Saturday, April 1, 2017

#bussetstakesjava: BANDUNG (2)


Hari kedua di Bandung. Perjalanan yang sangat fresh sebab kami mula bergerak keluar dari hotel seawal jam 5 pagi dikala langit masih lagi gelap gelita. Syukurlah Subuh jam 4 lebih pagi, jadi kita bergerak directly selepas mengerjakan solat Subuh. Ke mana kita nak pergi pagi-pagi subuh ni? :/

4. Kawah Putih Ciwidey Bandung. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ni membawa kami ke daerah yang lebih dingin seakan-akan suhu di Cameron Highlands sebab Ciwidey pun daerah tanah tinggi. Masa sampai tu memang sejuk yang amat, bila bercakap siap keluar kepulan asap aka haba dari mulut kita tau! Ala-ala omputih dah. Muka dhila masa tu memang merah sebab sejuk sangat. Dalam cuaca yang sejuk tu, nanti adala orang yang datang dekat kita dan promote jaket kulit dengan harga sekitar IDR200,00-250,000. Ada saiz dan ada 3 pilihan warna jaket; coklat, merah dan hitam. Apa yang special dekat jaket ni, dekat brand dia ada tulis nama Dila. Kbai.haha. Tapi seriously, bila kita pegang jaket ni, kita akan rasa jaket ni lagi sejuk daripada kulit kita. Its weird kan?
Okay, kita teruskan pengembaraan kita ke kawah putih dengan menaiki ontang anting (nama pengangkutan kat situ).

Ontang-anting

Batu ini anda akan jumpa di pintu masuk ke kawah putih

Tempat rebutan orang ramai untuk photoshoot

Bussetgirls here at Kawah Putih!

Sebiru hari ini...

Bila kita masuk je ke kawasan kawah putih ni, kita dinasihatkan untuk memakai topeng muka. face mask ni untuk prevent kita daripada menghidu bau sulfur dengan kuantiti yang banyak. Kalau rasa dah pening-pening lalat tu, boleh dah melangkah keluar dari situ. Takut je kesihatan kita terganggu kan.. Bau sulfur ni ala-ala bau telur yang hanyir. Ada juga di tepi-tepi kawah ni pakcik yang jual serbuk sulfur ni. Katanya boleh mengubat resdung, jerawat, dll. Dekat sini, menu kami adalah raspberry dan anggur. #healthyfoods sangat kan. So, lets continue to our next destination; food hunting~

5. Dusun Bambu. Destinasi kali ni adalah tempat untuk kita exercise mulut. Banyak sangat pilihan makanan kat sini. Sampai tak tercuba semuanya. Kenyang gilerrr. Fyi, kat sini kita tak guna cash tau..kita kena tukar dengan kupon dekat kaunter sebelum buat pembelian. Memang peniaga tak akan terima cash laa. So, korang kena pandai-pandai bajet duit untuk tukar kupon tu. Jangan tamahak, sebab korang tak akan dapat tukar cash balik. huhu.

Selamat datang ke Dusun Bambu