Assalamualaikum :)
Its been a while.
Dalam kesibukan menyiapkan berganda-ganda assignments dalam sehari..namun, tanpa kita sedari, urat-urat hijau di tangan makin berani menonjolkan diri. Huh? Patutlah dla tengok orang-orang yang lebih dewasa ni lebih banyaknya hiasan hijau di tangan.
Apakah itu petanda kita semakin berusia?
Sungguh, dalam kita sibuk dengan bermacam-macam hal...pasti kita akan meronta-ronta ingin keluar dari ranjau kesibukan.
Ketenangan.
Benar, itulah yang kita tercari-cari.
Tanpa jiwa yang tenang..hati kita sakit, jiwa kita kosong. Mungkin lebih urban digelar jiwa kacau. Fikiran kita bagaikan tercari-cari jalan keluar dari belitan tali yang berpintal-pintal.
Tapi yakinlah..tiada ujian yang Allah datangkan kepada kita melainkan kita mampu untuk menggalas dan menghadapinya. Bukankah telah dinyatakan, dalam kesusahan..pasti ada kesenangan. Bersusah-susah-susah-susah dahulu, bersenang-senanglah kemudian. In shaa Allah, tiada yang mustahil untuk kita kecapi..tiada yang mustahil untuk kita lakukan ..Sifat harus bagi Allah adalah boleh mengadakan atau meng-tiadakan. Itu antara input yang digenggam erat semasa Kursus Pra-perkahwinan tempoh hari. Aplikasinya, mudah dan telus. Aplikasikan dalam minda dan jiwa. Moga-moga rohaniah tenang. Mudah dalam urusan dunia dan akhirat.
Moga,
urat-urat hijau menjadi peneman setia untuk terus berusaha.
Moga,
belitan tali yang berpintal-pintal mudah diuraikan.
Itu semua nikmat Allah.
Terima kasih Allah untuk segala nikmat yang kau curahkan kepada kami...
#Nikmat yang manakah lagi perlu engkau dustakan?
Tuesday, December 9, 2014
Tuesday, January 14, 2014
Setiap gambar, ada cerita #4
. S.E.M.E.S.T.E.R..3. .
Rewind Back Session
.Study trip- ASMA Putrajaya.
"Khusyuk mendengar taklimat"
"Depan Automatic Air Quality Monitoring"
"Padang sekolah pun jadilah..cantik kaler hijau"
"Ambil kesempatan bergambar depan Jambatan Putra"
.Experiment-Water Quality.
"Introducing Group 2's Secchi disc"
"A closer look of our Secchi disc"
"Dah briefing memasing punya secchi disc, try pulak kat tasik Kolej 17. Angsa-angsa tu pun sibuk nak buat experiment"
"Panorama masa experiment berlangsung. Sempat lagi capture.hhe"
"Testing..testing..testing"
.The Final Destination-Jannah.
"Bukan senang nak cari UKM kampus KL nie..terpusing-pusing kat Hospital ni barulah jumpa kolej dia. Nasib baik ada GPS kn.Dapat juga hadir majlis ilmu yang membincangkan tajuk yang sangat tough bagi dla. Akidah. Congrates Kolej Tun Syed Nasir anjurkan seminar ni :)"
.Masjid Putra.
"Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk berjemaah di sini"
"Interior design yang sangat awesome"
"Once again tersnap gambaq yang adabelon-belon sabun"
"Subhanallah..suasana ruang legar masjid yang 'hidup' di malam hari"
.Study Trip ke Loji Sg. Langat.
"Loji yang sangat memberi manafaat kepada penduduk sekitar"
"Sekali-sekala jadi kontraktor"
"Our Last programme for this sem"
Salam Maulidur Rasul :)
Sunday, January 12, 2014
Setiap gambar, ada cerita #3
. S.E.M.E.S.T.E.R..3. .
Rewind Back Session
.Batchmate Photography.
"All of us..ada 54. Actually, semuanya ada 55. Tapi ada kelik kelate yang tak ikut serta bergambar."
"RABIA"
"Ex-housemate. Sekarang, semua dah berpecah. Semua dah ada roomate baru. Ada bilik baru lagi..untung I dapat rumah ada sofa"
"With our lecturer-Dr Ju"
*These pictures are credits to Zira. Thanks so much ^^.
.Al-Fikrah.
"Jom berbudi kepada tanah"
"Geng-geng Kebun"
"Layan Wan, 22 dari Pulau Pinang"
"Bersama pelakon veteran, En. Ibrahim Othman"
"Dengan pakcik. Seronok kami dengar pakcik-pakcik n makcik-makcik bercerita. Pasal pengalaman, kehidupan, dan bermacam lagi"
"Antara pelajar dan pensyarah yang turut serta"
.Subjek Keusahawanan.
"Lai..lai..lai..Mari beli nugget tempura n cheesy wedges. Dari rasa turun ke hati, pasti nak lagi..."
"Tengok customer kami makan produk Fried Paradise. Ehmmm..nyum nyum nyum~"
Thursday, January 9, 2014
Setiap gambar, ada cerita #2
. S.E.M.E.S.T.E.R..3. .
Rewind Back Session
.Photography by FIRALENSA.
"Mula-mula ramai yang kata nak turun saje-saje release stress ambil gambar. Cadangnya nak ke bukit ekspo supaya FIRALENSA dapat buat latihan sebelum projek fotografi masa hari konvo nanti. Tengok yang join 2 ekoq nie ja..amek gambaq kat tasik kolej pun bolehhh"
.Ceria Sihat KPP.
"Ketua unit aktiviti dah bersedia memulakan tugas"
"Unit peralatan dah siap siaga dengan cangkul dan sebagainya..nak membanting tulang 4 kerat lah katakan"
"Sesi menanam anak-anak pokok di sekitar Pusat Sumber Pemakanan dan Kesihatan Kg. Pasu"
"Okeh. Ini lucu. Hari tu kami tak tau lah kenapa suka sangat pulak lompat-lompat nie. Tapi, kamera dba je dapat shoot masa tengah lompat ke atas awan...yang lain, macam ni lah gayanya..."
"One, set, go!"
"Angah n Kakak"
"Antara ajk-ajk sekalian"
*Gambar-gambar nie credits to all photographers...dla pun tak tau mana yang dari camera dla, mana gambar dari kamera orang lain
.Pesta Konvokesyen.
"Ready untuk berkayak. My first experience ever di Tasik Bukit Ekspo. Kesian kan baru try kayak"
"Row, row, row your boat,
Gently down the stream.
Merrily, merrily, merrily, merrily,
Life is but a dream."
"Akid ne saje je nak langgar-langgar kayak kita...mentang-mentanglah kita row, row lambat..."
"Sandra, tengok sini!"
"Jeng jeng..Senyuman yang paling manis oleh Sandra dan Fikah"
"Someone sitting in the shade today because someone planted a tree long time ago- Warren Buffet. So true~"
"Gembira betul dua beradik nie..tak tahu lah apa yang dibualkan"
"Scenery yang mendamaikan"
"Macam best je duduk dalam bola tu...jiwa masih kanak-kanak. Tapi, sedar diri jugak dah tua. Takut tak muat nak main-main dalam bola tu"
"Yeay..dapat Whiskes free...bolehlah bagi makan kucing-kucing comel kat kolej nanti"
"Sangat teringin nak menunggang kuda. Sebenarnya."
"Comel sungguh arnab-arnab ni..."
"Feeling macam dalam drama..ada belon-belon"
"Jelajah pesta konvo berakhir dengan Coconut Shake...dah senja. Nak kena jalan kaki lagi nak balik kolej"
.AMSA Diabetes Run.
"Warming-up untuk kali kedua pagi tu. Mula-mula ingatkan takde warming up ramai-ramai. Berwarming up la dengan Sandra dulu"
"Medal untuk semua peserta yang berjaya habiskan larian. Bukan senang nak lari sampai finishing line. Dah lama sangat tinggalkan jogging ni. Nasib baik pagi tu masih ada stamina walau tak sempat nak jamah roti ke air ke..sedih betul."
"Sorry Doctor. Basah...[Sambil salam tangan DR.].Maklumlah...baru lepas lari. Dapat jugaklah lucky draw hari tu. Selalunya, tak dapat pun"
Subscribe to:
Posts (Atom)