dediasi khas untuk cikgu, teacher, miss, sir, madam, ustazah dan ustaz.
Guruku,
engkau laksana udara,
berhembus lembut,
di seluruh rongga hidupku,
memberikanku sebuah kehidupan,
yang penuh dengan ilmiah dan pengajaran.
Guruku,
engkau ibarat wisel merah,
yang sentiasa memberi arahan,
agar kerja dilaksanakan,
membuka harapan,
kepada kejayaan yang diidamkan.
Guruku,
sendamu, tawamu dan tangismu,
memoriku bersamamu,
diingati selalu,
kau umpama teman rapatku,
yang mencorak masa depanku.
Guruku,
ketabahanmu,
kesabaranmu,
dan pengorbananmu,
insyaallah..
akan ku hayati dan hargai perjuanganmu.
Terima kasih cikgu.
Maafkan saya cikgu.
Halalkan ilmu-ilmu yang cikgu berikan.
Saya sayang cikgu.
-Nur Fadhilah Binti Zulkipli
No comments:
Post a Comment