Saturday, June 30, 2012

EURO 2012

YAH!

Assalamualaikum semuanya :)

Dah bersedia saksikan Spain menentang Italy malam ni??

Huh?!

Sekarang penjual-penjual jersi tuk EURO 2012 ni mampu melebarkan senyuman yang selebarnya lah. Mana taknya..rasa semangat membuak-buak dalam diri nak sokong pasukan yang diminati.

Ada seseorang yang dla kenali,,sangat-sangat memberi support kepada team England.
Walau team England kecundang kepada Italy, namun beliau ini masih semangat menyarung jersi England di badan. Fuhh!! Semangat tu.

Namun...

Antara sedar tak sedar, dalam kalangan kita ada yang cuba mengambil kesempatan untuk meningkatkan pendapatan sampingan. Yang dilaga-lagakan, tentulah pemain-pemain bola.
Aduhh,, kesian banget sih!

Taruhan demi taruhan dibuat. 'Betting' pasukan ni..pasukan tu..
Ish3.
Bukan ke pertaruhan dalam permainan tu dikira berjudi??..

**************

Sejujurnya dla rasa amat.amat.amat sedih dengan kehidupan masyarakat kita.
Awal-awal pagi lagi dah berdiri tetap depan kedai nombor.
Ada yang sanggup keluar.masuk.keluar.masuk tanpa rasa lelah dan jemu.
Tak mengira jantina, pangkat, bangsa, agama, kerja apa..tua atau muda.


Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti ( daripada melakukan perkara-perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil) ?"

Sayang-sayang semua..meh kita lupakan si judi ni.
Andai kata la suatu malam kita termimpi ada orang tua bagi nombor yang dikatakan akan bertuah..jangan ye.jangan.
Jangan mulakan langkah untuk melabur di tempat yang tak sepatutnya walau hanya RM1.50 setiap cubaan.

Mari mulakan hidup yang baru. Tambah pula 5Julai ni dah nisfu Syaaban.InsyaAllah sama-sama kita lakukan yang terbaik dalam hidup kita.

#Sekadar peringatan buat dla dan teman-teman semuanya.
Andai ada salah, mohon diperbetulkan ye.

Senyum selalu ;)

No comments:

Post a Comment