Melihat kepada tajuk forum, dalam kepala dla completely terbayangkan forum ni akan membicarakan tentang ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Mungkin kesan daripada poster-poster yang disebarkan di facebook oleh pihak PEMBINA. Hakikatnya, forum nie sebenarnya berkisarkan perasaan cinta antara lelaki dan perempuan. Dla tak pandai baca maksud tersirat dari tajuk forum tue kot. Ataupun ayat dia terlalu berbunga-bunga. Hmmm~~
dla pergi ke dewan KPZ dengan Kak Sheiha pada malam forum diadakan. Panel-panel terdiri daripada Us. Khairul Anuar Bakri, Us. Shahrul Ariffin, dan Ust. Adibah. Sedikit sebanyak yang ilmu yang dla dapat menjadi perkongsian ilmu dan juga peringatan kepada diri dla sendiri.
Jom terjah~
Definisi cinta yang digambarkan dalam Islam dan bagaimana nak urus peratusan antara cinta Allah, cinta manusia, cinta kepada haiwan, dll ?
Fasa yang dilalui oleh manusia:
Zaman kanak-kanak > sekolah menengah (krisis identiti) > fasa mengenal cinta
Allah swt mengaitkan cinta itu dengan ibadah.
Manusia akan terdidik kepada benda yang baik sekiranya cinta itu jelas baiknya, tetapi ada manusia; kerana cinta boleh
menyebabkannya seringkali berasa susah hati.
Tahaddu, tahabbu. Kamu beri hadiah, kamu berkasih sayang. Pabila kamu sebarkan salam, kamu berkasih sayang.
Nabi s.a.w. melarang manusia cinta kepada dunia dan takut kepada kematian.
Cinta adalah tanggungjawab. Cinta kepada perempuan sekiranya tidak membawanya ke gerbang perkahwinan, maka lupakanlah dia.
Kalau cinta tidak membawa kepada hati kita tenang, itu bukanlah cinta. Itu hanyalah pura-pura.
Adakah wujud cinta sebelum kahwin ?
Menurut kepada Yusuf al-Qardhawi, perbuatan cinta sebelum nikah itu adalah suatu perbuatan yang tidak terpuji... malah, cinta jihad kepada Allah lah cinta yang lebih tinggi daripada yang lain.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Jatuh cinta adalah diluar kawalan kita, tapi yang penting adalah bagaimana kita menguruskan perasaan cinta.
Tundukkan pandangan kerana pandangan itu akan menggoncangkan hati kita.
Apa itu ikhtilat ? Kenapa Islam menggariskan sempadan antara lelaki dan perempuan ?
Belajar adalah salah satu daripada ikhtilat yang dibenarkan.
Jaga ikhtilat sekadarnya.
Dalam diri kita ada musuh; hawa nafsu.
Sebelum menghadiri meeting persatuan/kelab/dll yang melibatkan lelaki dan perempuan, tolong cleankan hati kita. Tengok kepada tujuan kita serta niat dan perasaan yang kita bawa.
Pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah diharuskan atas sebab-sebab yang boleh membawa kepada kebaikan spt belajar, urusan kesihatan. Tapi jangan disalah guna.
Mohon kepada Allah moga diberikan perlindungan kepada pancaindera kita terhadap perkara-perkara yang membawa kepada keburukan.
Kekalkan sifat malu dalam diri kita. Jangan latih diri dari hilang rasa malu.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, matangkan diri kita.
Lamunan dan angan-angan jika tidak disertai dengan amalan akan kekal menjadi lamunan.
Lets marriage to be a tool in getting closer to Allah, NOT Allah be a tool to get a desired marriage.
Sekian sahaja daripada dla. Moga bermanafaat buat kita semua :)
No comments:
Post a Comment