Thursday, August 2, 2012

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Assalamualaikum dan selamat petang!

Fuhh~

Mata mula terkebil-kebil laksana hati mula terfikir-fikir.

Segala kata-kata motivasi yang dicurahkan oleh Ummi Hamidah tadi membawa diri ke persada permuhasabahan.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Kata ummi,

di mana pun kita berada,tetaplah dengan pendirian kita. Jika sebelum ini kita pernah diuji dengan ujian yang kita rasakan maha hebat, di masa hadapan takkan kita akan terus mengalah dengan ujian yang mendatangi kita...tetapkanlah dengan pendirian diri kita sebaiknya. Redha dan senantiasa muhasabah diri kita.

Hargai orang yang berada di sekeliling kita walau apa pun ragam mereka. Kadang kita tak menyedari yang mereka inilah, orang-orang yang kita rasakan agak meremehkan kita, adalah golongan yang membantu kita di saat kesusahan.

Dunia ini Bulat.

Siapa-siapa pun boleh berada di atas mahupun di bawah.

Bersyukurlah atas nikmat yang Allah berikan kepada kita, dan sempena Ramadhan ini juga...jangan bazir-bazir tau dekat bazaar tue. Membazir kan amalan syaitan.

Renung-renung kan..dan selamat beribadah ^^.

2 comments:

  1. hidup ni,memang mcm tu..bkn selamanya kita akan berada di atas.sekuat mana,sebijak mana,sekaya mana kita..tetap memerlukan org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat betul cik jue :)
      kita nie hidup saling bergantung ngan orang lain..tak boleh sendiri2..takut makan diri katanya.
      neway,,thanks bg komen yg bermanfaat ye ^^.

      Delete