Saturday, November 12, 2011

KCB II ;)

Kau mencintaiku Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa
Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga
Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala..

Friday, November 11, 2011

mata.DOMiNANT.eyes

salam Jumaat ^^..

hari nie dla nak tanya ngan korang.

korang punya mata dominant yang belah kanan ke belah kiri??

kanan..

kiri..

tak tahu??

cube kenyit mata anda SEKARANG..buat ye insan2 comey :)

untuk pengetahuan anda, mata yang anda yang anda gune untuk tackle gadis-gadis cantik atau jejaka-jejaka macho tue adalah mata recessive. smntara rakan karibnya sebelah tue adalah mata dominant anda..

nak tanya lagi..

anda pakai kacamata x?..ne sesuai tanya kat adik-adik dla nie..hehe

sekarang ne ada satu kaedah laser yang akan membuat anda tampak lebih yakin tanpa spek mata..ye la kn, bile pakai spek nie yang paling susah time nak pakai tudung..banyak je anasir karipap datang menjengah..siap ada sound effect lagi.."fuhh..fehh"..tiup2 tudung ye..hehehe

LASIK..laser assisted in situ keratomileusis

jom baca dulu artikel nie ye..

Ini adalah kaedah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan untuk rabun jauh, rabun dekat dan silau. Ia adalah kaedah pembedahan yang popular dan berjaya dilakukan diseluruh dunia.

Prosedur pembedahan ini tidak memerlukan kita untuk masuk ke hospital dan ia hanya mengambil masa 10 minit. LASIK mengubah kelengkungan kornea. Mata akan merasa kebas selepas titisan mata anestetik dimasukkan ke dalam mata. Selepas itu doktor mata yang mahir akan membentuk satu lapisan kornea dengan alat microkeratome iaitu alat pembedahan mikro yang amat jitu. Selepas lapisan kornea ini dibentuk dan diketepikan, permukaan kelengkungan kornea akan diubahbentuk dengan sinaran laser Excimer.

Lapisan tisu kornea ini amat nipis sekali dan prosedur menggunakan laser Excimer tidak memberi kesan kerosakan haba atau kesan parut pada tisu-tisu sekeliling. Selepas sinaran laser ini, flap kornea yang masih terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlu sebarang jahitan.

Pada dasarnya risiko akibat prosedur LASIK ini adalah amat kecil. Sebelum pembedahan dilaksanakan para pesakit perlu memjalani pemeriksaan pra-pembedahan bagi mengetahui samada pesakit tersebut sesuai ataupun tidak menjalani pembedahan LASIK.

ehmm..macam best je kn..harga dia pun best..
kira standard laa..



...dla ada gaya x macam optometrist?..;D

Thursday, November 10, 2011

ehem..ad sambungan lukisan jiwa :):)




gembiranya bila dpat tahu kisah Lukisan Jiwa masih ada talian hayatnye..:)

kalau korang nak join dla berkecimpung dalam aktiviti menajamkan mata nie, bolehlah p link nie..

Lukisan Jiwa punya adik-beradik

mr.pai epal punya kisah

Tuesday, November 8, 2011

Melankolik Cinta


Alhamdulillah..khatam juga dla novel setebal 517 mukasurat nie...dan dla sangat gembira dengan jalan cerita novel nie..

bukan nak ambil hati sape-sape..tapi serius nie dla cakap..tengok muka dla sekarang. ada macam main-main ke??..

dla senyum je nie taw kat korang..

Novel nie mengisahkan kehidupan dan kisah hati seorang gadis yang bernama Ayu Alenda (macam kenal la nama nie kn??) yang tabah dalam menjalani zaman kanak-kanaknya, remajanya dan di alam dewasa.

dla sangat respect dengan persahabatan yang Alenda jalinkan bersama Midah, Imran Qaiser dan juga Murni, terutamanya Alenda dan Midah...ke mana ada Alenda, kat situ ada Midah. orang kata macam belangkas pun ble jugak. lepas tue baru ada Imran Qaiser. tambah pula dengan kisah Alenda yang boleh dikatakan mempunyai masalah hubungan keluarga yang agak complicated..dan dla pun da maafkan segala kesalahan Salina...biarlah dia mati dalam keadaan yang aman..aiseh :)

dla sokong jugak dengan pendirian penulis a.k.a Cikgu Rusila dalam keprihatinan beliau untuk mengubah persepsi orang kita terhadap anak yang dilahirkan sebelum terhasilnya akad nikah yang sah.

rasa cinta Imran Qaiser kepada Ayu Alenda sejak dia berpindah ke Desa Saujana hinggalah dia dewasa juga tak pernah pudar..asyik nak tahu je ye kat mana Alenda nie pergi...padanlah dengan ucapan 'Akan kukejar sejauh mana pun kau berlari kerana hatiku ada padamu'. setia sungguh cikgu letakkan sifat Imran nie kan..realitinya, bukan semua macam tue kn..betul tak?anda macamana pulak.. tepuk dada tanyalah selera.

p/s: kepada Cikgu Rusila, best rating untuk cikgu...n buatlah lagi novel ye..Insyaallah saya baca nanti ^^.

Monday, November 7, 2011

Salam Aidiladha..^^

Assalamualaikum.. Satu perkataan yang dla bole gambarkan untuk hari nie...

Variasi

Macam-macam da makanan kena sumbat kat dalam perut nie...macam tauhu sumbat pun ada da taw..

hari raya hari nie sangat-sangat lain kalau nak bandingkan dengan hari raya yang lain.. pasainye kitorang ada BBQ..ala-ala picnic gtue..yang paling grand bile ada daging.. feveret tue..nasib je tak terkeluar suara-suara merdu kambing..dah ada gene kambing kn..

hari nie ada laksa penang, lontong, nasi lauk kari ikan, nasi impit, rendang ayam, nasi dagang terengganu, nasi dagang kelantan, ketupat palas, ketupat empat segi tue, n baaaanyak lagi...blum tambah biskut raya dengan kek sekalian..hurmmm..memang delizioso laa..;D

rakan-rakan seoffice ayah hari nie berganding tenaga jugak siapkan semua nie..aidiladha kali nie boleh la dla bagi tema Food of Malaysia.. macam buat kenduri kahwin daa...makan besar..

baru sat tadi ada jugak kawan mak datang..habis diinterview nye dla ibarat doktor nak merawat pesakit.. tapi memang dla respect la dengan mdm nie sebab beliau nie antara salah seorang doktor wanita muslimah di bahagian rawatan OnG..sporting lagi..menjadi inspirasi sungguh.


Ikhlas daripada dla ;)

Friday, November 4, 2011

Bilang-bilang cinta di hati, ku bilang lagi dia dah pergi

Assalamualaikum anda-anda yang gemilang

Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana sumbunya,
Insan dirindui telah pun pergi,
Doa diiringi tenang di sana.


Dua hari lagi aidiladha menjelang...dan alhamdulillah dla dapat pulang lagi berhari raya kat rumah dengan family tersayang...tak macam tahun lepas. Sibuk nak beraya kat sekolah..tapi dla tak rasa menyesal sket pun...

Ingat-ingat balik...kitorang buat persiapan raya tue dekat rumah Cikgu As..memang best.Ada buat buras..siap anyam ketupat lagi..huhu

tapi tahun nie lain sket..bukan sebab dapat raya kat rumah.

Tapi sebab ada insan yang dla sangat rapat dan sangat sayang pergi.

Hasrat arwah nak jejakkan kaki ke Mekah tak kesampaian..takpe la..insyaAllah anak-anak boleh buat upah haji..

Arwah Opah Yang...
entah kenapa dla rasa bersyukur sangat dapat balik beraya aidilfitri kat kampung..at least, sempat jumpa opah buat kali yang terakhir...dla tahu, tahun-tahun yang akan datang mesti rasa lain tanpa kehadiran opah..tok wan pun sepi tanpa opah..

Allah lebih sayangkan opah..semoga rohmu aman di sana..insyaAllah.

Al-Fatihah.

Sunday, September 4, 2011

sinar aidilfitri

alhamdulillah.. dla selamat kembali ke bumi di bawah bayu setelah beraya sakan di kampung tercinta.. best taw raya kat kampung...dapat juga dla melepaskan kerinduan kepada durian tercinta.. hmmm..memang wallah taw. dapat makan durian bersama insan-insan tersayang..ada opah kuntum, opah yang ngan tokwan.. bukan senang nak jumpa depa..setahun sekali je.. dan sekarang ahli keluarga kitorang nie da banyak bertambah..banyak kelahiran-kelahiran comel dari makcik pakcik... terutamanya si comel miaww~ mungkin da menjadi trend kot kat sana pelihara miaww miaww ( "') ("' )
comelkan! da entah kenapa dan mengapa..sejak akhir-akhir nie atam menyamakan dla dengan najwa latif plak..
hah??.. xsama..ish ish ish.. bagaimanapunwalau rasa nak beraya tue masa ada...dla terpaksa memindahkan diri dla yang hanya beberapa kilogram nie ke labuan island yang berada jauh di mata tue.. syukurlah hari nie ayah yang hantar p sana..^^..
salam mesra dan salam ceria ;)