Friday, April 15, 2011

..perbaikanlah..

.Ya Allah,

perbaikanlah agamaku yang memelihara urusanku,

perbaikanlah duniaku yang padanya aku menjalani kehidupan,

perbaikanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku,

jadilah kehidupanku bagiku menambah kebaikan,

dan jadikan kematian sebagai tempat untuk aku berehat daripada melakukan kejahatan.


..kayakanlah daku dengan ilmu,

hiaskanlah diriku dengan ketenangan jiwa,

muliakanlah diriku dengan takwa,

serta perelokkanlah diriku dengan kesejahteraan..

Thursday, April 14, 2011

kuku malu.

Apa kaitan kuku dan kesihatan??..

mari kita tengok..adakah kuku dan kondisinya dapat mempengaruhi kesihatan kita..
ataupun dapat membuatkan kita lebih berwaspada...

hmm..mari kita baca dan jangan lupa tengok kuku anda...

SEKARANG.


ni kuku yang pucat.

Sangat pucat atau kuku putih kadang-kadang berkaitan dengan penuaan.

Tapi juga boleh menjadi tanda penyakit serius, seperti:
..Anemia, Gagal Jantung, Penyakit hati dan Malnutrisi


kuku putih.

Jika kuku umumnya putih dengan lingkaran lebih gelap, menunjukkan masalah hati, seperti hepatitis.


kuku kuning.

Salah satu sebab umum dari kuku kuning adalah jangkitan kulat. Apa yang memburukkan jangkitan, kuku boleh menebal dan runtuh. Dalam kes yang jarang berlaku, kuku kuning dapat menunjukkan keadaan yang lebih serius seperti penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

*Sila ambil perhatian.
kalo kuning sebab nak goreng ikan maksud dia anda seorang yang rajin dan profesional ye..


kuku yang retak dan merekah.

Kering, kuku rapuh yang sering retak atau merekah telah dikaitkan dengan penyakit tiroid. Kuku yang merekah lalu digabungkan dengan rona kekuningan adalah mungkin kerana jangkitan kulat.


garisan gelap di bawah kuku.

garisan gelap bawah kuku harus diselidiki secepat mungkin. Kadang-kadang disebabkan oleh melanoma, jenis berbahaya dari kanser kulit.


sebenarnya, kuku adalah hanya sebahagian daripada teka-teki kesihatan kita...

Kebanyakan tanda-tanda daripada kuku ini tidak berbahaya dan tidak semua yang memiliki kuku putih putih mengalami hepatitis.

sekadar langkah berjaga-jaga..tak salah kan?!

Sekiranya anda bimbang tentang penampilan kuku anda, mohon agar berjumpa doktor kulit.


esok Jumaat kan..meh ramai-ramai potong kukutangan dan kaki...

^__^

******

dla akhirnya dah dapat contact balik dengan Wan Rasyidah..

Wednesday, April 13, 2011

Maktab..maktaB

Assalamualaikum.

waaH..sekarang nie HOT betol pasal maktab dan ipg.

ada sahabat-sahabat yang telah terpilih untuk pergi interview di salah satu maktab yang ada kat negara nie..TAHNIAH! untuk anda.

sekiranya terpilih untuk terus berada di maktab nanti dan bakal bergelar seorang guru, teacher mahupun Sir atau Madam...Tahniah lagi sekali.

berapa banyak tahniah dah nie tuk korang.

kata Miss Asmawati...minat kepada bidang perguruan nie nanti akan ada semasa anda telah menjadi seorang guru.meaning, siapa yang tak minat dalam bidang nie..tapi diminta menjadi guru oleh ibu bapa anda atau sebab-sebab lain..cubalah hayati kata-kata Miss As nie ye :)

dan yang tak terpilih..la tahzan.

even korang minat sangat nak jadi guru kn...mana tau boleh cuba apply lagi..rezeki ada kat mana-mana.

ada amal jariah pada guru yang mendidik dengan ikhlas...

kata-kata semangat daripada cikgu dhila :)

GOOD LUCK nanti!

Monday, April 11, 2011

ini Ori juga

desas-desus mengenai telur tiruan di Pulau Pinang amat lah menggemparkan seluruh penduduk rakyat Malaysia...

dla jugak pernah terbaca mengenai telur tiruan nie di salah sebuah blog sebelum kes nie mula menjadi tajuk utama di Malaysia..

tapi sebelum nie telur tiruan amat famous di China...sebab tu semakin ramai yang keracunan makanan..rupa-rupanya disebabkan telur tiruan..sian2..


nie la cara-cara maw buat tue telur...

amaran :jangan cuba di rumah ye..bazir duit seja..

tapi untuk telur tiruan yang dikatakan wujud di Malaysia disahkan telur asli...

protein telur ayam yang tiruan disahkan sama dengan kandungan protein telur ayam yang asli

"Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata melalui sistem itu, telur yang dikeluarkan perlu dicop dengan label ladang, gred telur dan tarikh ia dikeluarkan bagi menambah keyakinan pengguna terhadap telur berkenaan."

sumber :Berita Harian

..nampak gayanya..makin meningkat la harga telur ayam yang dijual nie...

terpaksa la dla jarang-jarangkan aktiviti buat kek.

pergi tak kembali

assalamualaikum.

“Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang
di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, !
dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan
kewajibannya”.
3
QS. Al-An’am: 61

yang pergi akan tetap pergi..dan yang hidup akan meneruskan dengan kehidupannya...

innalillahi wa innailaihi raajiun....

berita yang dla baru ketahui semalam membuatkan dla agak kaget walaupun arwah telah pergi pada Januari tahun lalu...

mujur dla masih in contact dengan kak tie...

siapa sangka arwah yang selalu bersama dla..melakukan operasi hari yang sama..bersaing siapa yang boleh duduk dan berjalan dahulu...sama-sama belajar berjalan kn...

walau dla berhasil untuk bertatih terlebih dahulu...namun arwah pergi meninggalkan dunia yang fana terlebih dahulu daripada dla...mungkin juga kerana perbezaan usia..

ajal dan maut sesungguhnya di tangan tuhan...

kita yang masih mampu bernafas dan menikmati segala keindahan dan kemanisan dunia perlu mengambil iktibar dan mula merefleksi diri...

moga hari-hari mendatang kita lebih kukuh dengan pegangan agama yang satu...

renung-renungkan dan selamat beramal~


smoga chicky-chicky yang mendatangi diri juga beransur pulih..

amiin...

Friday, April 8, 2011

Daun Pun Berzikir



'Subhanallah..walhamdulillah..wa laailahaillallah allahuakbar'

sama-sama kita berzikir di hari jumaat yang mulia nie...semoga mendapat keberkatannya ye..

Daun pun berzikir..kita mesti jua..

sebuah karya Taufiqurrahman Al-Azizy

bila membaca dengan sepenuuh hati..dla rasa yang dla turut menyaksikan segala fenomena yang berlaku di desa Gagatan.

Shofi yang sentiasa merasakan cinta persahabatan dan sebagai cinta seorang perempuan kepada lelaki yang dikenali sebagai Haydar...

Haydar dianggap gila selepas pemergian ayah tercinta dan selalu dihina oleh warga desanya terutama oleh ibu Shofi sendiri...semuanya kerana perbezaan darjat..harta dan kekayaan.

lantas ibu Shofi membuat keputusan agar Shofi tidak mencintai Haydar tetapi mencintai Bram, warga kota yang bertubuh sasa, tampan dan semestinya kaya jika dibandingkan Haydar yang tinggal bersama ibunya di gubuk tua yang keluasannya diumpamakan hanya sebesar kandang lembu milik keluarga Shofi...

namun, persahabatan Nayla dan Haydar yang juga agak erat sedari mereka kecil akhirnya mentakdir mereka untuk bersatu...tambahan pula,selepas pemergian ayah Nayla, mereka berdua sentiasa menziarahi kubur milik arwah ayah mereka masing-masing...dalam pada mereka sentiasa berdiskusi mengenai tuhan dan kehidupan, Shofi telah terdengar akan apa yang mereka bualkan...

mengenai cinta dan persahabatan...

akhirnya, Shofi sanggup mengorbankan cintanya kepada Haydar demi persahabatannya terhadap Nayla...dia sedar Nayla juga ada menyimpan perasaan sepertinya terhadap Haydar..sekadar cinta dalam hati..

Bram yang akhirnya telah menemukan jalan hidup sebenar kini tekad untuk berubah..dia akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke kota dan memberikan projek yang penggalian sumur dan sebuah kereta sebagai sedekah kepada Haydar...dia berasa dirinya tidak layak untuk gadis semulia Shofi..

sebelum Bram pulang ke kota...

"Kerana Allah, aku pun mencintaimu."...

ungkapan yang keluar dari mulut Shofi kepada Bram...Panggilan kekasih katanya...

.The End.

***********

huh, rasa dah mula nak kena chicky-chicky nie..

Thursday, April 7, 2011

Emergency!!

assalamualaikum..^^

dla bersyukur sangat sebab hari nie baru ada mood nak baca novel lagi...

tengah-tengah kusyuk membaca..tibe-tibe ada dua orang misi berlari-lari anak..

"cepat panggil sister...cepat panggil sister"...

sejurus tu jugak..bunyi siren kecemasan kedengaran...dan ramai la para doktor yang berlari-lari menuju ke bilik 8..tak kira la samaada doktor pakar ke..atau pun yang houseman...semua serbu p bilik yang tengah emergency..

segala oksigen tank dan peralatan kecemasan dibawa masuk...

macam dalam filem daa dla tengok...hihi..

kami yang tengah duduk menunggu giliran semua terpinga-pinga...ada apa nie??..kenapa?kenapa?(ikut menyibuk urusan doktor)

ada jugak yang buat andaian yang mengatakan pesakit dah nak bersalin...cuak jugak ye kondisi nie..

siasat punya siasat,rupa-rupanya,pesakit yang sedang dirawat oleh doktor dah kena serang sawan...


tak lama lepas tue,beliau diusung keluar dari bilik 8...masa diorang melewati dla, ada jugak doktor tue cakap.."jangan bagi tanggal topeng oksigen tue ye"..kepada beliau tersebut...

dla tengok beliau tue boleh dikira sebagai warga emas la kalau dilihat dari rupa...dan mungkin rimas mengenakan topeng oksigen tue..agaknya~

********
today, dla managed to finish 3/4 of the whole novel...^^

thats mean, terlampau lama menunggu giliran tadi...adedei..

sempat juga tengok epilog syurga cinta tadi dan menjadi kebiasaan akan mendengar ceramah yang disajikan oleh misi yang bertugas kepada hadirin yang berada di klinik OnG...