Thursday, February 10, 2011

Tiramisu da habis daa...

tiramisu da habis??..

bila masa pulak p beli kek tiramisu nie...

buat kek mungkin..owh..

ehh..tadi rasa nye vanishkan cik kayu jati je tadi..takde pulak proses buat-buat kek nie...

kalau gitu,,xdela yang p makan tiramisu nie kan..

jadi??~...

oke.

drama tiramisu da habis tadi...


da sampai episod yang terakhir.

best..here the sinopsis~

TIRAMISU (tv3) mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu.Melur juga ada menyimpan sebatang pen kepunyaan Dani sebelum Dani pergi menyambung pelajarannya sebagai ingatan. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).

Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Melur juga pernah dirapati oleh Zain..namun Melur hanya memutuskan hubungan mereka hanya sekadar kawan dan tidak lebih dari itu. tiba-tiba muncul pula Tina dalam hidup Dani. Setelah seberapa lama mengenali Tina,Dani akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan Tina.

Hal ini telah diketahui oleh Melur dan dia merasakan perasaan cintanya kepada Dani tidak dilihat oleh Dani sendiri.Dia berasa amat kecewa dan menceritakan hal ini kepada rakannya,Benny. Benny mencadangkan agar Melur mensabotaj perkahwinan Dani dan Tina.

Melur dengan sukarela menjadi 'wedding planner' kepada Tina dan Dani. Dia telah melakukan segala urusan perkahwinan mereka,namun semuanya tidak mengikut kehendak calon pengantin dan hal ini dilakukan secara rahsia. Tina akhirnya dapat menjejaki kesalahan yang telah Melur lakukan dan meminta Dani meminta Melur supaya mengakui kesalahannya.

Melur akhirnya mengakui kesalahan yang telah dilakukan dan mengatakan bahawa dia sebenarnya sayangkan Dani sejak dari bangku sekolah. Dani juga mengakui kebenaran yang dia juga masih menyimpan perasan sayang kepada Melur dan membuat keputusan untuk tidak mengahwini Tina. Akhirnya Dani bersatu dengan Melur setelah menyedari janji dan cinta antara mereka berdua.

SELESAI...

coklat tiramisu nie pun sedap jugak..thanks ye myer kasi nie :)

No comments:

Post a Comment