Monday, April 25, 2011

Hari keluarga PASTI 2011

Assalamualaikum..

hari nie dla berkesempatan lagi untuk berjalan-jalan, berlari-lari anak dan juga masih sempat menyertai pertandingan membina istana pasir.

waahh..walaupun alat-alat nak wat istana tak cukup, tapi dengan semangat anak-anak kecil bejiwa waja..istana dapat jugak disiapkan walaupun pintu masuk tah menghala ke mana..:D


nie la istana scorpion kami..ahaha..

masa penilaian, on the spot baru fikir nama group..MawaddaH..ok jugak kn..

ngam jugak ngan majlis nie..:)

oh yaa..hari keluarga nie penganjur kita,PASTI dorang ada banyak sediakan pertandingan...cabutan bertuah...hadiah pun banyak jugak...

tapi kebanyakannya sesuai untuk budak-budak sekolah tadika laa..

dla ngam ke ngan kategori dorang nie kalo anda rasa??...

boleh laa kot kn..

tapi ibunda gua jua turut menggungguli pertandingan dengan memenangi pertandingan masakan kategori ayam..mak masak ayam masak merah pedas...paling meriah lagi hiasan dia tue..


tue yang very clourful tue la my mom punya ayam masak merah...yang ada sate carrot..:)


memang besh!!

tahniah ye kat husna jugak..menang dua hadiah lagi kn..mewarna pun ok gak...

*******
hmmm...banyak nye yang dah kat skul nie...nevermind laa..

esok kita semua bakal melepaskan kerinduan kepada anda-anda sekalian ^^..

Thursday, April 21, 2011

retak sudah hati ini~

"Hati ini hancur dan luluh keranamu.."

sungguh...

jiwaku mulai longlai memikirkanmu

perasaanku menjadi kacau

aku lemah..

aku hampir mengatakan yang aku ini benar-benar tidak sanggup

tidak sanggup bersama kamu

mungkin kita akan bertemu kembali

tapi aku penat menanti waktu itu

aku risau aku akan kaget bila bertemu mu kembali

aku mahukan sinar bercahaya

bukan titik kegelapan

aku mahu mengukir senyuman kerana mu

tapi takdir telah menentukannya

aku pasrah

air mata ini menjadi saksi segalanya

terlalu hebat ku rasakan ujian ini

namun aku redha

aku terlalu kerdil disampingNya

namun aku masih menanti

menantikan sirna kejayaan

dan juga keberaniaan

pabila bersama kamu~


--->dla nak tampal plaster dulu wokeyh..

Saturday, April 16, 2011

cita-citaku

Assalamualaikum.

budak-budak memang banyak cita-cita dorang...

nak jadi tue laa..nak jadi nie laa...

macam-macam sungguh.

dla pun ada banyak cita-cita masa dulu...

nak taw ap dla nak jadi??..


.POLIS.

dla nak jadi salah seorang daripada pegawai polis kat atas nie...

berbakti kepad negara...berdisiplin dan gagah.

boleh pegang pistol, senapang dan semua laa..


.PRAMUGARI.

macam dalam cerita awan dania kan..

sebenarnya, dla dapat inspirasi nak jadi pramugari nie lepas dapat join program penerokaan bersama Malaysia Airlines ke-57...masa tu baru tahun 6..hihi..

yang best pasal pramugari nie, kita dapat discover negara-negara orang lain...^^

tapi masalah dla sini..ketinggian tue..

payahlah nak cakap sini...adeihh..


.DOKTOR.

dla suke nie..sebab doktor kan baik..bagi selamat orang sakit.

gaji besar, tanggungjawab pun besar.

tapi baru dla tau sekarang yang doktor nie perlu peruntukan lebih banyak masa terhadap patient..sebab dla tengok doktor dla tue kadang-kadang dia sempat makan sebiji karipap je tuk lunch..kesian dla tengok..


.PENSYARAH.

macam pak tam dla..dia pensyarah gak..

tapi cam malu la nak cakap depan student...pemalu konon kan..ehehe


.AHLI FARMASI.

dla minat jugak nie sampai sekarang sebab boleh main-main dengan ubat..

tapi sejujurnya la kan, dla paling xsuke sangat makan benda alah nie...

bukan apa, ada yang masin..xde rasa gula-gula laa...

tapi kalau appeton perisa strawberry..sedap.


.USAHANITA.

pernah masa dla nak isi course apa yang nak dipilih, dla sikit lagi nak isi tang kulinari taw...

nak jadi pro dalam buat kek nie..kek kan sedap dan yang paling penting...

kek nie nie sumber utama karbohidrat yang boleh mempercepatkan pertumbuhan phospholipid bilayer..mungkin bukan bilayer lagi..tapi trilayer kali kan..

these only a few...banyak lagi sebenarnya..

anda pulak mesti banyak jugak kan cita-cita masa zaman comel-comel dulu...

tapi sekarang dla akan memulakan langkah pertama..mungkin jap lagi..

mungkin sebulan, dua bulan dan seterusnya...

fikirkan boleh~

Friday, April 15, 2011

..perbaikanlah..

.Ya Allah,

perbaikanlah agamaku yang memelihara urusanku,

perbaikanlah duniaku yang padanya aku menjalani kehidupan,

perbaikanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku,

jadilah kehidupanku bagiku menambah kebaikan,

dan jadikan kematian sebagai tempat untuk aku berehat daripada melakukan kejahatan.


..kayakanlah daku dengan ilmu,

hiaskanlah diriku dengan ketenangan jiwa,

muliakanlah diriku dengan takwa,

serta perelokkanlah diriku dengan kesejahteraan..

Thursday, April 14, 2011

kuku malu.

Apa kaitan kuku dan kesihatan??..

mari kita tengok..adakah kuku dan kondisinya dapat mempengaruhi kesihatan kita..
ataupun dapat membuatkan kita lebih berwaspada...

hmm..mari kita baca dan jangan lupa tengok kuku anda...

SEKARANG.


ni kuku yang pucat.

Sangat pucat atau kuku putih kadang-kadang berkaitan dengan penuaan.

Tapi juga boleh menjadi tanda penyakit serius, seperti:
..Anemia, Gagal Jantung, Penyakit hati dan Malnutrisi


kuku putih.

Jika kuku umumnya putih dengan lingkaran lebih gelap, menunjukkan masalah hati, seperti hepatitis.


kuku kuning.

Salah satu sebab umum dari kuku kuning adalah jangkitan kulat. Apa yang memburukkan jangkitan, kuku boleh menebal dan runtuh. Dalam kes yang jarang berlaku, kuku kuning dapat menunjukkan keadaan yang lebih serius seperti penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

*Sila ambil perhatian.
kalo kuning sebab nak goreng ikan maksud dia anda seorang yang rajin dan profesional ye..


kuku yang retak dan merekah.

Kering, kuku rapuh yang sering retak atau merekah telah dikaitkan dengan penyakit tiroid. Kuku yang merekah lalu digabungkan dengan rona kekuningan adalah mungkin kerana jangkitan kulat.


garisan gelap di bawah kuku.

garisan gelap bawah kuku harus diselidiki secepat mungkin. Kadang-kadang disebabkan oleh melanoma, jenis berbahaya dari kanser kulit.


sebenarnya, kuku adalah hanya sebahagian daripada teka-teki kesihatan kita...

Kebanyakan tanda-tanda daripada kuku ini tidak berbahaya dan tidak semua yang memiliki kuku putih putih mengalami hepatitis.

sekadar langkah berjaga-jaga..tak salah kan?!

Sekiranya anda bimbang tentang penampilan kuku anda, mohon agar berjumpa doktor kulit.


esok Jumaat kan..meh ramai-ramai potong kukutangan dan kaki...

^__^

******

dla akhirnya dah dapat contact balik dengan Wan Rasyidah..

Wednesday, April 13, 2011

Maktab..maktaB

Assalamualaikum.

waaH..sekarang nie HOT betol pasal maktab dan ipg.

ada sahabat-sahabat yang telah terpilih untuk pergi interview di salah satu maktab yang ada kat negara nie..TAHNIAH! untuk anda.

sekiranya terpilih untuk terus berada di maktab nanti dan bakal bergelar seorang guru, teacher mahupun Sir atau Madam...Tahniah lagi sekali.

berapa banyak tahniah dah nie tuk korang.

kata Miss Asmawati...minat kepada bidang perguruan nie nanti akan ada semasa anda telah menjadi seorang guru.meaning, siapa yang tak minat dalam bidang nie..tapi diminta menjadi guru oleh ibu bapa anda atau sebab-sebab lain..cubalah hayati kata-kata Miss As nie ye :)

dan yang tak terpilih..la tahzan.

even korang minat sangat nak jadi guru kn...mana tau boleh cuba apply lagi..rezeki ada kat mana-mana.

ada amal jariah pada guru yang mendidik dengan ikhlas...

kata-kata semangat daripada cikgu dhila :)

GOOD LUCK nanti!

Monday, April 11, 2011

ini Ori juga

desas-desus mengenai telur tiruan di Pulau Pinang amat lah menggemparkan seluruh penduduk rakyat Malaysia...

dla jugak pernah terbaca mengenai telur tiruan nie di salah sebuah blog sebelum kes nie mula menjadi tajuk utama di Malaysia..

tapi sebelum nie telur tiruan amat famous di China...sebab tu semakin ramai yang keracunan makanan..rupa-rupanya disebabkan telur tiruan..sian2..


nie la cara-cara maw buat tue telur...

amaran :jangan cuba di rumah ye..bazir duit seja..

tapi untuk telur tiruan yang dikatakan wujud di Malaysia disahkan telur asli...

protein telur ayam yang tiruan disahkan sama dengan kandungan protein telur ayam yang asli

"Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata melalui sistem itu, telur yang dikeluarkan perlu dicop dengan label ladang, gred telur dan tarikh ia dikeluarkan bagi menambah keyakinan pengguna terhadap telur berkenaan."

sumber :Berita Harian

..nampak gayanya..makin meningkat la harga telur ayam yang dijual nie...

terpaksa la dla jarang-jarangkan aktiviti buat kek.