Saturday, December 5, 2020

UPM Graduate

Hi semua. Untuk entri kali ni, dhila nak cerita tentang episod pengangguran selepas grad. Mesti ada yang pernah mengalami detik-detik ni kan dulu. Kalau yang bernasib baik, lepas grad saja dah dapat panggilan kerja. Untung nasib badan.

Dhila habis final exam pada Jun 2016 di FPSK UPM. This also embarked I finished my degree. Hihuuu. Habis je belajar, dhila tekad nak rehat-rehat dulu. Nak enjoy dulu dengan kawan-kawan sekolah. Kitorang plan nak jalan ke Indonesia sama-sama habis je belajar ni. We did it. Tu yang jadi #bussettakesjava 😆

After holiday, lama-lama duduk rumah mestilah rasa pishang jugak.. Hehe. Memandangkan dhila masa tu stay di KK.. Kota Kinabalu, dhila pun mencarilah kerja di sekitar kawasan KK ni. Punya main susah nak cari kerja dalam bidang dhila ni. Rasa gelisah pun ada dah ni bila kawan-kawan sorang2 dah mula bekerja. Masa tu dah bulan Oktober.. End of the month, ada convocation. Malunya kalau belum kerja. 😰

Bagi mengisi jadual pengangguran dhila, dhila telah buat beberapa aktiviti supaya taklah masa tu disia-siakan sangat kan.

1. Berniaga

Alaaa... Berniaga kecil-kecilan je. Dhila buat aiskrim malaysia untuk jualan di rumah. Ni sambung meniaga business adik masa dia cuti sekolah. Selain aiskrim malaysia, dhila jual juga popia nestum. Packing kecil-kecil dan adik tolong jualkan kat asrama. Dapatlah komisen adik sikit. Hehe

2. Membaca

Untuk aktiviti kedua, tak termasuk baca apa-apa melalui handphone ye. Dhila sibukkan diri dengan membaca novel dan buku motivasi. Masa study kan dapat baucer buku, tapinya buku-buku yang dibeli guna baucer tu tak sempat habis baca pun masa study dulu. Sibuk dengan FYP dan monitoring semua.

3. Join meeting geng mak

Pagi-pagi, kadang-kadang tu dhila ikut mak dan best friend mak ke pasar. Kadang-kadang, ikut mak jumpa kawan-kawan dia. I okay je, sebab best jugak dengar sembang mak-mak ni 😏😉

4. Jadi burung hantu

Tak dinafikan... Ni la aktiviti yang dhila selalu buat. Hehehe. Waktu malam jadi jaga. Siang lepas subuh membuta. Ish ish ish. Mana rezeki nak masuk. Kalau tidur lepas subuh, rejeki tu dipatuk ayam (KCB sangat). Bujang kan. Lagipun, dhila suka sangat nonton cerita horror ni. Kalau Astro Citra, banyak movie genre ni. Tapi mula tayang jam 11 malam 😵

Okay, tu adalah aktiviti yang kita semua boleh buat semasa menganggur. Kalau menstrawberry lainlah aktivitinya. K, gurau. Tak kelakar. 🙄

Banyak lagi aktiviti berfaedah yang lain, yang mungkin anda suka lakukan. Bolehlah komen kot-kot ada aktiviti lain.. Hehe. Lain orang lain gaya, lain orang lain cara.

Wassalam 🙋‍♀️

Sunday, November 29, 2020

I'm returning...

Assalamualaikum and have a nice day everyone...

Finally after berkurun tinggalkan blogspot... Now, I'm returning here.

Well, after years a lot of changes happened. Daripada episod menganggur after graduation, mencari kerja, mencari jodoh, dan hingga kini episod terbaru adalah menjadi ttc-ians.

InsyaAllah, dhila akan share satu persatu supaya menjadi memori bagi dhila pada masa akan datang, di samping, awak semua boleh ambil info daripada entri dhila serba sedikit. Kalau rasa-rasanya berguna laa.. Hehe.

Okay, that's all for now. Till meet again! InsyaAllah 😊