Wednesday, August 8, 2012

Istilah Ramadhan

Assalamualaikum :)

Ramadhan semakin menjengah ke fasa terakhir
Terasa debaran mula mengetuk hati ini
Lantas mengenang ukhuwah yang mula bersemadi kini
Bertarawih saat indah pasti
Apalagi dikunjungi Malam Qadar
Semoga dipertemukan~

Mari kenali istilah-istilah yang sering digunakan dalam bulan Ramadhan.

TILAWAH

Bacaan pada dasarnya. Lebih ditumpukan kepada ayat membaca Al-Quran.
Membaca Al-Quran dikira sebagai zikir yang mengingatkan kepada kepada Sang Pencipta, apatah lagi dilaksanakan dalam bulan Ramadhan ini.

Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air.” Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula? Sabda baginda lagi: “Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Dari Ibn Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim ‘ satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

TADARUS

Ibadah ini bukanlah dilakukan secara bersendirian. Cuba kita tengok kat TVAlHijrah masa tengah malam atau RTM masa sahur. Baru kita akan dapat lihat situasi bertadarus yang sebenar.

Asasnya, tadarus bermaksud memperdengarkan bacaan Al-Qur’an di hadapan seseorang
yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Jadi, paling kurang pon 2 orang. Seorang baca, seorang lagi semak. Macam tue la konsep dia.

“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada
para malaikat”.

TARAWIH

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirehat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
-Wikipedia

Tarawih, tarawih jugak...solat 5 waktu jangan lupa taw~

NUZUL QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

LAILATUL QADAR

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)

Malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, contohnya 21,23,25,27 dan 29.

#Peribahasa untuk diamal selamanya, pesanan daripada Cikgu Anidah.

Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi

Orang yang berilmu selalu merendahkan diri, sedangkan orang yang bodoh apabila beroleh sedikit kelebihan bertambah sombonglah ia. (Bandingkan dengan: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).





No comments:

Post a Comment