Tajuk ketiga yang mendampingi pembaca seperti dla adalah sebagai motivasi kepada mereka yang masih menjalani kehidupan sendirian tanpa ditemani kekasih hati (suami/isteri).
Mungkin ramai yang takut untuk digelar bujang terlajak ataupun andartu..dla pun takut jugak..hee...
tapi..ada satu perkara yang kita perlu yakin dan percaya bahawa Allah telah menetapkan bagi setiap kita ini akan rezeki, jodoh, dan ajal maut. Mungkin jodoh kita masih belum kesampaian di dunia ini,tapi menanti kita di akhirat kelak.Wallahua'lam~
mari kita tengok kenapa dan mengapa seseorang belum didatangi jodoh..
hmmm o.0
1.Masih terikat dengan pengajian
2.Merasakan kehidupan 'single' lebih bebas..dapat melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu
3.Belum bersedia dari sudut kewangan..ye laa zaman sekarang,,semuanya nak duit kn..
4.Merasa masih belum ada calon yang sesuai
5.Kecewa dengan percintaan/perkahwinan yang pernah gagal atau lamaran yang pernah ditolak lalu mengakibatkan trauma
6.Memandang negatif terhadap institusi perkahwinan kerana menganggap cinta antara dua insan boleh dijalinkan tanpa ikatan perkahwinan..
7.Menginginkan perkahwinan yang mewah dan glamor
8.Ibubapa melarang..namun, hati ibubapa bila-bila boleh berubah bukan?..kerana ibubapa juga manusia..mereka tahu apa yang terbaik untuk diri kita..fikirkan cara yang terbaik untuk berdiskusi bersama mereka okay..perkahwinan diapit restu kedua pasangan ibubapa insyaAllah diredhai Allah
9.Mas kahwin yang tinggi
10.Tidak sempurna anggota badan..(dalam paper tahun nie,,ada dla terbaca pasangan suami isteri OKU berkahwin)..sudah ketentuan kn ;)
11.Keadaan kesihatan..perkara paling ditakuti setiap wanita ialah kemandulan..perkara yang menjadi keterbatasan utama untuk berkahwin..mungkin jugak keadaan kesihatan yang lain..jadi, diingatkan kepada bakal-bakal suami dan juga isteri,,silalah ambil tahu tentang keadaan kesihatan pasangan kita ye..harapnya agar dapat menerima kekurangan yang dimiliki pasangan anda..Aamiin.
Perigi cari timba.Dibolehkan seorang wanita untuk melamar seorang lelaki yang soleh melalui walinya...
Baiklah kita-kita semua.Semua nak bina masjid kn??..(soalan yang sesuai tanye kat yang blum kawin je..hee..)
Jadi, segala persiapan dari psikologi, zahir dan batin perlu dilakukan.
InsyaAllah,,andai sampai masanya nanti pasti kita akan jumpa yang setulang rusuk dengan kita..macam pelik sikit 'setulang rusuk' tue..
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
In-Team-->Doa seorang kekasih
Sabarlah ye teman-teman.Sentiasa berdoa dan berusaha ^^..
No comments:
Post a Comment