Wednesday, May 30, 2012

Inspirasi Cinta Terhebat (ICT)

#5. Sejuta Cinta Untuk Ibunda

Alhamdulillah,,akhirnya masuk jugak judul terakhir dalam kompilasi ICT nie..
Kalau based on title, 'Ibunda' amatlah merujuk kepada kecintaan seseorang anak kepada emak @ ibu@ ummi@mama@bonda.etc

Tapi setelah menerjah isi-isi dalam buku nie,,dla dapat merasakan bahawa spesifikasinya adalah terhadap kedua orang tua kita.mak dan ayah.

ingin dla coretkan di sini bahawa kita ini semua sememangnya tidak akan berupaya membalas jasa ibu kita hatta kita ialah seorang menteri pun. Jasa ibu tidak ternilai.menahan keperitan selama 9 bulan. melayan karenah yang pelbagai.mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.sedia berkorban demi melihat anaknya berjaya dan gembira.

Ayuh kita kuatkan lagi cinta terhadap kedua ibu bapa!

>mempunyai niat ikhlas mencintai mereka kerana Allah
>menerima mereka seadanya..sentiasa menerima kekurangan mereka ye.
>menghargai ibu bapa lebih daripada harta
>lakukanlah ekspresi-ekspresi cinta yang spontan!
>menjadi pendengar yang setia
>percaya kepada ibu bapa
>berkongsi pengalaman dengan mereka

Reda Allah bergantung pada reda ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa

Anak-anak,,termasuklah diri dla sendiri...sentiasalah mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita ye.
sekiranya mereka berlainan agama dengan kita, sentiasalah menghormati mereka.


"Wahai tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Amiin.


No comments:

Post a Comment