Monday, August 22, 2016

#bussetstakesjava: JOGJAKARTA (1)


Hai readers~ Edisi penanaman anggur kali ini dhila akan kongsikan percutian dhila dan kawan-kawan aka bussetgirls ke Tanah Jawa, Indonesia. Plan untuk ke Indonesia ni bukannya kitorang buat sekejap je tau..almost a year juga. Banyak hal yang perlu diambil kira untuk kita rancang sesuatu trip ni; Parents bagi kebenaran tak..Masa tu free ke tak..Tiket flight murah atau mahal..Nak jalan-jalan pi mana..Ada wabak pape tak masa tu?..Selamat ke tak?..Siapa yang akan guide kita..Duit ada tak. Heh?! Jadi, dalam entri kali ini dhila akan kongsikan tempat-tempat pelancongan di sekitar Jogjakarta @ Yogyakarta.

1. Penerbangan domestik pagi dari Bandara Soekarno-Hatta ke Bandara Adisutjipto, Jogjakarta. Cuaca berawan macam dalam weather forecast yang dhila tengok. Nak jalan-jalan jangan lupa cek cuaca jugak tau. Kalau hujan nanti kan susah.

Gudeg yogya. Nangka muda yang ditapaikan.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, kami yang kelaparan tak makan sarapan lagi diberikan sarapan Gudeg Yogya (Wijilan) oleh Bude aka pakcik fina. Siap dapat mineral sorang satu tau. Diingatkan agar korang siapkan apa-apa air masa makan ni tau. Rasa dia bila makan tu penuh kat tekak..hee.

2. Gunung Merapi Yogyakarta. Tempat wisata pertama yang menjadi persinggahan kami di Indonesia. Perjalanan ke lereng-lereng gunung ni memerlukan kita untuk sewa jeep dan kami gunakan perkhidmatan Belantara Adventure (BA). BA ni dia ada sediakan beberapa pakej untuk jalur/laluan yang berbeza. Pastilah setiap pakej tu berbeza harganya dan durasi. Makin banyak spot, makin lumayanlaa..hehe. Kami ambil pakej pertama dengan durasi 1 jam setengah (tapi sebenarnya lepas foto bagai..lebih jugak la masa tu :P). Spot pertama dalam pakej ni adalah Musium Mini Sisahartaku. Tragedi letusan merapi pada 26 Oktober 2010 telah mengorbankan banyak nyawa yang tinggal di sekitar gunung ini. Gunung Merapi adalah salah satu gunung berapi yang aktif dan boleh mengeluarkan lava. Rumah hancur, barangan lebur, nyawa terkorban, malah haiwan juga tinggal tulang belulang.

Pandangan sisi Mini Musium Sisahartaku

Pesanan daripada Sang Merapi kepada warganya

Pesanan ini ditulis dalam bahasa Jawa. Jogjakarta kan warganya mostly Jawa, Mbak sama Mas. “Aku tidak suka mengalah, tetapi juga tidak ingin dikalahkan. Tetapi pasti akan sampai janjinya. Hanya kemaafan, jika ada yang dilanggar, diseret, hanyut, dibanjiri dan tenggelam. Sebab menghalangi jalan yang akan aku (Merapi) lalui”. Lebih kurang begini la maksud dalam bahasa Melayu kita jika diterjemahkan. Ini pun dhila terjemahkan dengan bantuan daripada blog . Terima kasih mbak penulis. Namun, ada kata-kata yang menunjukkan semangat juang untuk hidup warga di situ; Bencana bukan "Akhir" Segalanya (Quoted).

Spot kedua iaitu Batu Alien. Dekat sini view yang cantik untuk bergambar sebab ia berlatarbelakangkan Gunung Merapi itu sendiri. Sayangnya..dek kerana cuaca yang terlalu berawan..puncak Gunung Merapi itu dah ditutupi awan. It was so sad. Kami hanya dapat lihat puncak merapi masa dalam flight je sebab atas awan. haha. Batu yang ada pada spot ni seolah-olah mempunyai wajah alien yang ada mata, hidung dan mulut.

Mas tengah tunjukkan kedudukan mata di batu alien

Spot seterusnya adalah Bungker Kaliaden. Bunker Kaliadem adalah tempat perlindungan manusia daripada lava yang mengalir ketika meletusnya Si Merapi. Namun, kerana haba yang terlalu panas semasa tragedi letusan merapi pada 2010 yang lalu..2 orang telah meninggal walaupun cuba berlindung di sini. Innalillahi wainna ilaihi rajiu'n. Kuasa Allah pabila Kun Fayakun.

Pintu masuk ke Bangker

Suasana dalam Bangker. Gelap dan sunyi. *Nasib ada flash

Tips sihat ketika di Merapi. Pakai mask atau topeng muka ye sebab banyak sangat debu, habuk dan seangkatannya masa dalam perjalanan ke setiap spot. Mask boleh minta daripada driver jeep naa. Face mask lah. Kalau risau debu di Merapi ni saiz kecil macam PM10 @ PM 2.5 @ kurang PM2.5..haaa.. bolehlah siap-siap bawa N95 dari rumah :)

3. Candi Borobudur. Mesti korang pernah dengar kan nama candi ni. Hati-hati kalau nak singgah candi ni. Kenapa eh? hehe. Sebab wisata-wisata macam candi ni biasanya kos dia mahal beb. Dewasa macam awak kalau bukan Indonesian boleh kena $20. Dollar tau, bukan ringgit. Hari tu dhila pergi, IDR260,000. Tips penjimatan: Kalau awak student dan kad student masih aktif boleh dapat half-price. Sekitar IDR130,000 sahaja untuk masuk tengok seni binaan candi Borobudur. Jangan tipu tau! Dhila dah siap2 pesan. Sekuriti dekat situ sangat ketat..kalau kad pelajar bukan bahasa Inggeris pun dia akan cuba dapatkan pengesahan daripada staf dia yang bertauliah.

Lokasi Borobudur terletak di Kabupaten, Magelang. Keterangan tentang candi ni korang boleh search kat Mas Google ye. Banyak sangat. Dhila nak ceritakan situasi dekat sini je. Boleh ye mbak mbak. Selepas melepasi pintu masuk, kami pun berjalan seketika ke arah candi tu. Ada la dalam 5-7 minit nak jalan kaki, exercise sikit. Tengah kita nak selfie, tengah nak ambil gambar pemandangan candi tu..pasti ada makcik/pakcik/mas/mbak yang datang dan menjual payung, spek mata hitam, monopod pun ada tau. Macam-macam lagi laa.

Borobudur ni sangat tinggi dan besar. Hebatkan binaan orang dulu-dulu ni. Setiap ukiran dekat stupa tu sangat teliti dan menarik. Susunan blok-blok batu tu juga bagi dhila sangat menarik. Cakap ala-ala budak archi pulak..hoho. Sinar mentari pun agak terik tau. View dari atas candi tu sendiri, Subhanallah..cantik giler! Cantik la awak. Saya suka.

Pemandangan Borobudur dari bawah

Seperti bentuk loceng. Menarik.

Cuba lihat motifnya. Teliti bukan?

Usai turun dari candi tersebut, kami pun nak mencari makan pula. Lapar dong!! Perut kitorang beralaskan yudeg pagi tadi je tau. Sekarang dah merengek-rengek minta diisi :P. Kami makan dekat area foodcourt candi tu je. Banyak gerai dan kami makan dalam kedai makan Rambutan 52. Bagi menu lunch dhila, dhila memilih untuk makan Nasi Rames Komplit dengan es jeruk (jus oren). Berapa bintang dhila bagi untuk makanan di sini, 2 daripada 5 bintang..hehe. Mungkin dia ada terlupa atau terkacau emosi masa memasak hari tu...

Suasana di sekitarnya meriah dengan orang berjualan. Dorang berjualan dengan mengusung barangan ke sana ke mari. Ada yang berkaki ayam, ada nenek-nenek yang kalau kita lihat, boleh jatuh air mata, ada yang cuba menjual hasil tuaian buah salak yang mereka tanam. Macam-macam. Kadang-kadang boleh buat kita simpati. Kadang-kadang bingung juga. Heh. Selain ada yang berjualan di badan sendiri, ada juga pasar jualan barangan di lorong untuk keluar. Dhila nak habaq sini, baju-baju tu memang MURAH berbanding tempat lain!! Kalau nak beli souvenir, beli sahaja. Jangan ragu-ragu.

4. Setelah seharian melawat wisata di Jogja dan juga kepenatan duduk dalam kereta, kami pun daftar masuk ke hotel. Adhisthana Hotel. Front view dia sangat menarik dan klasik. Interior design bilik pun cantik dengan corak bermotifkan floral abstrak. Yang paling best dia punya tema warna bilik, dark blue and white. Cantiklah, sejuk je mata memandang. Kat sini pun ada kolam renang. Betul-betul dekat center kawasan bilik. Makanan dekat hotel ni dhila bagi star rating 3 bintang daripada 5 bintang.

Uniknya Adhisthana Hotel

5. Pada waktu malam, kami lagi keluar ke Alun-alun yang lokasinya tidaklah jauh dari hotel kami. Suasana di Alun-alun ni macam suasana malam di Bandar Hilir Melaka. Meriah dengan lampu LED dan muzik yang keluar daripada corong-corong bunyi speda (basikal). Bentuk speda macam kereta, ada yang boleh memuatkan 6 orang atau 4 orang. Design speda ni pun menarik dengan berbagai watak kartun ada. Bagi pink lovers, speda Hello Kitty dengan interior designnya juga warna pink uolls. Perlu ada seorang pengemudi speda untuk kawal stereng kereta dan brek sambil kayuh tau. Speda juga berkongsi jalan dengan kereta, motorsikal, basikal, beca dan kuda. Jadi, kat sini pun road safety perlu kita aplikasikan. Penumpang lain jangan ngelat pulak tak kayuh naa.

Speda Rama-rama

Untuk dinner, kami memilih untuk makan makanan berasaskan bebek aka itik. Bebek sangatlah terkenal di Indonesia. Dagingnya lembut, berlemak dan harganya juga lebih murah berbanding di Malaysia. Team bussetgirls memilih menu nasi bebek serta es teh. Teh di Indonesia berbeza dengan teh di Malaysia sebab aroma dan rasa yang datangnya daripada bunga jasmine. Untuk menu malam tu, dhila bagi star rating 5 bintang. *clap clap. Sedap sangat bebek makan dengan sambal tu sambil pengamen datang silih berganti. Usai makan dan bermain, kami pun pulang ke hotel menggunakan beca. Ada beca yang dalam versi basikal, ada juga yang versi motor. Kalau nak tambah pahala, cubalah bersedekah dengan bayar lebih sikit daripada harga naik beca tu. Harga tambangnya murah. Namun, mas-mas ni kerja membawa beca dengan kudrat otot-otot kaki mereka. Bukan senang tau tambah pula dengan berat badan penumpang yang lumayan dong..hehe.

Inilah kisah hari pertama dhila dan bussetgirls di Jogjakarta. Stay tuned...

4 comments:

  1. seronok mbaca travelogue awaa .rasa nak ke sana tapi x bduit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..yang ni pun merancang setahun. Jadi, mengumpul duit la setahun tu xD

      Delete
  2. Mcm best lah. Sy akan pergi bulan august ni. Tp student kd xde lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ekyn...dah dekat Indonesia ke?..hehe..kalau takde student kad..harga tiket masuk agak mahal sikit.. Tp once in a life kan..boleh experience ;)

      Delete