Sunday, May 8, 2011

sekapur sirih, secalit kasih.

Assalamualaikum.

hari ahad mendatang lagi,
hari ini bersua kembali.

Bulan Mei.

bulan yang penuh dengan konspirasi dan integrasi.

bulan yang menjadi kesukaan para pekerja, para ibu mahupun pelajar.

antara sebabnya mestilah kerana cuti yang berlambak-lambak dalam bulan nie.

siapa yang tak suka cuti kan??..

hari pekerja.hari ibu.hari guru.hari gawai.cuti sekolah(of course!).etc..

semua media cakap hari ni hari ibu.

meh dla nyanyi sikit~

Tu ye de ka tu ye jaana saneem
Pyar ho ta hei divaana saneem


nyanyian istimewa untuk mak dan ayah.

tak salah kan celebrate hari ibu dan bapa serentak.

jikalau kumbang pasangannya bunga,
jikalau si teruna dengan si dara.

jadi ibu dengan bapa.mak dan ayah.

translation:-
Sewaktu melihatmu
baru ku tahu betapa indahnya cinta.


kesyukuran dipanjatkan kerana dla masih mempunyai kedua ibubapa yang setia di hati.

kecoh jugak bila dah tiba bulan mei nie.

mula kembali sibuk dengan urusan pembelajaran.

al-maklumlah..bila dah memanjakan diri berbulan-bulan lamanya,tidur yang diulit dengan pelbagai mimpi manis, terus dah lupa diri masih bergelar seorang pelajar..ish3..

bila dah tiba saat untuk memerah otak dengan fakta dan nombor, berpisah lagi dengan keluarga dan bilik tercinta, menjalani kehidupan seperti di asrama dulu, terus membuatkan diri menjadi tak keruan..macam belum ada preparation lagi.

semua dah ada haluan masing-masing.dla juga.

dalam hidup ni ada dua jalan.
Jalan yang betul dan jalan yang salah.
Jalan yang salah memang senang diikuti.
tapi ia akan membuat kita berjaya dan gembira pada mulanya.
Melalui jalan yang betul,
sememangnya banyak tekanan, dugaan dan halangan.
namun kegembiraan dan kejayaan akan menjelma
di akhir jalan.
-SRK n Dhila :)

*******
11 Mei '11..
ku mohon agar beroleh kejayaan buat diriku, Ya Allah.
moga kegembiraan bersua nanti.

No comments:

Post a Comment