Saturday, June 30, 2012

EURO 2012

YAH!

Assalamualaikum semuanya :)

Dah bersedia saksikan Spain menentang Italy malam ni??

Huh?!

Sekarang penjual-penjual jersi tuk EURO 2012 ni mampu melebarkan senyuman yang selebarnya lah. Mana taknya..rasa semangat membuak-buak dalam diri nak sokong pasukan yang diminati.

Ada seseorang yang dla kenali,,sangat-sangat memberi support kepada team England.
Walau team England kecundang kepada Italy, namun beliau ini masih semangat menyarung jersi England di badan. Fuhh!! Semangat tu.

Namun...

Antara sedar tak sedar, dalam kalangan kita ada yang cuba mengambil kesempatan untuk meningkatkan pendapatan sampingan. Yang dilaga-lagakan, tentulah pemain-pemain bola.
Aduhh,, kesian banget sih!

Taruhan demi taruhan dibuat. 'Betting' pasukan ni..pasukan tu..
Ish3.
Bukan ke pertaruhan dalam permainan tu dikira berjudi??..

**************

Sejujurnya dla rasa amat.amat.amat sedih dengan kehidupan masyarakat kita.
Awal-awal pagi lagi dah berdiri tetap depan kedai nombor.
Ada yang sanggup keluar.masuk.keluar.masuk tanpa rasa lelah dan jemu.
Tak mengira jantina, pangkat, bangsa, agama, kerja apa..tua atau muda.


Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti ( daripada melakukan perkara-perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil) ?"

Sayang-sayang semua..meh kita lupakan si judi ni.
Andai kata la suatu malam kita termimpi ada orang tua bagi nombor yang dikatakan akan bertuah..jangan ye.jangan.
Jangan mulakan langkah untuk melabur di tempat yang tak sepatutnya walau hanya RM1.50 setiap cubaan.

Mari mulakan hidup yang baru. Tambah pula 5Julai ni dah nisfu Syaaban.InsyaAllah sama-sama kita lakukan yang terbaik dalam hidup kita.

#Sekadar peringatan buat dla dan teman-teman semuanya.
Andai ada salah, mohon diperbetulkan ye.

Senyum selalu ;)

Thursday, June 14, 2012

Hadirnya siang berteman mentari

Assalamualaikum ;)

Hari ni dla review lagi. Sebenarnya dla suka p hospital ni. Boleh tengok-tengok orang kn:) Macam-macam ragam ada. Mak selalu ada temankan dla,,ke mana saje.


Dla disambut dengan sinaran mentari yang sedang menari ceria hingga membuatkan kelopak mata dla separuh tutup.Puitis ke idok?..^^.dan seterusnya melewati kiosk dan kafe.dla jumpa emak Bitah.Whoa!Long time no see laa...Bitah mana??..mak tanyakan.Kerja dia.makcik pun menjawab.Oohh.Selang beberapa tahun usia Bitah dengan dla.tapi kami rapat walau sekejap cuma kenal.Ketam cecah sambal yang family bitah bagi dla makan masa jalan raya kat rumah dia memang sedap.Ketam tangkap sendiri tue..weli de FRESh!

Rasa-rasa dla, pagi tadi customer tak seramai selalu.Atau.atau sejak bilik doktor dah bepindah ke Bilik 2 yang letak laluan yang kurang orang.Tak macam di Bilik 4 dulu.Rasanya kalau terlambat sikit datang, memang susah nak dapat seat.Parking pun sama. Apakah makin lama, semakin bertambah bilangan rakyat ke hospital?

Kadang-kadang dla berasa sedikit gembira ada kat dalam klinik.Pasai pe??..dla berasa sangat slim ketika berada di sana.Banyak preggy women sana.Thats why perasan slim tue mula membuak-buak sekejap.haha XD



Sebelah dla,I guess ialah seorang lecturer UMS yang sedang sibuk menanda segala assignment students beliau ye. Dah siap isi markah lagi ye.Huh?!Skodeng ke nie..Atukui.Judging a book sudah dla nie.Tengok orang and hati berdiskripsi.Astaghfirullah~
Tapi,, ada value yang baik yang kita boleh contoh.Menghargai masa.Sambil tunggu giliran, sambil semak assignment.Walaupun dla terkadang tengok-tengok people aroud, di tangan dla ada Chicken Soup!



8210.Its my turn setelah kesejukan yang melampau manghambat diri.Huh.Dan nurse pun mengambil sarung tangan getah dan ikat kat lengan dla.Lalu ditepuk-tepuk lengan tue.Ada urat!Lalu nurse mengambil alcohol wipe n butterfly dan zup. Ditariknye butterfly itu, namun tak ada hasil.Riak mukanya agak kecewa.Doktor ambil alih.Cubaan ke-6 membuahkan hasil akhirnya.Alhamdulillah.Then, scanning progress berlangsung sambil sembang-sembang kosong dengan Dr. Mary pasal matriks.She also attend the same matriculation:)

3bulan lagi untuk tengok view yang baru ^^.



Seindah Sakura dah habis!

Wednesday, June 13, 2012

Jauh perjalanan luas pemandangan

Assalamualaikum :)

Esok dla nak jalan jauh. Jalan untuk mencari kebenaran. Orang kata kalau jalan-jalan jauh nie ble dikira musafir. Dla pun memasang niat nak travel around the world satu hari nanti bila diberi kesempatan..Jauh perjalanan luas pemandangan.Insya Allah. Sebelum jalan jauh, kita kena taw la sikit-sikit.Nak banyak pun boleh. Bole guna khidmat Mr. Google ke, para ustaz ustazah ke..

Adab Bermusafir

Sebelum

• Berniat untuk bemusafir.Setiap amalan memang akan dimulakan dengan niat kn.



• Kita juga digalakkan untuk solat sunat dua rakaat sebelum berangkat dan seterusnya mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang terdekat.esp,, family kita.

Semasa

• Sunat untuk kita membawa beg kecil yang berisi keperluan diri seperti cermin, celak dan siwak. Mne taw kite tengah syok-syok tido dalam flight, tibe-tibe tudung dah tepeleot sampai ke mata..bolehlaa gune cermin nak tiup-tiup bagi elok balik.

• Nak tahu tak, kita jugak disunatkan untuk berangkat pada waktu malam kerana Rasulullah suka bermusafir pada waktu malam. Terasa perjalanan tu singkat.

• Bertakbir pabila naik ke kawasan yang tinggi. Allahu Akbar!



...dan juga bertasbih apabila turun ke kawasan yang rendah. Subhanallah!

• Dalam perjalanan tu,,dengar-dengar la jugak Al-Huda'(muzik ketika bermusafir). muzik yang lembut-lembut tu sesuai pasang biar suasana tenang seja! Baru besh kn.

• Berdoa ketika memasuki suatu kawasan yang baru . Berdoa agar Allah sentiasa memelihara dirinya serta rakan-rakan yang bermusafir agar terhindar dari sebarang marabahaya.

Selepas

• Membawa pulang hadiah terutama kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan karib. dla taw,,semua orang sukakan hadiah kan?..takyah la malu-malu nak ngaku. mak dla pun sangat.sangat suka hadiah. Bagi hadiah ni tanpa kita sedari adalah satu sunnah Rasulullah jugak.







Ma as salamah :)

Monday, June 4, 2012

4 Jun 2012

Assalamualaikum.

Wahh..dah bape hari dla kat rumah kat Labuan nie..rasa macam jalan-jalan vacation je.Padahal duk kat rumah.

Alhamdulillah..segalanya da selesai la. angah pulak meneruskan perjuangan kat matrik.
Tahniah.tahniah untuk semua yang dapat result yang diharapkan. Ramai jugak kan yang result untuk sem 2 nie naik..Alhamdulillah.

Kepada kengkawan dla yang akan meneruskan perjuangan esok,,yang ex-pdt dan the repeaters..good luck ye~

Hari nie birthday mak. Tapi kami se-family dah celebrate hari sabtu lepas kat Anjung Ketam dekat ngan area Tanjung Aru. Sedap nak mampuih orang Kedah cakap. boleh kira licin laa lauk-lauk semua tue. Wallah laa.

Kepada emak,, kakak doakan agar sentiasa dimurahkan rezeki dan mudah-mudahan panjang umur,, n bertambah amal dalam melakukan kebaikan. Insyaallah~
Tak lupa jugak kakak doakan agar keluarga kita selamat daripada api neraka dan mempunyai ukhuwah yang kuat dalam jalinan kekeluargaan.

Amiin.

Happy birthday mak <3





Wednesday, May 30, 2012

Inspirasi Cinta Terhebat (ICT)

#5. Sejuta Cinta Untuk Ibunda

Alhamdulillah,,akhirnya masuk jugak judul terakhir dalam kompilasi ICT nie..
Kalau based on title, 'Ibunda' amatlah merujuk kepada kecintaan seseorang anak kepada emak @ ibu@ ummi@mama@bonda.etc

Tapi setelah menerjah isi-isi dalam buku nie,,dla dapat merasakan bahawa spesifikasinya adalah terhadap kedua orang tua kita.mak dan ayah.

ingin dla coretkan di sini bahawa kita ini semua sememangnya tidak akan berupaya membalas jasa ibu kita hatta kita ialah seorang menteri pun. Jasa ibu tidak ternilai.menahan keperitan selama 9 bulan. melayan karenah yang pelbagai.mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.sedia berkorban demi melihat anaknya berjaya dan gembira.

Ayuh kita kuatkan lagi cinta terhadap kedua ibu bapa!

>mempunyai niat ikhlas mencintai mereka kerana Allah
>menerima mereka seadanya..sentiasa menerima kekurangan mereka ye.
>menghargai ibu bapa lebih daripada harta
>lakukanlah ekspresi-ekspresi cinta yang spontan!
>menjadi pendengar yang setia
>percaya kepada ibu bapa
>berkongsi pengalaman dengan mereka

Reda Allah bergantung pada reda ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa

Anak-anak,,termasuklah diri dla sendiri...sentiasalah mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita ye.
sekiranya mereka berlainan agama dengan kita, sentiasalah menghormati mereka.


"Wahai tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Amiin.


Sunday, May 13, 2012

Inspirasi Cinta Terhebat (ICT)....

#4. Ya Allah, Aku Jatuh Cinta

Cinta.mawaddah.love

Cinta itu fitrah manusia..mampu menyapa sesiapa sahaja tak mengenal usia, pangkat dan rupa..boleh menjadi madu dan racun kehidupan.

Cinta menjadi menjadi indah saat dikelola tanpa menyebulungi dosa. Jika kumbang tertarik pada bunga, maka cik abang tertarik pada cik kak!

Namun cinta mempunyai konsep yang lebih luas, bukan sahaja cinta antara sang teruna dan si dara..malahan boleh juga menjadi cinta antara ibu ayah kepada anak-anak, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada negara, dan yang paling utama kecintaan kepada Allah s.w.t..Yang maha pemurah dan maha penyayang <3 Cinta dari sudut psikologinya terbahagi kepada 3 iaitu, cinta kerana nafsu
cinta pragmatis..cinta yang mempunyai keseimbangan antara rasa suka dan duka.
cinta altruistik..cinta yang biasa dimiliki oleh seorang ibu untuk anaknya ^^.

Aspek-aspek yang wujud pabila seseorang jatuh cinta adalah perasaan ambil tahu, bertanggungjawab dan hormat dimana kita mampu menerima orang yang kita cintai seadanya.

Sekarang meh kita ambil tahu hormon-hormon yang terlibat secara tidak langsung semasa seseorang itu jatuh cinta...

Pheromones..hormon yang mengeluarkan wangian khusus pabila kita mencintai seseorang,,jika yg dicintai sesuai dengan wangian tersebut, maka cinta pun terbalas~
Oxytoxin..macam hormon semasa proses melahirkan anak kn??..;)
Vasopressin..hormon yang meningkatkan kesetiaan terhadap pasangan
Dopamine..membuat kita lebih berseri-seri :)
Neuropinephrine..menjadikan diri terasa bahagia dengan kehadiran si dia

Islam adalah agama yang fitrah.Islam mengajarkan kepada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi. Cinta seorang suami kepada isteri adalah cinta yang bermanfaat,cinta yang dapat mendatangkan murka Allah, serta cinta yang mubah iaitu cinta yang tidak menyebabkan maksiat,,adalah jenis-jenis cinta kepada wanita yang dijelaskan oleh Ibnu Qayyim.

Anda telah Jatuh Cinta??

mari kita lihat tanda-tandanya kalau-kalau anda telah jatuh cinta...ada 30 tanda jatuh cinta, antaranya ialah

<3 Perasaan sentiasa berdebar bila bertemu dengannya. <3 mula mempunyai perasaan cemburu <3 bergayut di telefon <3 menjaga penampilan <3 defensif <3 bertekad memilikinya Cinta mampu memberi impak yang positif dan boleh jadi juga memberikan impak negatif pada diri kita. Jadi, kita kena bijakpandai dalam menguruskan cinta ye. Bila kita jatuh cinta, namun belum nersedia berkahwin,,pendamkan saje perasaan tue..tapi sekiranya sudah bersedia, cepat-cepatlah pergi melamar ye...tapi diingatkan jangan guna SMS..takut-takut kena cakap tak serius. Sekiranya cinta kita ditolak, la tahzan.jangan bersedih hati..kerana Allah tahu yang terbaek untuk kita. Cinta memerlukan proses. juga waktu.cinta dapat membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti. tapi cinta itu hanya istimewa apabila diberikan kepada seseorang yang layak menerimanya. jadi bersabarlah, jangan terburu-buru :) Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang, malah lebih sakit bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. tapi cinta paling menyakitkan bila orang yang anda cintai sama sekali tidak mengetahui perasaan anda terhadapnya~


Salam ceria ^^