Monday, April 11, 2011

pergi tak kembali

assalamualaikum.

“Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang
di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, !
dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan
kewajibannya”.
3
QS. Al-An’am: 61

yang pergi akan tetap pergi..dan yang hidup akan meneruskan dengan kehidupannya...

innalillahi wa innailaihi raajiun....

berita yang dla baru ketahui semalam membuatkan dla agak kaget walaupun arwah telah pergi pada Januari tahun lalu...

mujur dla masih in contact dengan kak tie...

siapa sangka arwah yang selalu bersama dla..melakukan operasi hari yang sama..bersaing siapa yang boleh duduk dan berjalan dahulu...sama-sama belajar berjalan kn...

walau dla berhasil untuk bertatih terlebih dahulu...namun arwah pergi meninggalkan dunia yang fana terlebih dahulu daripada dla...mungkin juga kerana perbezaan usia..

ajal dan maut sesungguhnya di tangan tuhan...

kita yang masih mampu bernafas dan menikmati segala keindahan dan kemanisan dunia perlu mengambil iktibar dan mula merefleksi diri...

moga hari-hari mendatang kita lebih kukuh dengan pegangan agama yang satu...

renung-renungkan dan selamat beramal~


smoga chicky-chicky yang mendatangi diri juga beransur pulih..

amiin...

Friday, April 8, 2011

Daun Pun Berzikir



'Subhanallah..walhamdulillah..wa laailahaillallah allahuakbar'

sama-sama kita berzikir di hari jumaat yang mulia nie...semoga mendapat keberkatannya ye..

Daun pun berzikir..kita mesti jua..

sebuah karya Taufiqurrahman Al-Azizy

bila membaca dengan sepenuuh hati..dla rasa yang dla turut menyaksikan segala fenomena yang berlaku di desa Gagatan.

Shofi yang sentiasa merasakan cinta persahabatan dan sebagai cinta seorang perempuan kepada lelaki yang dikenali sebagai Haydar...

Haydar dianggap gila selepas pemergian ayah tercinta dan selalu dihina oleh warga desanya terutama oleh ibu Shofi sendiri...semuanya kerana perbezaan darjat..harta dan kekayaan.

lantas ibu Shofi membuat keputusan agar Shofi tidak mencintai Haydar tetapi mencintai Bram, warga kota yang bertubuh sasa, tampan dan semestinya kaya jika dibandingkan Haydar yang tinggal bersama ibunya di gubuk tua yang keluasannya diumpamakan hanya sebesar kandang lembu milik keluarga Shofi...

namun, persahabatan Nayla dan Haydar yang juga agak erat sedari mereka kecil akhirnya mentakdir mereka untuk bersatu...tambahan pula,selepas pemergian ayah Nayla, mereka berdua sentiasa menziarahi kubur milik arwah ayah mereka masing-masing...dalam pada mereka sentiasa berdiskusi mengenai tuhan dan kehidupan, Shofi telah terdengar akan apa yang mereka bualkan...

mengenai cinta dan persahabatan...

akhirnya, Shofi sanggup mengorbankan cintanya kepada Haydar demi persahabatannya terhadap Nayla...dia sedar Nayla juga ada menyimpan perasaan sepertinya terhadap Haydar..sekadar cinta dalam hati..

Bram yang akhirnya telah menemukan jalan hidup sebenar kini tekad untuk berubah..dia akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke kota dan memberikan projek yang penggalian sumur dan sebuah kereta sebagai sedekah kepada Haydar...dia berasa dirinya tidak layak untuk gadis semulia Shofi..

sebelum Bram pulang ke kota...

"Kerana Allah, aku pun mencintaimu."...

ungkapan yang keluar dari mulut Shofi kepada Bram...Panggilan kekasih katanya...

.The End.

***********

huh, rasa dah mula nak kena chicky-chicky nie..

Thursday, April 7, 2011

Emergency!!

assalamualaikum..^^

dla bersyukur sangat sebab hari nie baru ada mood nak baca novel lagi...

tengah-tengah kusyuk membaca..tibe-tibe ada dua orang misi berlari-lari anak..

"cepat panggil sister...cepat panggil sister"...

sejurus tu jugak..bunyi siren kecemasan kedengaran...dan ramai la para doktor yang berlari-lari menuju ke bilik 8..tak kira la samaada doktor pakar ke..atau pun yang houseman...semua serbu p bilik yang tengah emergency..

segala oksigen tank dan peralatan kecemasan dibawa masuk...

macam dalam filem daa dla tengok...hihi..

kami yang tengah duduk menunggu giliran semua terpinga-pinga...ada apa nie??..kenapa?kenapa?(ikut menyibuk urusan doktor)

ada jugak yang buat andaian yang mengatakan pesakit dah nak bersalin...cuak jugak ye kondisi nie..

siasat punya siasat,rupa-rupanya,pesakit yang sedang dirawat oleh doktor dah kena serang sawan...


tak lama lepas tue,beliau diusung keluar dari bilik 8...masa diorang melewati dla, ada jugak doktor tue cakap.."jangan bagi tanggal topeng oksigen tue ye"..kepada beliau tersebut...

dla tengok beliau tue boleh dikira sebagai warga emas la kalau dilihat dari rupa...dan mungkin rimas mengenakan topeng oksigen tue..agaknya~

********
today, dla managed to finish 3/4 of the whole novel...^^

thats mean, terlampau lama menunggu giliran tadi...adedei..

sempat juga tengok epilog syurga cinta tadi dan menjadi kebiasaan akan mendengar ceramah yang disajikan oleh misi yang bertugas kepada hadirin yang berada di klinik OnG...

Wednesday, April 6, 2011

sTresS =.="

anda tertekan??..

sTress?...

janganlah macam tue...mari kita sama-sama menghiburkan hati yang rasanya dah nak meletup nie ye..

cuba tengok dan hayati lukisan nie...


apa anda rasa bile dah lihat foto seorang pelajar nie??..

mesti ada rasa oren kan..;D

nak tengok lagi tak?!!..itupun kalau anda masih sudi untuk scroll down page nie ye...:)






itulah daripada sebahagian hasil tangan dla...hehe

istimewa taw lukisan nie dilukis atas kertas nota smesh...very special.

masa assembly pulak tue..eheee..^^..

boleh elakkan daripada kelopak mata jatuh ke bawah...

dengar segala amanat sekalian..kononnya laa :)


yang ini hasil tangan miss ika rafika..

halus gitu..amatlah berbeda dengan lukisan yang di atas kn..nvm.

Harap Stress yang datang singgah di kepala anda sudah mula melangkah pergi ya..:D

Tuesday, April 5, 2011

Trilogi Cinta

NOW SHOWING_TRILOGI CINTA

Drama nie lama kelamaan makin hangat macam cekodok pisang yang kena jual kat masjid dekat Batu Feringghi..hulamak..

Tapi yang cekodok tue ejaan dia unik taw..'CUK KODOK'..Serius,camnie ejaan dia..kalau xpercaya, silalah tengok sendiri ye..

Setiap minggu je..makin ramai rakyat Malaysia nie yang tonton drama nie...tak kisah la yang warganegara mahupun bukan..asal ada permit ye.


Sudah terang lagi bersuluh, drama nie adalah diadaptasikan daripada tiga novel hasil tulisan Sharifah Abu Salem...


kalau la dla diberi kesempatan lebih awal tahu pasal novel-novel nie kan, insyaallah akan dla dapatkan...

watak Norseha yang selalu membangkitkan rasa geram terhadap penontonnya, betul-betul buat drama nie lebih menarik..kegiritan gitu..

lakonan yang agak sweet jugak dari Rosyam Nor dan Fauziah Gous sebagai suami isteri...serta anak-anak yang agak comel...


tambah lagi dengan ketabahan Bad melayani isterinya yang agak baran tue...

tip.top jadiknya dalam suasana yang gelap yang ditemani dengan titis-titis hujan bersama hembusan bayu ^^..

Monday, April 4, 2011

Ku menangis T.T


nie la benda yang selalu membuat dla menangis..ish3...

sampai hati dia kn?!

kenapa bawang selalu buat orang menangis ye??..

..sebab, bila kita potong bawang..satu gas nie akan dilepaskan. gas ni nama dia Propanethiol S-oxide..apabila gas ni bereaksi dengan enzim tertentu yang ada dalam bawang, akan terhasillah gas sulfur.gas ini kemudiannya akan memasuki mata anda dan menghasilkan sejenis asid yang akan merengsa mata kita sampai laa kita pun da macam beria-ia sangat menangis..

jadi..searching punya searching, jumpa la akan dla cara-cara nak prevent dari asyik-asyik menangis saje nie..

*Sejukkan bawang2 tu dlm peti ais 3o minit sebelum mengupasnya.

*Bila memotongnya, jangan potong akarnya dulu. Akar bawang tu mengandungi sebahagian besar bahan kimia yang memedihkan mata.

*Kalau ada cermin mata, bolehlah pakai….(jangan pulak pakai sunglasses pulak ye, bahaya tu….)

*Kunyahlah sedikit roti ketika memotong bawang…

*Boleh guna food processor ….kalau banyak sangat bawang tu.

*Guna pisau yang tajam.

pasni dla dan anda semua boleh la mencuba tips-tips yang dicadangkan...

mana taw lepas nie takde dah drama tak berbayar nie kn..hee..

apa lebihnya bawang pulak??..

*mestilah sebagai penambah rasa dalam masakan..
*dapat mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis sebab ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory
*boleh menolong hati membuang toksin dari badan
*membantu pertumbuhan tisu tulang
*mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20% (perempuan 40-an ke atas pun bagus makan banyak2 nie)..
*dapat mengurangkan bau badan..(bule jimat duit beli deodoran..hihi)

moral of the value::~

makan bawang banyak-banyak..even sekarang harga bawang da naik yee..melabur untuk kesihatan takpe..^^,

Friday, April 1, 2011

rehlah ^^..

Assalamualaikum...

31.3.2011 kami bertemu lagi..entah untuk ke berapa kali sudah nie..hee..

kali nie pertemuan dirancang di Pantai Tanjung Aru 2..seawal pagi lagi kata Afnan laa..kami tidak..hahaha..alhamdulillah, jadi juga akhirnya ^^..

hujan renyai-renyai akhirnya mula menyembunyikan diri khas untuk kami la kot..:)

kalo tak,kami buat je kat restoran tue..tumpang kejap..hihi..


nie la antara rakan-rakan yang hadirkan diri...

--->rahman, afzal,khairul,ummi,lisa, dla, pika...

tapi ada lagi nie...hidayah,izzat, afnan...

Paparazzi jap..Jom~


cinta lama berputik kembali?!...

ahaha..saje je nie nak mengusik memori dulu~

jangan marah taw!....gurau-gurau je ye....;)


Orang-orang kuat ayam~

syukur skali ada big brother..semua nye jadik ok gtue..ayam diperap, pecah-pecahkan arang...chef gtue...

ummi yang sentiasa tabah dan sabar dalam mengharungi kepulan-kepulan asap yang mampu mengeringkan lens yang dipakai..nasib baik-baik saje kan..

pika pula sentiasa berjaya dalam menyemarakkan api agar arang bertukar menjadi bara..whoah.
eh,pika..jaga-jaga tue pisau..bahaya owh.


see..betulkan apa dla kata...

sentiasa setia dengan ayam yang kian berubah warna kulit...


tadaa..ada sudah cikgu-cikgu datang..

tapi kepada cikgu erwati yang berhajat nak datang dan telah pun datang..cuma tak diberi kesempatan untuk berjumpa,semoga kita diberi peluang dan rezeki untuk bertemu di lain hari...

insyaallah~

--->alyssa, siti nurafiqah,cikgu rustinah, ummi fauzianul husna, cikgu anidah, nur fadhilah,nur hidayah, cikgu jaliha..

--->mohd afzal, khairul idzham, abd. rahman arif, mohd. izzat al-amin..

--->cameraman : afnan solehin..

seronok skali ye dengan anda-anda semua..jumpa lagi~

andai terkasar bahasa..yang mengusik jiwa..harap dimaafkan ye..^^v

senyum-senyum slalu ^___________^