Saturday, May 12, 2012

Inspirasi Cinta Terhebat (ICT)...

#3. Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri

Tajuk ketiga yang mendampingi pembaca seperti dla adalah sebagai motivasi kepada mereka yang masih menjalani kehidupan sendirian tanpa ditemani kekasih hati (suami/isteri).

Mungkin ramai yang takut untuk digelar bujang terlajak ataupun andartu..dla pun takut jugak..hee...

tapi..ada satu perkara yang kita perlu yakin dan percaya bahawa Allah telah menetapkan bagi setiap kita ini akan rezeki, jodoh, dan ajal maut. Mungkin jodoh kita masih belum kesampaian di dunia ini,tapi menanti kita di akhirat kelak.Wallahua'lam~

mari kita tengok kenapa dan mengapa seseorang belum didatangi jodoh..
hmmm o.0

1.Masih terikat dengan pengajian
2.Merasakan kehidupan 'single' lebih bebas..dapat melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu
3.Belum bersedia dari sudut kewangan..ye laa zaman sekarang,,semuanya nak duit kn..
4.Merasa masih belum ada calon yang sesuai
5.Kecewa dengan percintaan/perkahwinan yang pernah gagal atau lamaran yang pernah ditolak lalu mengakibatkan trauma
6.Memandang negatif terhadap institusi perkahwinan kerana menganggap cinta antara dua insan boleh dijalinkan tanpa ikatan perkahwinan..
7.Menginginkan perkahwinan yang mewah dan glamor

8.Ibubapa melarang..namun, hati ibubapa bila-bila boleh berubah bukan?..kerana ibubapa juga manusia..mereka tahu apa yang terbaik untuk diri kita..fikirkan cara yang terbaik untuk berdiskusi bersama mereka okay..perkahwinan diapit restu kedua pasangan ibubapa insyaAllah diredhai Allah

9.Mas kahwin yang tinggi

10.Tidak sempurna anggota badan..(dalam paper tahun nie,,ada dla terbaca pasangan suami isteri OKU berkahwin)..sudah ketentuan kn ;)

11.Keadaan kesihatan..perkara paling ditakuti setiap wanita ialah kemandulan..perkara yang menjadi keterbatasan utama untuk berkahwin..mungkin jugak keadaan kesihatan yang lain..jadi, diingatkan kepada bakal-bakal suami dan juga isteri,,silalah ambil tahu tentang keadaan kesihatan pasangan kita ye..harapnya agar dapat menerima kekurangan yang dimiliki pasangan anda..Aamiin.

Perigi cari timba.Dibolehkan seorang wanita untuk melamar seorang lelaki yang soleh melalui walinya...

Baiklah kita-kita semua.Semua nak bina masjid kn??..(soalan yang sesuai tanye kat yang blum kawin je..hee..)

Jadi, segala persiapan dari psikologi, zahir dan batin perlu dilakukan.
InsyaAllah,,andai sampai masanya nanti pasti kita akan jumpa yang setulang rusuk dengan kita..macam pelik sikit 'setulang rusuk' tue..

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

In-Team-->Doa seorang kekasih

Sabarlah ye teman-teman.Sentiasa berdoa dan berusaha ^^..

Tuesday, May 8, 2012

Inspirasi Cinta Terhebat (ICT)..

#2. Engkau Memang Cantik

Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu

Secara keseluruhannya dla rasakan buku nie lebih banyak menceritakan tentang pembentukan dalam melalui kehidupan sebagai seorang wanita dan juga wanita yang solehah. Almaklumlah, perempuan...setiap inci tubuh sentiasa dijadikan isu..;)

Akhwat yang sejati bukan terlihat pada tudung yang lebar, jubah yang dikenakan atau hanya rajin menuntut ilmu semata-mata, malah akhwat sejati lebih terjurus kepada ketekunan mereka dalam mengkaji Islam secara mendalam serta mengaplikasikan ilmu yang dimiliki dalam kehidupan sehariannya.

Para akhwat pula perlulah sentiasa menitikberatkan isu penampilan mereka, namun haruslah berada dalam kategori minimum iaitu sentiasa menampilkan wajah yang ceria dan berseri-seri tetapi tidak pula sampai hiasan yang tabarruj, tidak membiarkan tubuh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan...mengenakan wangian yang sederhana dan tidak secara berlebih-lebihan.

untuk muslimah di luar sana, termasuklah dla sendiri,,untuk tampil kemas..kita kenalah selalu menyeterika tudung yang kita gunakan..terutamanya cik tudung bawal kita yang memang kedut seribu bila dibasuh.

Buku ini juga ada menceritakan tips-tips menjaga kebersihan, antaranya :-
_menggantikan tudung sehari sekali untuk mengelakkan bau ashem
_mengganti pakaian..terutamanya yang dah kotor
_memakai deodoran a.k.a. anti bau badan
_mandi
_menjaga pemakanan dan menghindarkan dari mengambil makanan dan minuman yang merangsang bau badan

pemakai tudung juga mempunyai kriteria-kriteria yang tersendiri iaitu memakai tudung secara konsisten @ hanya memakai tudung di luar rumah shj tidak memakai tudung dalam kawasan perumahannya @ memakai tudung hanya pada saat yang dikehendakinya. Memakai tudung merupakan kewajipan yang telah ditetapkan Allah untuk kaum wanita..ingatlah, selama mana mereka ikhlas menerima aturan itu dan tidak rasa terbeban, maka itu akan menjadi sebuah kebaikan bagi dirinya dan orang-orang yang dicintainya.

Tabarruj adalah menampakkan keelokan tubuh dan kecantikan wajah hingga terserlah pesonanya...berhias merupakan fitrah bagi wanita..tp,cukuplah dengan kadar yang sederhana sahaja ye...

Cantiknya wanita tidak hanya bergantung pada kecantikan penampilannnya, tetapi juga sangat bergantung kepada akhlaknya. Sesungguhnya, akhlaklah yang mencantikkan diri seseorang wanita itu secara lahiriah dan juga batiniah. dengan menjaga akhlak juga, wanita akan mempunyai rasa malu untuk membuat maksiat, malu terhadap Allah apabila ingkar perintahnya dan malu apabila tidak membuat kebaikan.

Justeru itu, marilah kita sama-sama, anda dan dla...berusaha mencantikkan lagi rohani dan jasmani kita agar keyakinan diri dan ketaatan kita kepda Allah, Rasulullah serta orang tua semakin bertambah..InsyaAllah.

Senyum-senyum selalu ye..insyaAllah awet muda.


Saturday, May 5, 2012

Inspirasi Cinta Terhebat (ICT)

Cinta Terindah Buat Yang Mencari Cinta Dan Mencintai Allah


Alhamdulillah..dla akhirnya memiliki kompilasi buku-buku hasil tulisan Burhan Sodiq.
Sangat menyentuh hati remaja dla.

Terdapat 5 judul buku yang boleh menjadi panduan remaja masa kini, iaitu
1. Kerana Cinta Harus Memilih
2. Engkau Memang Cantik
3. Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri
4. Ya Allah, Aku Jatuh Cinta
5. Sejuta Cinta Untuk Ibunda

InsyaAllah, dla akan cuba ulaskan isi daripada setiap judul dalam ICT.

#1. Kerana Cinta Harus Memilih

Setiap remaja mesti pernah berasa bingung dalam memilih antara percintaan ataupun persahabatan..antara kekasih ataupun kawan..
Cinta remaja mungkin sesaat sahaja, tapi persahabatan adalah untuk selamanya (^.~)

Cuba tanyakan kepada diri kita, benarkah perasaan cinta yang kita rasakan...
atau,, kita pernah menyatakan "Aku telah jatuh cinta pada dia, dia dan dia"...

Sekiranya sedemikian yang kita rasakan, mungkin itu hanyalah sebahagian daripada rasa kagum kita terhadap seseorang.

Imam Ibnu Qayyim telah menyatakan,
"Cinta yang terpuji ialah cinta yang mendatangkan kepada pemilik cinta itu hal-hal yang memberinya manfaat di dunia mahupun di akhirat. Maka cinta seperti ini merupakan muara sebuah kebahagiaan.

Sekalipun ada cinta yang tercela ialah cinta yang mendatangkan kepada pemiliknya hal-hal yang membawa kepada kerugian dunia dan akhirat. Dan cinta sebegini adalah sumber penderitaan dan duka lara"

Dalam usia remaja yang agak belia ini, telah ramai pasangan kekasih yang bermesraan bak suami isteri, berasyik-asyikkan dalam kegelapan...
Nauzubillah..moga-moga dijauhkan perkara nie daripada menimpa diri dla dan juga pembaca...

Maka, cintailah seseorang kerana Allah.

Cinta kerana Allah bererti mencintai seseorang kerana ketaatannya kepada Allah atau cinta di jalan Allah.

Daripada Anas bin Malik berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah, sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya, dan sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.

dla nak ambik sikit lirik lagu Sahabat-Najwa Latif
'Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi SAHABATku'


Friends are FOREVER kn~ (^^,)

Tapi, apa-apa pun jua, bak kata orang-orang tua; kita nie dah besar gajah dah..dah pandai beza baik buruk...dan pandai buat pilihan sendiri.

Sekiranya anda rasakan dialah pilihan anda, (macam rancangan realiti pulak kan)

mari kita menadah tangan,berdoa kepada yang Maha Esa...

Oh tuhan, seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan..
Ya Allah, ku mohon apa yang telah Kau takdirkan, dia adalah yang terbaik buatku, kerana Kau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanMu, Ya Allah..Aamiin.

Hmmm...mana satu yang menjadi pilihan anda??

Tepuk dada, meh tanya iman.

Thursday, May 3, 2012

TRAVELOG SYAHADAH

Alhamdulillah..selesai jga dla membaca satu perjalanan hidup bagi mencari sinar ketenangan untuk mengecap redha Ilahi di dunia dan akhirat,Travelog Syahadah tulisan Ustaz Rashidi Abdullah.


Rasa penuh syukur dla ungkapkan kerana dapat tahu tentang buku ni selepas kehadiran Ustaz Rashidi ke kolej...hehe..da lama Travelog Syahadah menelusuri pasaran baru dla tahu ada dan isi buku nie pulak menceritakan kisah yang benar-benar realiti..

Subhanallah..kalau teman-teman baca,,mungkin akan terkesan di hati...

pengharapan kepada manusia dalam mencari ketenangan membuahkan hasil yang sia-sia.
kepada Allah jualah tempat tempat kita bergantung dan berharap.

bukan mudah berada di jalan yang lurus..penuh dengan onak dan duri mendatang..
harus ditangani dengan sepenuhnya kudrat yang dimiliki..
lantas tawakal kepada Allah sesudah kita berusaha.

InsyaAllah, Allah akan senantiasa berada di tempat yang benar.

Travelog Syahadah juga merupakan jejak seorang mualaf mencari jalan ke syurga.

Semoga penulis, pembaca serta teman-teman semua sentiasa dikekalkan hidayah yang diberikan Allah.

Mari kita sama-sama mangangkat tangan berdoa kepada Yang Maha Esa agar ditetapkan iman.

Bismillahirrahmanirrahim


“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”

(Surah Ali Imraan [3]: 8 )

Monday, April 30, 2012

UmmpH TEH

Assalamualaikum semua sahabat handai dla ^.~

petang petang gini..tambah lagi suhu dya sejuk sejuk ditiup hembusan bayu kan, sedap nie pekena teh. panas-panas baru la ummph!

meh dla bagi beberapa cadangan teh yang menjadi feveret dla dan manataw menjadi feveret anda pulak kn?!

1. TEH SABAH- Teh nie boleh kira sebagai teh persahabatan bagi dla..sebab teh nie la kami selalu minum kat bilik dengan sahabiah yang lain..


2. TEH PERISA STRAWBERI CAMERON-Teh nie sedap tambah bau teh nie wangi ala-ala buah strawberi..memang la kan ;)
budak-budak mesti suke nie sebab depa mesti ingat bau gula-gula.nYumnYum
kalau singgah kat Cameron jangan lupa beli ye..untuk dla;)


3. Teh Ronnefeldt- Teh ni dla suka sebab dya ada aroma dya tersendiri..rasa sekali insyaAllah nak lagi..hihihi


4. TEH HIJAU IRO IRO-Tahun nie dla dah jatuh hati dengan segala makhluk teh hijau...ada kawan dla bagitau, kalau cuaca panas sangatla sesuai minum teh hijau nie..ada khasiat yang tersendiri katanyala..jadi habit minum teh hijau nie dla da mulakan sejak tinggal kat matrik..huhu..teh hijau jasmine seasons menjadi penghilang dahaga. Teh hijau IRO IRO ne pulak teh yang perlu dibancuh..and sesape yang rase nak rasa ori teh ni, tak payah tambah gula ye.


5. TEH BOH LEMON dan MANDARIN SERI SONGKET-rasa teh nie macam rasa 'ice lemon tea' yang dalam tin..tak payah lagi susah susah dla pegi beli lemon kat market..harga pun dah naik..hehe


FAKTA n TEH::~

#1.Teh Mengandungi phytochemicals yang berfungsi untuk membantu tubuh menentang serangan beberapa jenis barah.

#2.Catechins juga salah satu bahan yang terdapat dalam teh berfungsi sebagai antioksida.

#3.Teh juga mengandungi fluorida yang peting dalam menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi.

#4.Kajian pada tahun 2001 yang dijalankan oleh saintis Amerika Syarikat, Taiwan dan Jepun mendapati teh berupaya melambatkan proses penuaan.

#5. Khasiat Teh hijau amat mujarab bagi mereka yang alergi kepada persekitaran berhabuk.

#6.Khasiat teh hitam pula ialah berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia mampu menghalang darah dari berkumpul yang boleh menyebabkan darah terhenti.

#7.Khasiat teh hijau memang telah ramai yang ketahui ia dapat mempercepatkan pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Sebenarnya flavonoids yang terdapat di dalam teh hijau ini mampu mengubah cara menggunakan hormon dipanggil norepineephirine yang meningkatkan lagikelajuan kalori di bakar.

LETS TEA TIME :D

Friday, April 27, 2012

muga-muga bertemu kembali

assalamualaikum semua!

waduh waduh..udah lama nggak ketemu ya...alih-alih dla udah bisa ngomong indon..

nakuro??

macam xngam plak speaking indon ne..xpelah,,demi memartabatkan bahasa melayu kita..dla akan gunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan kita ye..

warkah pilu ini ditujukan kepada sahabat handai dla..terutamanya kepada budak-budak yang tengah berlumba-lumba nak dapatkan markah tertinggi dalam 'spongebob'...

terima kasih daun kelapa atas segala sumbangan yang telah diberikan...dan terima kasih juga kepada fatin yang sudi menyumbangkan gelang yang bertatahkan mutiara ini kepada teman sebiliknya...akan dla simpan dalam kotak untuk selamanya.

kepada agaro, boro, pariyayei<----betulke macam nie eja dia arh??... selamat menjalankan tugas sapu-sapu bilik ye...jan lupa tue.jaga awak~ kepada pemegang beg doraemon,,hati-hati di jalan raya..jangan ikut orang yang xkenal...majukan lagi perniagaan bapak awak ye.. terima kasih mye atas kesudian menghantarkan beg ke tingkat paling bawah...anda telah berjaya mengurangkan 15o kalori dalam badan.TAHNIAH! buat kawan-kawan semua,moga kita bertemu kembali di hari dan waktu yang lain...andai jodoh tak ke mana~ ye dak?? SELAMAT TINGGAL dan Kekalkan ukhuwah antara kita semua. Mudah-mudahan semuanya berjaya di dunia dan akhirat..InsyaAllah :)


Saturday, January 28, 2012

kompang dah dipalung larh ;)

Tanggal 21hb yang lalu, termaktublah sudah pasangan suami isteri baru dalam keluarga Uda Kemaran...huhuhu


da baca doa..hilanglah semua rasa nervous di hati...

dan malamnya pulak, paksu kena sanding sorang2..



22 hb pulak majlis persandingan kat rumah pengantin perempuan...syukurlah jarak rumah pengantin lelaki ngan perempuan dekat je.
kami pun bergerak dari selat pulau ke teluk intan..



memandangkan paksu bermalam kat rumah maksu, kami kat rumah pun memulakan proses menyiang inai..banyak jugak la inai kami siang..yg best nyer, dla pun join skali pakai inai sepuluh jari..camanalah gamaknya nanti dla amek ups ngan inai nie ye.;)

23hb .
majlis bersanding di rumah pengantin lelaki.
sempena Chinese New Year kot..kami bertemakan buah limau gtue...ala2 limau-limauan!








.PAKSU. n .MAKSU.
"selamat Pengantin BARU"