masa 29 jan hari tue..ad dpat email dari website PM kita..ucapan Selamat Tahun Baru Cina Dari Najib Razak dan keluarga..
Salam 1Malaysia!
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.
Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.
Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.
Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!
Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga
_______________________________________
Salam 1Malaysia!
Happy Chinese New Year to all Malaysians who celebrate this auspicious event.
Each year as the season draws near I am reminded of the excitement and merriment I experienced as a child during Chinese New Year. Mum and dad would visit our Chinese friends, and I would always tag along. I always look forward to savouring the many delicacies, favorites being kuih kapit, kuih bangkit, pineapple tarts and "ngaku" crackers, with Mandarin oranges always on top of the list. A wide smile would cross my face when I received "angpows" from my parents' friends. Today, the celebrations have grown to include sate, ais kacang, mi rebus and maruku even!
May the Year of the Rabbit bring blessings of much happiness, good health and prosperity always. With new beginnings comes new opportunities and as we usher in the Lunar New Year, it is my sincere hope that you achieve success and satisfaction in all your undertakings. Your accomplishments are reflective of our nation's triumphs, and may we always excel beyond expectations!
Gong Xi Fa Cai!
From
Najib Razak & Family
...esok da Chinese new year..even dla xsambut tapi bila tengok warga cina yang jadi mangsa banjir sekarang neyh..macam kat Labis tue..rasa kesian plak..
xdapat nak sambut CNY dorang...ada yang da siap beli bahan-bahan mentah tuk masak as a preparation tuk raya nnt..tapi sumer tue da hancor..xde yang dapat kena bagi selamat pun...sedey jugak la kalo kita yang jadik gtue..
memang sekarang cuaca tak menentu..kat sini pun dya punya cuaca tue...kalo tengok,sedap neyh kalo pejam mata...pastu brape lame membuta..tambah lae ngan bantal busuk kat sebelah..memang ngam :)
dalam kalender tahun cina,,tahun ne kena panggil tahun arnab..arnab.yang kiut-kiut tue..
ne ada sikit laa info pasal Tahun Arnab ne..dapat dari Berita Harian..
alaa..as a general knowledge kn..
Ekonomi diramal pulih bawa untung besar, hartanah naik__ne la yang kena kata pasal Tahun Arnab neyh..moh le baca kat bawah neyh...
KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina percaya Tahun Baru Cina tahun ini yang jatuh pada Tahun Arnab daripada jenis ‘arnab logam’, akan membawa berita baik untuk ekonomi dunia. Pakar Feng Shui, yang juga Naib Presiden Operasi Peruncitan dan Perundingan World Of Feng Shui, Phillip Lim, berkata ekonomi kebanyakan negara berpeluang untuk menikmati pemulihan positif. “Mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya.
“Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti,” katanya.
Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri.
Lim berkata, masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan.
Bagaimanapun, beliau berkata, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau.
Selain itu, katanya, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga.
“Dari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan.
“Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat.
“Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat,” katanya.
Bagi pelajar pula, Lim berkata, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka.
Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.
Antara selebriti antarabangsa yang dilahirkan dalam Tahun Arnab ialah Angelina Jolie, Johnny Depp, Eva Longoria, Brad Pitt, David Beckham, Kate Winslet, Drew Barrymore, Bridget Fonda, Lisa Kudrow, Elizabeth Shue, Lauryn Hill, Sheryl Crow, Tiger Woods, Nicholas Cage, Quentin Tarentino, Sting, Andy Warhol, Frank Sinatra, Albert Einstein dan Arthur Miller.
ini yang diperkatakan pasal tahun arnab dalam berita hari neyh...
tapi tue sumer xleh percaya bulat-bulat..hanya sekadar pengetahuan am..kerna sebagai umat islam kita perlu percaya kepada setiap qada dan qadar yang telah ditetapkan..dan cuba berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik..
apa yang baik dijadikan tauladan ,
dan yang buruk dijadikan sempadan.
Salam 1 Malaysia :)
No comments:
Post a Comment