaju biru belaka deme nie..sedap je mata memandang.


Sebagai kumpulan pertama yang bergerak keluar dari perkumpulan rakyat jelata yang tengah berdebar-debar menantikan anak-anak comel mereka.
Luckily, kami dapat kandang zirafah dan gajah. Gamaknya besau-besau haiwan-haiwan nie dari saiz kami berlima.



Tugas pertama,,

Menyapu segala nyahtinja zirafah~
Sekali tengok macam coklat cadbury dan juga coklat Vochelle. tapi, Hati-hati.
Coklat bukan sekadar coklat. Coklat boleh dibuat baja punya :D
Masa menyapu juga perlukan tumpuan yang penuh tau kerananya takut tiba-tiba zirafah tue datang dan melakukan tendangan yang sangat cantik. Macam yang jadi kat rakan dla, Ella.

Owh ya..Keeper zoo juga sangat sporting. Abang Din yang menjaga kandang zirafah, Abang Alias jaga kandang gajah dan Abang Tam sebagai supervisor untuk kedua-dua kandang.

dla rindukan baby.

Sayangnya, baby dan Beckham, yang berusia 7 tahun akan dihantar ke Sri Lanka awal tahun hadapan untuk ditukarkan dengan seekor harimau putih dan akan tinggal kat sana selama-lamanya hingga akhir hayat. Terpaksa la dla buat rancangan ke Sri Lanka pulak lepas hajat ke Mekah terlaksana. In shaa Allah ^^.


baby n Beckham nie makan carrot dan keledek. mak dia dan zirafah-zirafah lain makan carrot dengan keledek juga disamping roti coklat gardenia..mewah kan!

Gajah pulak..ada yang nama Siti. Ada jugak kami panggil Boy. Ada lagi satu, kena kurung sebab meragam pulak hari kejadian. Gajah ni besar tapi makan haiwan kecik-kecik macam semut. Bila makan buluh muda yang kami ambil kat kawasan zoo semalam, dla rasa macam dia tengah makan ulam. Prakk prakk bunyi dia.

KPP pun ada haiwan angkat sendiri..sepasang Burung Enggang. Burung nie ada fact yang agak menarik laa..dan dla pun berharap akan ada eternal love seperti enggang nie suatu hari nanti..



Jom USHA apa lagi yang ada di Zoo Negara!

















FAKTA : Zirafah takut AIR~


Eh, cicak tokek pun ada!

Dla sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Apalagi, kuyup jugak la kami..tambah air-cond dalam bas..Brrrh..Menggigil jugak la masa tengok Aku Terima Nikahnya~

Nota Kaki : Sayangilah haiwan di sekeliling anda~ 0.o