Thursday, January 31, 2013

BULAN CINTA~

Assalamualaikum wbt.:)

Alhamdulillah, sekarang kita akan menjengah ke bulan Februari bagi tahun 2013.

Kepada Mak dan Ayah, Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke-21 pada 1 Februari ini.
Kakak doakan agar bibit-bibit cinta sentiasa mekar dalam perhubungan suami isteri ye serta diberikan kesihatan tubuh badan. Moga berkekalan di dunia dan akhirat In sha allah.

Bila tiba bulan Februari je, mula la muncul kat tv semua cerita-cerita romantika..mula la main drama Jodoh, drama Akasia yang menggantikan drama Setia Hujung Nyawa (SHN).

Bercerita tentang SHN, ia adalah satu drama adaptasi daripada novel. Banyak benar drama, filem yang mengadaptasi novel sekarang ni. Macam dah jadi trend zaman sekarang. Untung lah si penulis novel. Hasil karyanya difilemkan.

Mengomel tentang jodoh pula, banyak rakan-rakan dan sepupu yang menyarankan untuk mencari teman lelaki dalam usia yang muda. Demonstrator makmal pun kata hal yang sama. Katanya, semakin bertambah usia, semakin kecil skop untuk kita bertemu pasangan hidup. Ye la kan, masa kita belajar..kita akan bertemu dengan macam-macam orang. Tapi bila kita dah bekerja, kita akan tertumpu dengan kumpulan manusia dengan skop yang lebih kecil. Contohnya, yang biasa kita lihat perkahwinan antara cikgu dengan cikgu.
Bagi dla, bila dah jodoh…tak kira usia atau kerja apa atau di mana, tetap akan bersatu. Kalau tak di dunia, In sha allah bertemu di akhirat. Perancangan Allah yang dirancang untuk hambanya begitu sempurna.

Tak lama lagi musim belajar akan bermula. Beberapa minggu lagi akan kembalilah ke daerah perilmuan.
Doakan agar dapat mengumpul ilmu dengan penuh molek ye~

Salam ceria semuanya :)

Wednesday, January 23, 2013

Sistem Kutu : Pengikat Silaturrahim


Assalamualaikum,
Salam Berbahagia semuanya :)

Hari ni dla akan kongsikan serba sedikit tentang sistem kutu.

Pernah dengar tak sistem ni??

Sebelum mengenali sistem kutu, lebih molek kita kenal apa itu kutu ye~~

Jeng Jeng Jeng


Ni la dia kutu. In English we called it lice.
Kutu yang lebih dikenal sebagai sejenis binatang yang mampu membawa mudarat kepada tubuh badan.
Kutu ni boleh dikelaskan sebagai ‘Agent’ dan haiwan serta manusia pula bertindak sebagai ‘Host’. Kutu lebih terkenal untuk membuat mahligai di kulit kepala kita dan secara tidak langsung menyebarkan penyakit berjangkit.

Berbalik kepada topik utama kita…
dla nak tanya kat kalian semua.

Pernah main tak sistem kutu ni??..

Sistem kutu ini menggunakan nama 'kutu' kerana sesuatu yang kecil berupaya menjadi besar. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Kutu ni, kalau sekali dah bertelur..banyak je anak-anak dia. Begitulah duit kutu nie dinamakan.

Ada beberapa langkah yang kita kena buat agar sistem ini berjalan dengan lancar dan berkesan.

Langkah Pertama:
  • Menentukan bilangan ahli yang ikut serta dalam sistem kutu

Langkah Kedua:
  • Melantik seorang Bendahari dalam kalangan ahli

Langkah Ketiga:
  • Membuat cabutan undi antara peserta. Tujuan cabutan undi adalah untuk menentukan giliran mendapat duit kutu yang akan dikumpul.

Langkah Keempat:
  • Bendahari akan mula mengutip duit pada setiap bulan daripada setiap peserta. Duit yang telah cukup pada bulan tersebut akan diserahkan kepada peserta mengikut angka giliran.P/S : Boleh je nak kutip setiap minggu ke..atau setiap dua bulan ke…semuanya bergantung kepada keputusan perbincangan ahli

Langkah Terakhir:
  • Sekiranya pusingan telah lengkap, di mana setiap ahli telah mendapat giliran..langkah pertama boleh diulang semula :)

Sebagai tambahan,
pada akhir setiap bulan..ahli yang merupakan gilirannya mendapat duit kutu boleh menggunakan duit tersebut, ataupun mengadakan jamuan yang melibatkan semua ahli. Kalau ada kata sepakat untuk membuat jamuan pada setiap bulan, makanya semua ahli perlu membuat jamuan menggunakan duit kutu tersebut. Ala-ala datin uolls kalau ada jamuan setiap bulan..^^.

Kelebihan Sistem Kutu:
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.. In sha allah
  • Duit kutu juga boleh dianggap sebagai simpanan jugak tau!
  • Melatih diri kita untuk berjimat dalam berbelanja kerana pastinya kita akan diburui oleh bendahari untuk membayar duit kutu..hee

Berjimat cermat sebelum terlewat~

************
Di kesempatan ini juga, dla ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul..12 Rabiulawwal,, kepada semua umat Islam yang berada di seluruh dunia~

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W ^^.