Thursday, August 25, 2016

#bussetstakesjava: JOGJAKARTA (2)


Selamat pagi semuanya. Apa khabar? Semoga hari ni hati awak semua tenang je. Kalau ada yang menyebelkan pun, kita akan tetap steady and cool. Moga-moga juga kita tidak cepat melatah dengan apa rintangan yang ada dalam hidup ni. Tawakkal kepada Allah.

Back to our journey ke Jogjakarta tempoh hari..hari ni dhila nak sambung story di Kota Jogja untuk hari kedua kami.

6. "Rangga, yang kamu lakukan ke saya itu..jahattt!". Mesti korang pernah dengar dialog ni kan? Dialog dari Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) ni dah berjaya dimemekan dan diviralkan di laman sosial. Shooting untuk dialog ni bertempat di Sellie Coffee, yang tempatnya hanya beberapa langkah dari Adhisthana hotel. Alang-alang dah dekat, kita pun shoot juga kat situ sebab nak ambil feel macam Cinta. Tak sempat nak singgah cafe tu sebab jadual yang sangat padat dan kitorang pun checkout hotel pagi tu.

Retro je Sellie Coffee ni

7. Destinasi seterusnya yang kami akan jelajah ialah Desa Wisata Kali Biru yang terletak di Kabupaten Kulon Progo. Kali Biru ni terkenal dengan pemandangan sekitar kali (tasik). Kami bertolak sekitar pukul 8.15 pagi waktu Indonesia. Waktu di Indonesia adalah 1 jam lebih lewat daripada jam di Malaysia, dengan kata lain..sama jam dengan Thailand. Perjalanan ke Kali Biru ni dipenuhi dengan suasana tanaman padi huma. Masa ni memang excited dengan padi huma ni, cantik Ya Allah. Padi huma atau padi bukit ni cantik sebab susunannya yang bertingkat-tingkat. Kebanyakan penanaman padi di Indonesia ni adalah padi huma. Tambah menarik yang membuatkan kamera tak habis nak snap gambar padi ni adalah bila buah padi dah masak kuning. Teringat pula lagu masa sekolah rendah dulu..

Akak nyanyi-nyanyi terjah padi orang kampung

Lihat jauh nun di sana
Tekun petani kerja
Buah padi masak kuning
Isteri kerjasama..lalala

Selamat datang ke Kali Biru

Kalau bawa kereta, kereta kena servis dulu. Bagusnya kalau kereta tu manual, tahan lasak sikit. Memang curam sangat-sangat jalan nak ke Kali Biru ni. Bila dah parking kereta, kita semua kena jalan kaki daki bukit pula untuk pergi ke spot-spot ambil gambar. Mengah la kalau tak fit..hehe. Untuk spot bergambar, ada 4 spot. Berbeza lokasi dan muatan untuk setiap spot. 2 spot bentuk petak, tapi beza bilangan orang yang boleh naik dan ambil gambar. Spot yang lain adalah spot bundar (bulat) dan spot love. Spot bundar boleh naik maksimum 4 orang manakala spot love maksimum 3 orang. Setiap spot ada bayaran yang berlain, dan kita juga boleh minta jurugambar untuk capture the moment kat atas tu. Gambar-gambar tu kita boleh pilih dan transfer ke pendrive/sd card/kamera/atau handphone dengan bayaran IDR5,000 untuk satu gambar. Dhila dan 3 orang rakan pilih untuk bergambar di spot bundar, yang baki lagi 2 orang depa minat gambar dekat spot love. Spot love ni juga sesuai untuk pasangan-pasangan. Love is cinta..hehe. Masa kat atas tu boleh je buat aksi apa-apa; nak lompat ke, baring ke, yoga ke..apa-apa lah..jangan terjun suda :P. InsyaAllah, akan selamat masa kat atas spot tu sebab setiap orang akan dipakaikan safety harness. Safety first kan..

Foto di spot bundar

Nahh..dhila belanja satu gambar kitorang naa yang bertema ala-ala tenang dan mendamaikan. Santai-santai gitu. Padahal jenuh tahan malu dengan orang yang tengah beratur tunggu turn. Trip advise kali ni adalah untuk pergi ke Kali Biru ni awal-awal pagi tau. Syukurlah kami hanya perlu tunggu turn bergambar 1 jam sahaja, kebiasaannya orang kena tunggu selama 1-2 jam. Lama bangat sihh. Kat belakang tu la Kali birunya yang didakwa airnya berwarna biru dan menyegarkan.

8. Pantai. Air Terjun Kedung Pedut. Emangnya mula-mula kita memang plan nak ke pantai/hutan pinus. Tapi dibilangnya sama Mas Bowo, supir kami di Jogja, yang jarak ke hutan tu dari Kali Biru ni sangatlah jauh. Ibarat dari Timur ke Barat. Jadi, kita minta supir kami cadangkan tempat yang berdekatan dan best. Berlawanan simpang ke Kali Biru ni ada air terjun. Walaupun supir kami pun tak pernah pergi sana, kami pun bersam-sama mencari jalan ke air terjun. Seperti jalan ke Kali Biru, jalannya berliku-liku, sempit dan curam. Tambah seram bila banyak kenderaan besar macam lori keluar masuk. Penat juga badan menahan jalan yang banyak batu kecil. Akhirnya kami jumpa juga Air Terjun Kedung Pedut ni. Kat sini, kita boleh buat pelbagai aktiviti rekreasi macam berkelah, mandi-manda, outbound, flying fox, rapeling, canyoning, selfie, photo spot dan lain-lain yang sesuai dengan air terjun ni. Air terjun dinamakan Kedung Pedut kerana Kedung=Kolam semualajadi Pedut=Berkabus. Mas kat sana bagitau yang air terjun ni dia akan berkabus bila waktu petang. Masa kitorang datang tu masa tengahari, takde la kabusnyaa..hhe. Disebabkan kami pi sini tiba-tiba tanpa dirancang, kami boleh menggambar pemandangan yang ada yang kat situ je. Dhila ambil la juga kesempatan berflying fox di sini dan boleh tengok view air terjun ni dari atas masa tengah tergantung atas tali. Sangat cantik MashaaAllah.

Airnya yang agak kebiruan

Flying fox yaww. Takleh lawan ESCAPE ;)

9. Terbang di udara sudah. Damai di air juga sudah. Yang belumnya..makan tengahari. Kami balik ke kota Jogja untuk mencari sesuap nasi. Warung Sate Klatak Pak Pong menjadi pilihan kami untuk kami merasa salah satu makanan di Jogjakarta. Sate klatak diperbuat daripada daging kambing yang muda dan dipotong dengan saiz yang agak besar dari sate yang biasa kita makan dan dicucuk dengan besi speda (basikal) untuk dibakar. Alhamdulillah, sekali lagi rezeki memihak kepada kami pada hari tu di mana kami datang je terus ada meja kosong. Selalunya pengunjung terpaksa menunggu berjam-jam untuk merasa hidangan sate klatak ni. Sate klatak dimakan dengan nasi putih dan sambal. Untuk minuman, dhila memesan teh panas. Star rating dhila bagi untuk hidangan di Warung Sate Pak Pong ini ialah 4 bintang daripada 5 bintang.

Jemput makan sate klatak Pak Pong awak semua

10. Destinasi terakhir di Kota Jogja ialah Malioboro, syurga membeli-belah. Dhila sempatlah grab blouse bermotifkan batik satu dan t-shirt untuk dijadikan buah tangan. Buah hati tak ada lagi :P. Jangan lupa beli Bakpia sebagai ole-ole. Kuih ni hanya boleh dapat di Jogja sahaja. Awak semua boleh pilih pelbagai perisa. Ada 2 jenis bakpia iaitu bakpia kering (tahan dalam seminggu) dan bakpia basah (tahan 2-3 hari sahaja). Kalau rasa bakpia tu dah lama dan bau pelik, jangan makan tau! Food safety pun kena letak keutamaan juga.

Bakpia kacang hitam yang dhila paling suka

Meriah suasana di pasar Malioboro

Lepas dah jalan-jalan di Malioboro, kami pun jalan ke sekitar Kota Jogja. Salah satu tempat yang menarik adalah di jalanan di mana ada hantu berpeleseran. Ada pocong, hantu cina, dan latest edition punya hantu, Valak. Valak ni lucu tau sebab dia alas kepala dia dengan shawl satin hitam. Hantu cina pula suka menyakat. Hantu pocong juga la yang duduk diam, kaku. Kakinya kan lagi diikat. Well, walaupun hantu..dorang tetap lucu ><).

Kawan baru malam tu

11. Stasiun Yogyakarta. Perlu menghadap perjalanan ke Bandung selama 9 jam. Kereta api berlepas pada pukul 11 malam dan kami pun cuba la biasakan badan ni dengan kerusi untuk bertahan lama. Celik je mata, tengok luar tingkap nak tengok sampai mana, minum air, jamah bakpia dan tidur. Haha. Kehidupan dalam train memang macam tu. Berakhirlah percutian kami bussetsgirls di Jogjakarta. Sememangnya "Jogja bikin kangen"..

P/S: Kepada sesiapa yang nak bercuti di Jogjakarta, dan perlukan pemandu/supir boleh cuba hubungi Mas Jati (Fb: Jati Wijaya)

No comments:

Post a Comment