Wednesday, November 2, 2016

#bussetstakesjava: BANDUNG (1)


Paris van Java. Itulah gelaran yang diberikan kepada kota Bandung, Indonesia. Menurut beberapa blog dan siaran tv yang pernah dhila baca dan tonton, suasana persekitaran di Bandung ini agak mirip dengan suasana daerah Perancis Selatan. Tambah pula, kota Bandung ni terkenal dengan fesyen-fesyen terbaru tau. Ada yang menggelar kota Bandung ni sebagai kota Jin!. Haa..kenapa? Sebab kat sini juga banyak Factory Outlet yang jual seluar-seluar jeans yang berjenama tapi direject oleh kilang. Bolehlah dapat Burberry, Levis dan seangkatan dengan harga yang murah. Pilih yang original, baru tak rugi beli.

1. Stasiun Bandung Utara. Kami sekumpulan tiba di Bandung pada pukul 8.30 pagi setelah berlenguh badan dan kaki duduk dalam keretapi 9 jam terus ya. Perkara pertama yang kami lakukan adalah mencari kereta sewa memandangkan kami tidak menempah perkhidmatan supir untuk hari pertama di Bandung. Dapat je kereta sewa, kami terus ke hotel untuk menyimpan luggage yang dah sedia berat ni.

\
Its Bandung Stasiun!!

2. First thing to do adalah simpan luggages dekat hotel. Hotel mana pulak dhila dan kawan-kawan stay kali ni?. Haaa..tunggu. Now, its time for shopping dan makan! Pasar Baru Bandung adalah pilihan untuk kami shopping time. Biasalah kalau nak shopping ni, salah satu tips yang dhila boleh kongsikan di sini ialah kita kena bandingkan harga dengan kualiti barangan sebelum kita buat pembelian. Dengan itu, kita boleh dapatkan barang yang kita nak dengan harga yang murah dan kualiti yang terbaik. Barangan yang menjadi hot items orang-orang Malaysia terutamanya yang berkunjung ke Indonesia biasanya adalah telekung dan kain pasang. Memang rambang mata kita nak buat pilihan. Siapa-siapa yang nak kahwin, boleh pening kepala cari busana pengantin kat sini.

Teh nyobain topi jawanyaa

Untuk "Brunch" kitorang, tempat makan pilihan kami ialah foodcourt Pasar Baru ni je. Tak larat dah nak jalan jauh-jauh, dengan kurangnya glucose level, kalori pun banyak terbakar, dan muscle dah mula ditrained sebab angkat beg-beg plastik barang. Kita makan di kedai Kemangi dengan menu nasi putih berlaukkan ayam/bebek goreng (lupa dahh..haha) dan ikan goreng tepung. Pekerja kedai ni kata, kalau tak sedap kami pulangkan bayaran. Tapi memang sedap la nak habaq mai.

Papan tanda kedai Kemangi

Star rating: 5 Bintang

3. De Batara Hotel. Yeap, di sini lah pilihan kami untuk merehatkan badan. Agak sukar juga kami ke sini sebab kami terpaksa naik angkot, diturunkan di tepi jalan, sesat jalan dan terpaksa berjalan kaki untuk ke hotel. Memang mengah juga lah kaki kami ni tambah pula barangan kat tangan tu penuh kan. Malamnya kami plan untuk tak berehat saja di bilik, tapi keluar merayau ke daerah Cihampelas untuk windows shopping dan dinner. Dengan berjalan kaki sahaja, kami ke Factory Outlet Store dan Cihampelas Walk. C'Walk ni macam mall yang ada kedai-kedai yang branded, kedai makan yang hipster dan Watson. Haa..perlu mention Watson sebab kat situ I jadi ghairah beli barangan kosmetik jenama Wardah (Brand Indonesia). Jenama ni dhila dah lama tengok iklan dia kat youtube dan website, tapi tak pernah try on skin. Lipstick dia dhila suka sangat-sangat sebab dia bagi warna natural dan selesa. Kami dinner di 77 Es Teler Juara Indonesia Resto dan menu dhila malam tu adalah Gado-gado dan minuman Es Teh Sireh.

Suasana di Cihampelas Walk


Menu dhila kali ni sangatlah bukan perfect combination. Gado-gado tu agak pedas dan es teh sireh pun pedas-pedas sireh. Memang diarrhea dhila malam tu. Terus kuruss bak hanggggg!. Tak nak bagi star rating lah sebab salah dhila yang gatal sangat nak cuba benda-benda herba ni. hehe.

Okay, kita tidur dulu. Nanti dhila akan sambung perjalanan di Bandung ni. Maa'ssalamah!






Tuesday, October 11, 2016

FNAC


FNAC. Fine Needle Aspiration Cytology. FNAC adalah salah satu prosedur untuk membuat persampelan dari sel ketumbuhan atau lump. Prosedur ini menggunakan jarum yang berongga, papan slide untuk letak sel, dan mikroskop. Terasa macam buat eksperimen dalam makmal fisiologi pula. Cuma dulu guna cheek cells (sel pipi) dan sel yang mudah nak ambil. Kali ni, perlu guna kepakaran doktor yang bertauliah untuk ambil interested cells.

Risiko semasa melakukan FNAC ni adalah terkena jangkitan (infection) daripada jarum dan persekitaran. Bilamana bendasing dimasukkan ke dalam badan, sememangnya akan ada risiko untuk terkena jangkitan. Sebagai contoh, jangkitan daripada mikrob. Sebab itulah, peralatan yang digunakan di hospital di sterile dahulu sebelum digunakan ke atas pesakit. Ini lah salah satu langkah pencegahan yang diaplikasikan di hospital untuk keselamatan pesakit.

Bunyi agak medical entri kali ni. Tapi dhila bukanlah medical personnel pun. Cuma saje nak share pengalaman yang pernah dhila lalui. Officially, this is my first #medicaldiary. Hehe.

Perasaan semasa FNAC. Ya, selepas 3 kali cubaan dengan 2 kali sesi di FNAC, akhirnya doktor berjaya juga ambil sel tu. Sesi pertama dengan 2 kali injection, tapi tidak berjaya. Kemudian, dhila dijadualkan untuk melakukan FNAC dengan bantuan ultrasound. Prosedur ni dibatalkan. Sesi kedua, alhamdulillah dengan satu injection, doktor berjaya mendapatkan sel tersebut. Sakitnya, Allah yang tahu. Terasa la sakit tu untuk beberapa hari especially bila nak perform solat.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...” (2:286)

Ayat yang selalu memberi inspirasi dan motivasi buat dhila. Taklah rasa sayu sangat hidup ni.

*************************

10 Muharram 1438H. Salah satu tarikh penting buat umat Islam di seluruh dunia dan terdapat beberapa peristiwa penting berlaku dalam tarikh 10 Muharram ini, Hari Asyura. Pada hari ini juga, sahabat dhila yang merupakan teman seperjuangan hidup akan menjalani pembedahan buat kali kedua. Semoga beliau tabah dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. In shaa Allah, esok dhila datang melawat jika berkelapangan.

Thursday, August 25, 2016

#bussetstakesjava: JOGJAKARTA (2)


Selamat pagi semuanya. Apa khabar? Semoga hari ni hati awak semua tenang je. Kalau ada yang menyebelkan pun, kita akan tetap steady and cool. Moga-moga juga kita tidak cepat melatah dengan apa rintangan yang ada dalam hidup ni. Tawakkal kepada Allah.

Back to our journey ke Jogjakarta tempoh hari..hari ni dhila nak sambung story di Kota Jogja untuk hari kedua kami.

6. "Rangga, yang kamu lakukan ke saya itu..jahattt!". Mesti korang pernah dengar dialog ni kan? Dialog dari Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) ni dah berjaya dimemekan dan diviralkan di laman sosial. Shooting untuk dialog ni bertempat di Sellie Coffee, yang tempatnya hanya beberapa langkah dari Adhisthana hotel. Alang-alang dah dekat, kita pun shoot juga kat situ sebab nak ambil feel macam Cinta. Tak sempat nak singgah cafe tu sebab jadual yang sangat padat dan kitorang pun checkout hotel pagi tu.

Retro je Sellie Coffee ni

7. Destinasi seterusnya yang kami akan jelajah ialah Desa Wisata Kali Biru yang terletak di Kabupaten Kulon Progo. Kali Biru ni terkenal dengan pemandangan sekitar kali (tasik). Kami bertolak sekitar pukul 8.15 pagi waktu Indonesia. Waktu di Indonesia adalah 1 jam lebih lewat daripada jam di Malaysia, dengan kata lain..sama jam dengan Thailand. Perjalanan ke Kali Biru ni dipenuhi dengan suasana tanaman padi huma. Masa ni memang excited dengan padi huma ni, cantik Ya Allah. Padi huma atau padi bukit ni cantik sebab susunannya yang bertingkat-tingkat. Kebanyakan penanaman padi di Indonesia ni adalah padi huma. Tambah menarik yang membuatkan kamera tak habis nak snap gambar padi ni adalah bila buah padi dah masak kuning. Teringat pula lagu masa sekolah rendah dulu..

Akak nyanyi-nyanyi terjah padi orang kampung

Lihat jauh nun di sana
Tekun petani kerja
Buah padi masak kuning
Isteri kerjasama..lalala

Selamat datang ke Kali Biru

Kalau bawa kereta, kereta kena servis dulu. Bagusnya kalau kereta tu manual, tahan lasak sikit. Memang curam sangat-sangat jalan nak ke Kali Biru ni. Bila dah parking kereta, kita semua kena jalan kaki daki bukit pula untuk pergi ke spot-spot ambil gambar. Mengah la kalau tak fit..hehe. Untuk spot bergambar, ada 4 spot. Berbeza lokasi dan muatan untuk setiap spot. 2 spot bentuk petak, tapi beza bilangan orang yang boleh naik dan ambil gambar. Spot yang lain adalah spot bundar (bulat) dan spot love. Spot bundar boleh naik maksimum 4 orang manakala spot love maksimum 3 orang. Setiap spot ada bayaran yang berlain, dan kita juga boleh minta jurugambar untuk capture the moment kat atas tu. Gambar-gambar tu kita boleh pilih dan transfer ke pendrive/sd card/kamera/atau handphone dengan bayaran IDR5,000 untuk satu gambar. Dhila dan 3 orang rakan pilih untuk bergambar di spot bundar, yang baki lagi 2 orang depa minat gambar dekat spot love. Spot love ni juga sesuai untuk pasangan-pasangan. Love is cinta..hehe. Masa kat atas tu boleh je buat aksi apa-apa; nak lompat ke, baring ke, yoga ke..apa-apa lah..jangan terjun suda :P. InsyaAllah, akan selamat masa kat atas spot tu sebab setiap orang akan dipakaikan safety harness. Safety first kan..

Foto di spot bundar

Nahh..dhila belanja satu gambar kitorang naa yang bertema ala-ala tenang dan mendamaikan. Santai-santai gitu. Padahal jenuh tahan malu dengan orang yang tengah beratur tunggu turn. Trip advise kali ni adalah untuk pergi ke Kali Biru ni awal-awal pagi tau. Syukurlah kami hanya perlu tunggu turn bergambar 1 jam sahaja, kebiasaannya orang kena tunggu selama 1-2 jam. Lama bangat sihh. Kat belakang tu la Kali birunya yang didakwa airnya berwarna biru dan menyegarkan.

8. Pantai. Air Terjun Kedung Pedut. Emangnya mula-mula kita memang plan nak ke pantai/hutan pinus. Tapi dibilangnya sama Mas Bowo, supir kami di Jogja, yang jarak ke hutan tu dari Kali Biru ni sangatlah jauh. Ibarat dari Timur ke Barat. Jadi, kita minta supir kami cadangkan tempat yang berdekatan dan best. Berlawanan simpang ke Kali Biru ni ada air terjun. Walaupun supir kami pun tak pernah pergi sana, kami pun bersam-sama mencari jalan ke air terjun. Seperti jalan ke Kali Biru, jalannya berliku-liku, sempit dan curam. Tambah seram bila banyak kenderaan besar macam lori keluar masuk. Penat juga badan menahan jalan yang banyak batu kecil. Akhirnya kami jumpa juga Air Terjun Kedung Pedut ni. Kat sini, kita boleh buat pelbagai aktiviti rekreasi macam berkelah, mandi-manda, outbound, flying fox, rapeling, canyoning, selfie, photo spot dan lain-lain yang sesuai dengan air terjun ni. Air terjun dinamakan Kedung Pedut kerana Kedung=Kolam semualajadi Pedut=Berkabus. Mas kat sana bagitau yang air terjun ni dia akan berkabus bila waktu petang. Masa kitorang datang tu masa tengahari, takde la kabusnyaa..hhe. Disebabkan kami pi sini tiba-tiba tanpa dirancang, kami boleh menggambar pemandangan yang ada yang kat situ je. Dhila ambil la juga kesempatan berflying fox di sini dan boleh tengok view air terjun ni dari atas masa tengah tergantung atas tali. Sangat cantik MashaaAllah.

Airnya yang agak kebiruan

Flying fox yaww. Takleh lawan ESCAPE ;)

9. Terbang di udara sudah. Damai di air juga sudah. Yang belumnya..makan tengahari. Kami balik ke kota Jogja untuk mencari sesuap nasi. Warung Sate Klatak Pak Pong menjadi pilihan kami untuk kami merasa salah satu makanan di Jogjakarta. Sate klatak diperbuat daripada daging kambing yang muda dan dipotong dengan saiz yang agak besar dari sate yang biasa kita makan dan dicucuk dengan besi speda (basikal) untuk dibakar. Alhamdulillah, sekali lagi rezeki memihak kepada kami pada hari tu di mana kami datang je terus ada meja kosong. Selalunya pengunjung terpaksa menunggu berjam-jam untuk merasa hidangan sate klatak ni. Sate klatak dimakan dengan nasi putih dan sambal. Untuk minuman, dhila memesan teh panas. Star rating dhila bagi untuk hidangan di Warung Sate Pak Pong ini ialah 4 bintang daripada 5 bintang.

Jemput makan sate klatak Pak Pong awak semua

10. Destinasi terakhir di Kota Jogja ialah Malioboro, syurga membeli-belah. Dhila sempatlah grab blouse bermotifkan batik satu dan t-shirt untuk dijadikan buah tangan. Buah hati tak ada lagi :P. Jangan lupa beli Bakpia sebagai ole-ole. Kuih ni hanya boleh dapat di Jogja sahaja. Awak semua boleh pilih pelbagai perisa. Ada 2 jenis bakpia iaitu bakpia kering (tahan dalam seminggu) dan bakpia basah (tahan 2-3 hari sahaja). Kalau rasa bakpia tu dah lama dan bau pelik, jangan makan tau! Food safety pun kena letak keutamaan juga.

Bakpia kacang hitam yang dhila paling suka

Meriah suasana di pasar Malioboro

Lepas dah jalan-jalan di Malioboro, kami pun jalan ke sekitar Kota Jogja. Salah satu tempat yang menarik adalah di jalanan di mana ada hantu berpeleseran. Ada pocong, hantu cina, dan latest edition punya hantu, Valak. Valak ni lucu tau sebab dia alas kepala dia dengan shawl satin hitam. Hantu cina pula suka menyakat. Hantu pocong juga la yang duduk diam, kaku. Kakinya kan lagi diikat. Well, walaupun hantu..dorang tetap lucu ><).

Kawan baru malam tu

11. Stasiun Yogyakarta. Perlu menghadap perjalanan ke Bandung selama 9 jam. Kereta api berlepas pada pukul 11 malam dan kami pun cuba la biasakan badan ni dengan kerusi untuk bertahan lama. Celik je mata, tengok luar tingkap nak tengok sampai mana, minum air, jamah bakpia dan tidur. Haha. Kehidupan dalam train memang macam tu. Berakhirlah percutian kami bussetsgirls di Jogjakarta. Sememangnya "Jogja bikin kangen"..

P/S: Kepada sesiapa yang nak bercuti di Jogjakarta, dan perlukan pemandu/supir boleh cuba hubungi Mas Jati (Fb: Jati Wijaya)

Monday, August 22, 2016

#bussetstakesjava: JOGJAKARTA (1)


Hai readers~ Edisi penanaman anggur kali ini dhila akan kongsikan percutian dhila dan kawan-kawan aka bussetgirls ke Tanah Jawa, Indonesia. Plan untuk ke Indonesia ni bukannya kitorang buat sekejap je tau..almost a year juga. Banyak hal yang perlu diambil kira untuk kita rancang sesuatu trip ni; Parents bagi kebenaran tak..Masa tu free ke tak..Tiket flight murah atau mahal..Nak jalan-jalan pi mana..Ada wabak pape tak masa tu?..Selamat ke tak?..Siapa yang akan guide kita..Duit ada tak. Heh?! Jadi, dalam entri kali ini dhila akan kongsikan tempat-tempat pelancongan di sekitar Jogjakarta @ Yogyakarta.

1. Penerbangan domestik pagi dari Bandara Soekarno-Hatta ke Bandara Adisutjipto, Jogjakarta. Cuaca berawan macam dalam weather forecast yang dhila tengok. Nak jalan-jalan jangan lupa cek cuaca jugak tau. Kalau hujan nanti kan susah.

Gudeg yogya. Nangka muda yang ditapaikan.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, kami yang kelaparan tak makan sarapan lagi diberikan sarapan Gudeg Yogya (Wijilan) oleh Bude aka pakcik fina. Siap dapat mineral sorang satu tau. Diingatkan agar korang siapkan apa-apa air masa makan ni tau. Rasa dia bila makan tu penuh kat tekak..hee.

2. Gunung Merapi Yogyakarta. Tempat wisata pertama yang menjadi persinggahan kami di Indonesia. Perjalanan ke lereng-lereng gunung ni memerlukan kita untuk sewa jeep dan kami gunakan perkhidmatan Belantara Adventure (BA). BA ni dia ada sediakan beberapa pakej untuk jalur/laluan yang berbeza. Pastilah setiap pakej tu berbeza harganya dan durasi. Makin banyak spot, makin lumayanlaa..hehe. Kami ambil pakej pertama dengan durasi 1 jam setengah (tapi sebenarnya lepas foto bagai..lebih jugak la masa tu :P). Spot pertama dalam pakej ni adalah Musium Mini Sisahartaku. Tragedi letusan merapi pada 26 Oktober 2010 telah mengorbankan banyak nyawa yang tinggal di sekitar gunung ini. Gunung Merapi adalah salah satu gunung berapi yang aktif dan boleh mengeluarkan lava. Rumah hancur, barangan lebur, nyawa terkorban, malah haiwan juga tinggal tulang belulang.

Pandangan sisi Mini Musium Sisahartaku

Pesanan daripada Sang Merapi kepada warganya

Pesanan ini ditulis dalam bahasa Jawa. Jogjakarta kan warganya mostly Jawa, Mbak sama Mas. “Aku tidak suka mengalah, tetapi juga tidak ingin dikalahkan. Tetapi pasti akan sampai janjinya. Hanya kemaafan, jika ada yang dilanggar, diseret, hanyut, dibanjiri dan tenggelam. Sebab menghalangi jalan yang akan aku (Merapi) lalui”. Lebih kurang begini la maksud dalam bahasa Melayu kita jika diterjemahkan. Ini pun dhila terjemahkan dengan bantuan daripada blog . Terima kasih mbak penulis. Namun, ada kata-kata yang menunjukkan semangat juang untuk hidup warga di situ; Bencana bukan "Akhir" Segalanya (Quoted).

Spot kedua iaitu Batu Alien. Dekat sini view yang cantik untuk bergambar sebab ia berlatarbelakangkan Gunung Merapi itu sendiri. Sayangnya..dek kerana cuaca yang terlalu berawan..puncak Gunung Merapi itu dah ditutupi awan. It was so sad. Kami hanya dapat lihat puncak merapi masa dalam flight je sebab atas awan. haha. Batu yang ada pada spot ni seolah-olah mempunyai wajah alien yang ada mata, hidung dan mulut.

Mas tengah tunjukkan kedudukan mata di batu alien

Spot seterusnya adalah Bungker Kaliaden. Bunker Kaliadem adalah tempat perlindungan manusia daripada lava yang mengalir ketika meletusnya Si Merapi. Namun, kerana haba yang terlalu panas semasa tragedi letusan merapi pada 2010 yang lalu..2 orang telah meninggal walaupun cuba berlindung di sini. Innalillahi wainna ilaihi rajiu'n. Kuasa Allah pabila Kun Fayakun.

Pintu masuk ke Bangker

Suasana dalam Bangker. Gelap dan sunyi. *Nasib ada flash

Tips sihat ketika di Merapi. Pakai mask atau topeng muka ye sebab banyak sangat debu, habuk dan seangkatannya masa dalam perjalanan ke setiap spot. Mask boleh minta daripada driver jeep naa. Face mask lah. Kalau risau debu di Merapi ni saiz kecil macam PM10 @ PM 2.5 @ kurang PM2.5..haaa.. bolehlah siap-siap bawa N95 dari rumah :)

3. Candi Borobudur. Mesti korang pernah dengar kan nama candi ni. Hati-hati kalau nak singgah candi ni. Kenapa eh? hehe. Sebab wisata-wisata macam candi ni biasanya kos dia mahal beb. Dewasa macam awak kalau bukan Indonesian boleh kena $20. Dollar tau, bukan ringgit. Hari tu dhila pergi, IDR260,000. Tips penjimatan: Kalau awak student dan kad student masih aktif boleh dapat half-price. Sekitar IDR130,000 sahaja untuk masuk tengok seni binaan candi Borobudur. Jangan tipu tau! Dhila dah siap2 pesan. Sekuriti dekat situ sangat ketat..kalau kad pelajar bukan bahasa Inggeris pun dia akan cuba dapatkan pengesahan daripada staf dia yang bertauliah.

Lokasi Borobudur terletak di Kabupaten, Magelang. Keterangan tentang candi ni korang boleh search kat Mas Google ye. Banyak sangat. Dhila nak ceritakan situasi dekat sini je. Boleh ye mbak mbak. Selepas melepasi pintu masuk, kami pun berjalan seketika ke arah candi tu. Ada la dalam 5-7 minit nak jalan kaki, exercise sikit. Tengah kita nak selfie, tengah nak ambil gambar pemandangan candi tu..pasti ada makcik/pakcik/mas/mbak yang datang dan menjual payung, spek mata hitam, monopod pun ada tau. Macam-macam lagi laa.

Borobudur ni sangat tinggi dan besar. Hebatkan binaan orang dulu-dulu ni. Setiap ukiran dekat stupa tu sangat teliti dan menarik. Susunan blok-blok batu tu juga bagi dhila sangat menarik. Cakap ala-ala budak archi pulak..hoho. Sinar mentari pun agak terik tau. View dari atas candi tu sendiri, Subhanallah..cantik giler! Cantik la awak. Saya suka.

Pemandangan Borobudur dari bawah

Seperti bentuk loceng. Menarik.

Cuba lihat motifnya. Teliti bukan?

Usai turun dari candi tersebut, kami pun nak mencari makan pula. Lapar dong!! Perut kitorang beralaskan yudeg pagi tadi je tau. Sekarang dah merengek-rengek minta diisi :P. Kami makan dekat area foodcourt candi tu je. Banyak gerai dan kami makan dalam kedai makan Rambutan 52. Bagi menu lunch dhila, dhila memilih untuk makan Nasi Rames Komplit dengan es jeruk (jus oren). Berapa bintang dhila bagi untuk makanan di sini, 2 daripada 5 bintang..hehe. Mungkin dia ada terlupa atau terkacau emosi masa memasak hari tu...

Suasana di sekitarnya meriah dengan orang berjualan. Dorang berjualan dengan mengusung barangan ke sana ke mari. Ada yang berkaki ayam, ada nenek-nenek yang kalau kita lihat, boleh jatuh air mata, ada yang cuba menjual hasil tuaian buah salak yang mereka tanam. Macam-macam. Kadang-kadang boleh buat kita simpati. Kadang-kadang bingung juga. Heh. Selain ada yang berjualan di badan sendiri, ada juga pasar jualan barangan di lorong untuk keluar. Dhila nak habaq sini, baju-baju tu memang MURAH berbanding tempat lain!! Kalau nak beli souvenir, beli sahaja. Jangan ragu-ragu.

4. Setelah seharian melawat wisata di Jogja dan juga kepenatan duduk dalam kereta, kami pun daftar masuk ke hotel. Adhisthana Hotel. Front view dia sangat menarik dan klasik. Interior design bilik pun cantik dengan corak bermotifkan floral abstrak. Yang paling best dia punya tema warna bilik, dark blue and white. Cantiklah, sejuk je mata memandang. Kat sini pun ada kolam renang. Betul-betul dekat center kawasan bilik. Makanan dekat hotel ni dhila bagi star rating 3 bintang daripada 5 bintang.

Uniknya Adhisthana Hotel

5. Pada waktu malam, kami lagi keluar ke Alun-alun yang lokasinya tidaklah jauh dari hotel kami. Suasana di Alun-alun ni macam suasana malam di Bandar Hilir Melaka. Meriah dengan lampu LED dan muzik yang keluar daripada corong-corong bunyi speda (basikal). Bentuk speda macam kereta, ada yang boleh memuatkan 6 orang atau 4 orang. Design speda ni pun menarik dengan berbagai watak kartun ada. Bagi pink lovers, speda Hello Kitty dengan interior designnya juga warna pink uolls. Perlu ada seorang pengemudi speda untuk kawal stereng kereta dan brek sambil kayuh tau. Speda juga berkongsi jalan dengan kereta, motorsikal, basikal, beca dan kuda. Jadi, kat sini pun road safety perlu kita aplikasikan. Penumpang lain jangan ngelat pulak tak kayuh naa.

Speda Rama-rama

Untuk dinner, kami memilih untuk makan makanan berasaskan bebek aka itik. Bebek sangatlah terkenal di Indonesia. Dagingnya lembut, berlemak dan harganya juga lebih murah berbanding di Malaysia. Team bussetgirls memilih menu nasi bebek serta es teh. Teh di Indonesia berbeza dengan teh di Malaysia sebab aroma dan rasa yang datangnya daripada bunga jasmine. Untuk menu malam tu, dhila bagi star rating 5 bintang. *clap clap. Sedap sangat bebek makan dengan sambal tu sambil pengamen datang silih berganti. Usai makan dan bermain, kami pun pulang ke hotel menggunakan beca. Ada beca yang dalam versi basikal, ada juga yang versi motor. Kalau nak tambah pahala, cubalah bersedekah dengan bayar lebih sikit daripada harga naik beca tu. Harga tambangnya murah. Namun, mas-mas ni kerja membawa beca dengan kudrat otot-otot kaki mereka. Bukan senang tau tambah pula dengan berat badan penumpang yang lumayan dong..hehe.

Inilah kisah hari pertama dhila dan bussetgirls di Jogjakarta. Stay tuned...

Tuesday, July 19, 2016

"Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak"

Assalamualaikum.

"Ehhh..lama tak jumpa! Awak dah berubah laa".

"Saya tengok awak ni dah berubah laa..tak macam dulu. Saya suka awak yang dulu".

Daebak. Daebak. Sigh.

Ni la ayat-ayat yang selalu muncul dalam drama-drama tv kita. Ya, manusia selalu perhatikan gelagat, sikap, kelibat seseorang individu tu. Sebab tu lah apa-apa perubahan yang jadi kepada seseorang senang dikesan.

Menjadi seseorang yang baru kadang-kadang bukan lah menjadi kehendak dia pun. Tetapi keadaan dan masa yang sedikit sebanyak merubah personaliti seseorang tu. Seseorang yang pendiam, pemalu dan hanya memerhatikan orang lain tak akan sentiasa kekal dengan personaliti sedemikian. Malah, ada yang suka dengan personalitinya begitu.

Dari masa ke masa, sikapnya boleh jadi sedikit kasar, perasaan malunya kini bertempat, menjadi sangat berani untuk berbuat apa sahaja yang pada waras fikirannya dapat membantu dia berjaya dalam hidupnya. Kenapa dia perlu berubah?

Cabaran, halangan dan rintangan itulah yang membolehkan individu belajar erti kehidupan. Apatah lagi pabila dia bersendirian dan tak punyai mana-mana sokongan. Hatinya perlu kental, tegas, dan kuat. Air matanya tak boleh sewenang-wenangnya menitis ke bumi. Seluruh kepercayaannya perlu ditaruhkan kepada Yang Maha Kuasa. Dia tahu tiada lagi sesiapa yang dapat membantunya kecuali Allah.

Dia bangkit untuk berubah. Sedikit demi sedikit. Dia rindukan dirinya yang dulu, tapi dia cintakan dirinya yang sekarang. Yang tidak gentar bilamana cabaran dan dugaan datang tiba-tiba. Walau ramai yang cuba menindasnya, dia cuba tangani dengan langkah silat pengalamannya. Agar dia dapat melawan nafsi-nafsi itu dan melangkah ke peringkat seterusnya. Dia akan lebih gembira dengan dirinya yang berani.

Bila ada yang berkata, "Aku suka kau yang dulu. Mana perginya kau yang dulu?"

Dia genggam tangannya. Rasa macam nak dush.dush je. Tapi, jangan biarkan syaitan menguasai diri. Sabar.

"Kau boleh suka aku yang dulu. Tapi kau tak pernah merasai apa yang aku alami. Persekitaran kita berbeza. Kau dengan cabaran yang kau lalui. Dan aku punya cabaran yang tersendiri. Sakit, penat, detik susah itu aku yang terpaksa tanggung. Jadi jangan bezakan aku yang dulu dan sekarang.Aku rindukan diri aku yang dulu, tapi aku cintakan diri aku sekarang".

Heh?!


Cuma ada satu benda yang tidak boleh berubah dari dulu sampai sekarang. Kita masih nak rebut duit raya laaa!!