Sunday, December 8, 2013

Baju melayu bertemu baju kurung


Assalamualaikum :)

Melihat kepada tajuk forum, dalam kepala dla completely terbayangkan forum ni akan membicarakan tentang ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Mungkin kesan daripada poster-poster yang disebarkan di facebook oleh pihak PEMBINA. Hakikatnya, forum nie sebenarnya berkisarkan perasaan cinta antara lelaki dan perempuan. Dla tak pandai baca maksud tersirat dari tajuk forum tue kot. Ataupun ayat dia terlalu berbunga-bunga. Hmmm~~

dla pergi ke dewan KPZ dengan Kak Sheiha pada malam forum diadakan. Panel-panel terdiri daripada Us. Khairul Anuar Bakri, Us. Shahrul Ariffin, dan Ust. Adibah. Sedikit sebanyak yang ilmu yang dla dapat menjadi perkongsian ilmu dan juga peringatan kepada diri dla sendiri.

Jom terjah~

Definisi cinta yang digambarkan dalam Islam dan bagaimana nak urus peratusan antara cinta Allah, cinta manusia, cinta kepada haiwan, dll ?

Fasa yang dilalui oleh manusia:

Zaman kanak-kanak > sekolah menengah (krisis identiti) > fasa mengenal cinta

Allah swt mengaitkan cinta itu dengan ibadah.

Manusia akan terdidik kepada benda yang baik sekiranya cinta itu jelas baiknya, tetapi ada manusia; kerana cinta boleh
menyebabkannya seringkali berasa susah hati.

Tahaddu, tahabbu. Kamu beri hadiah, kamu berkasih sayang. Pabila kamu sebarkan salam, kamu berkasih sayang.

Nabi s.a.w. melarang manusia cinta kepada dunia dan takut kepada kematian.

Cinta adalah tanggungjawab. Cinta kepada perempuan sekiranya tidak membawanya ke gerbang perkahwinan, maka lupakanlah dia.

Kalau cinta tidak membawa kepada hati kita tenang, itu bukanlah cinta. Itu hanyalah pura-pura.



Adakah wujud cinta sebelum kahwin ?

Menurut kepada Yusuf al-Qardhawi, perbuatan cinta sebelum nikah itu adalah suatu perbuatan yang tidak terpuji... malah, cinta jihad kepada Allah lah cinta yang lebih tinggi daripada yang lain.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]

Jatuh cinta adalah diluar kawalan kita, tapi yang penting adalah bagaimana kita menguruskan perasaan cinta.

Tundukkan pandangan kerana pandangan itu akan menggoncangkan hati kita.



Apa itu ikhtilat ? Kenapa Islam menggariskan sempadan antara lelaki dan perempuan ?



Belajar adalah salah satu daripada ikhtilat yang dibenarkan.

Jaga ikhtilat sekadarnya.

Dalam diri kita ada musuh; hawa nafsu.

Sebelum menghadiri meeting persatuan/kelab/dll yang melibatkan lelaki dan perempuan, tolong cleankan hati kita. Tengok kepada tujuan kita serta niat dan perasaan yang kita bawa.

Pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah diharuskan atas sebab-sebab yang boleh membawa kepada kebaikan spt belajar, urusan kesihatan. Tapi jangan disalah guna.

Mohon kepada Allah moga diberikan perlindungan kepada pancaindera kita terhadap perkara-perkara yang membawa kepada keburukan.

Kekalkan sifat malu dalam diri kita. Jangan latih diri dari hilang rasa malu.

Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, matangkan diri kita.

Lamunan dan angan-angan jika tidak disertai dengan amalan akan kekal menjadi lamunan.

Lets marriage to be a tool in getting closer to Allah, NOT Allah be a tool to get a desired marriage.

Sekian sahaja daripada dla. Moga bermanafaat buat kita semua :)




Saturday, December 7, 2013

FREE antivirus~

Assalamualaikum

edisi kali ini lebih menjurus kepada bab-bab pc / komputer/ laptop/ etc.

almaklumlah...sekarang kan zaman teknologi canggih..rata-rata daripada kita pun dah ada gadget-gadget yang boleh hubungkan kita dengan dunia maya..

Tapi, dalam kita sibuk melayari internet, menyiapkan tugasan kuliah, edit video, edit gambar...tiba-tiba folder kita jd shortcut ?? File corrupt ??


mesti kita jd blank sangat-sangat. tambah lagi kalau assignments tue nak hantar esok nya...

Avast FREE antivirus.

ya. itulah jawapannya.

apa yang perlu anda lakukan ?

Cuma click link di atas, dan mulalh install antivirus di gadget anda. In shaa allah, masalah virus mevirus ini akan dapat diatasI..


CUBALAH SEKARANG
~

Friday, October 11, 2013

Fenomena HERBALIFE ^^.

Assalamualaikum :)

HERBALIFE. Satu produk kesihatan yang sudah mendapat tempat dalam negara kita, hatta di luar negara juga. Hampir kebanyakannya mengambil produk ini untuk menguruskan badan atau dalam kata sihat nya, untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang boleh mendatangkan risiko yang besar dalam hidup seseorang.

OBESITI. Bukan sekali kita pernah dengar perkataan ni. Mungkin beratus-ratus kali. Kekadang, jenuh telinga kita mendengar obesiti yang sentiasa keluaq kat radio-radio, televisyen... tak kurang jugak iklan di dada-dada akhbar yang selalu menyelitkan gambar sebelum dan selepas menggunakan produk perlansingan.

Bukan setakat obesiti yang menjadi antara penyakit 'leading cause of death', tapi banyaaaaak lagi. Tapi dla yakin, kalau kita amalkan tabiat pemakanan yang baik dan juga exercise..in shaa allah, kita boleh tingkatkan tahap kesihatan kita.

One serving please~~

Okeyhhh..itu semua promosi kesihatan daripada dla. Primary prevention lah katakan.

Apa kaitan dengan fenomena Herbalife nie pulak ?

Fenomena ni sangat meluas dalam kalangan coursemate dla especially batchmate. Kalau ada talk pasal Herbalife ni, ramai yang sanggup korbankan waktu sekejap semata-mata nak timbang berat badan, kira peratusan lemak, nak tahu berapa banyak visceral fat dalam saluran darah, kadar metabolisme, kandungan air, kalori badan, dan yang paling menarik....usia badan mengikut metabolisme. Sedangkan, segelintir je yang serius nak ambil produk ni untuk kembalikan berat badan ideal (dalam lingkungan BMI tau) dan juga kecantikan kulit. Yang lain, ada sifat curious yang sangat tinggi pasal badan memasing..hehe

Menarik bukan? Masa tu lah kita tahu badan kita ni badan orang tua ke..atau badan kita ni awet muda. Seronok! Sebab dla masih umur 17 and sometimes 18 tahun..kih kih kih.

Kita rasa seronok sebab kita jarang nak sibuk-sibuk ukur pasal semua nie. Bila kita ada peluang, apa lagi...gunakan sebaik-baiknya.

Start dari situ, kengkawan dla termasuk lah dla dah mula ada kesedaran nak aktif-aktif main itu ini. Walaupun tak terlibat dengan SUKOL (sukan interkolej) apa tah lagi MASUM. Memang tak lah kan..kite tak ada bakat sukan-sukan ni..setakat acah-acah main keluar peluh tu boleh la.


Jadi apalagi, dla pun nak menyeru anda-anda supaya kita teruskan legasi komuniti yang sihat dan cergas.

MAJULAH SUKAN UNTUK KESIHATAN SENDIRI.

P/S: Kepada Kawan-Kawan (coach terbaik) dan juga kawan dla yang masuk competition penurunan berat badan gemilang bersama Herbalife, dla ucapkan all the best for you. Discipline is number one okeyh~

Monday, July 22, 2013

Pavlova albumin

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni dla akan berkongsi sebuah lagi resepi yang boleh dijadikan pencuci mulut selepas berbuka puasa dan juga selepas tarawih.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur gred A
¾ cawan gula pasir / gula kastor
2 sudu makan tepung jagung (diayak)
1 s/t cuka makan
1 s/t esen perasa oren

Bahan-bahan topping :

1 cawan fresh cream
Buah-buahan segar- buah naga (dragon fruit)

Cara membuat :
• Pukul putih telur sampai berbuih.
• Masukkan gula dan pukul sampai bertanduk.
• Masukkan tepung jagung yang telah diayak.
• Pukul adunan hingga sebati. Masukkan cuka dan esen perasa oren. Pukul lagi.
• Panaskan oven 10 minit awal pada suhu 1800C
• Letakkan kertas minyak pada dulang pembakar.
• Tuangkan adunan pavlova dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 1 jam 20 minit . (selepas 30 minit, turunkan suhu pada 1300C.
• Setelah pavlova telah siap masak, biarkan ia sejuk selama 20 minit.
Topping:
• Pukul fresh cream sampai bertanduk (soft peak). Tuangkan ke atas pavlova.
• Hias dengan buah naga. (Boleh juga buah segar yang lain tau!)



Kenapa dla pilih buah naga instead of buah-buah lain ?

> mestilah sebab buah naga tu sedap, juicy, dan kaya dengan albumin

lagipun, albumin ni boleh menghalang heavy metals untuk serap dan meracuni badan kita dan dia ada antioksidan.


Apa-apa pun, selamat berpuasa dan mencuba pavlova albumin nie~

Saturday, May 11, 2013

Rapat dalam kejauhan

Assalamualaikum :)

“ Cinta mungkin muncul dari sudut tak terjangka…
Beranikah anda mencuba?”

Gramatis kan ayat kat atas ni ? Ayat ni merupakan tagline komik manga hasil karya Xiao Bai.

Tak sangka dla sekarang pun baca komik..dulu pun baca juga komik bila terjah ke bilik adik dla.

Dan sebenarnya sentimental value dalam komik ni yang berjaya menambat hati dla. Menitis juga mutiara-mutiara indah dari kolam mata.

Ya. Sentimental value sebagai seorang anak yang sentiasa inginkan kasih sayang dan cinta seorang ibu.

Komik ni mengisahkan Li Wei dan Xiaotian yang terpisah akibat kemalangan jalan raya yang menimpa Xiaotian. Li Wei pula ialah anak kepada Xiaotian. Atas hasrat tinggi Li Wei untuk bertemu ibunya yang dirindui setelah sekian lama terpisah, akhirnya hasrat untuk berjumpa ibunya terlaksana apabila Li Wei dihantar ke masa silam semasa ibunya masih berada di alam universiti.

Terkadang dla terfikir, anak mana yang tak terasa kehilangan seorang ibu yang sangat.sangat memberi makna dalam hidupnya.

Sempena hari ibu kali ni, dla ingin mengarang sebuah sajak untuk mak dla. Mungkin dla masih malu kalau nak tunjukkan sajak kepada mak yang ala hantam keromo tapi dikarang dengan penuh rasa sayang yang penuh dalam sanubari ini. Asalkan suatu hari nanti, bila dla sudah tiada,berusia mahupun berumahtangga, puisi ini lambat laun dibaca oleh emak tercinta.

Khas untukmu, Pn. Liza

Mak…
Pernah dulu dirimu setia disisiku
Menemaniku
Hatta hingga tatkala ini pun
Tidak bisa kusangkal dengan keraguan hati ini
Untuk menerima sepenuh kasih sayangmu
Alas sejuk tempat membuang lelahmu, tempat mu mengutip secebis tenaga
Namun semua itu tidak kau hirau
Ingin diriku membalas semua kebaikan yang dirimu berikan kepadaku
Namun ku tahu
Ku tidak berdaya
Kerana kasih mu terlalu besar untuk ku balas
Terima aku, simpan aku dalam hatimu
Selama-lamanya
Hingga hujung nyawa
Terima kasih emakku. . .


Duhai bonda, Selamat hari ibu~

Friday, February 22, 2013

Perbezaan kita adalah sedikit. . .

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, sambutan maulidur rasul peringkat Universiti bagi UPM telah berlangsung dengan jayanya. Dua hari berturut-turut sambutan berlangsung di Dewan Besar mampu membuat kita tergamam, tambah pula dengan kunjungan pelajar yang berduyun-duyun dan para pelajar dari UPNM serta UM. Kata pengarah program, dah lebih 50% daripada 3000 tempat duduk telah dipenuhkan.

Begitulah rasa kecintaan umat Nabi Muhammad s.a.w. kepada baginda walaupun telah lama hari maulidur rasul itu berlalu...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Tajuk forum semalam adalah 'Karisma dan Kepimpinan Unggul'.

Karisma yang ditunjukkan melalui keperibadian dan kepimpinan Rasulullah boleh dijadikan contoh oleh manusia.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang pemimpin yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Setiap daripada kita adalah pemimpin, terutama sekali kita adalah sebagai pemimpin diri kita sendiri.

Perbezaan diri kita dengan diri Rasulullah adalah sedikit.

Seperti yang diceritakan oleh Hafiz Hamidun mengenai kisah beliau semasa ke Acheh, Indonesia.

Seorang kanak-kanak yang berusia 9tahun bercerita mengenai perbedaan kita dengan nabi kita. Ngomongnya Indon begitu.

"Rasulullah itu tidurnya sedikit. Kita pula, sedikit-sedikit tidur. Sedikit-sedikit tidur."

"Rasulullah itu makannya sedkit. Kita pula, sedikit-sedikit makan. Sedikit-sedikit makan."

"Sakit yang dirasai oleh kita semasa ingin menghembuskan nafas yang terakhir, adalah sedikit. Rasulullah telah merasai sakit yang amat semasa mengalami sakit ingin menghembuskan nafas yang terakhir kerana baginda telah mengambil sakit menghadapi sakaratul maut umatnya."

Begitu cinta dan kasihnya Rasulullah terhadap umatnya.

Justeru, demi kasih dan cinta kita kepada Rasulullah..marilah kita bersama-sama melazimkan selawat dalam diri kita. In sha allah.

^^.

Wednesday, February 13, 2013

Cheese cake spongie

Assalamualaikum

Resepi ni dishare khas untuk Kak Ila..Try lah buat cheese cake ni pulak ye..lembut dan bahan-bahan pun senang nak dapat.

Btw, cheese cake ni adalah yang keempat dla cuba. Dan alhamdulillah, akhirnya menjadi juga kali ni. GemBIRA ^_____^

Betullah kata orang, "Jangan cepat putus asa dong~"

Kak Ila,, cuba lah resepi ni.



Bahan-bahan:

Bahan A:
250gram tepung optima/sponge mix
4 biji telur ayam
80ml air
1 sudu kecil ovalet
Keju Cheddar Kraft dipotong kiub (lebih kurang 5 kiub je)

Bahan B:
½ buku Philadelphia cream cheese
½ tin susu pekat manis

Bahan C:
3 sudu besar mentega

Bahan hiasan:
Keju Cheddar Kraft untuk diparut

Cara-cara :

  1. Panaskan 3 sudu mentega hingga cair, sejukkan.
  2. Pukul telur hingga kembang. Masukkan semua Bahan A yang lain ke dalam satu adunan dan pukul sehingga kembang (putih). Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam adunan dan pukul hingga sebati,
  3. Adunan dimasukkan ke dalam Loyang. Pastikan Loyang dialas dengan kertas minyak atau digris dengan mentega. Panaskan oven pada 160oC dengan kepanasan atas dan bawah. Bakar selama 30-35 minit.
  4. Bahan untuk creamer manisan keju : Masukkan Bahan B ke dalam satu adunan dan pukul hingga sebati.
  5. Kek yang telah siap di bakar dibahagi dua menggunakan pisau pemotong kek. Letakkan creamer manisan keju di atas lapisan pertama kek, kemudian tidihkan lapisan kek yang kedua di atasnya. Salutkan creamer manisan keju di atas dan tepi kek. Hiaskan dengan cheddar cheese yang diparut.

Selamat mencuba ^^.




Kek Coklat Minnie

Assalamualaikum :)

dla nak share resepi kek coklat ni especially untuk cake lover. Cubalah~



Bahan-bahan :

21/2 cawan Tepung gandum
2 cawan gula kastor
5 biji telur saiz C ATAU 4 biji telur saiz A
1 cawan serbuk koko
2 sudu the baking powder
1 sudu soda bikarbonat
250gm Butter / Mentega
Bahan campuran :
1/2 cawan air panas + 3 sudu besar susu tepung coklat + 2 sudu besar susu pekat

Cara Membuat :

  1. Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan koko sebanyak 4-5 kali. Ketepikan.
  2. Putarkan butter dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan tadi. Putarkan.
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak semasa langkah pertama tadi ke dalam adunan.
  5. Masukkan Bahan campuran. Kacau hingga sebati.
  6. Panaskan oven pada 180oC dengan kepanasan atas dan bawah. Bakar kek selama 40 minit

P/S : Untuk menghias kek dengan corak-corak Minnie atau kartun lain, boleh dapatkan di kedai kek berhampiran ye.. Selamat Mencuba ^^.

Thursday, January 31, 2013

BULAN CINTA~

Assalamualaikum wbt.:)

Alhamdulillah, sekarang kita akan menjengah ke bulan Februari bagi tahun 2013.

Kepada Mak dan Ayah, Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke-21 pada 1 Februari ini.
Kakak doakan agar bibit-bibit cinta sentiasa mekar dalam perhubungan suami isteri ye serta diberikan kesihatan tubuh badan. Moga berkekalan di dunia dan akhirat In sha allah.

Bila tiba bulan Februari je, mula la muncul kat tv semua cerita-cerita romantika..mula la main drama Jodoh, drama Akasia yang menggantikan drama Setia Hujung Nyawa (SHN).

Bercerita tentang SHN, ia adalah satu drama adaptasi daripada novel. Banyak benar drama, filem yang mengadaptasi novel sekarang ni. Macam dah jadi trend zaman sekarang. Untung lah si penulis novel. Hasil karyanya difilemkan.

Mengomel tentang jodoh pula, banyak rakan-rakan dan sepupu yang menyarankan untuk mencari teman lelaki dalam usia yang muda. Demonstrator makmal pun kata hal yang sama. Katanya, semakin bertambah usia, semakin kecil skop untuk kita bertemu pasangan hidup. Ye la kan, masa kita belajar..kita akan bertemu dengan macam-macam orang. Tapi bila kita dah bekerja, kita akan tertumpu dengan kumpulan manusia dengan skop yang lebih kecil. Contohnya, yang biasa kita lihat perkahwinan antara cikgu dengan cikgu.
Bagi dla, bila dah jodoh…tak kira usia atau kerja apa atau di mana, tetap akan bersatu. Kalau tak di dunia, In sha allah bertemu di akhirat. Perancangan Allah yang dirancang untuk hambanya begitu sempurna.

Tak lama lagi musim belajar akan bermula. Beberapa minggu lagi akan kembalilah ke daerah perilmuan.
Doakan agar dapat mengumpul ilmu dengan penuh molek ye~

Salam ceria semuanya :)

Wednesday, January 23, 2013

Sistem Kutu : Pengikat Silaturrahim


Assalamualaikum,
Salam Berbahagia semuanya :)

Hari ni dla akan kongsikan serba sedikit tentang sistem kutu.

Pernah dengar tak sistem ni??

Sebelum mengenali sistem kutu, lebih molek kita kenal apa itu kutu ye~~

Jeng Jeng Jeng


Ni la dia kutu. In English we called it lice.
Kutu yang lebih dikenal sebagai sejenis binatang yang mampu membawa mudarat kepada tubuh badan.
Kutu ni boleh dikelaskan sebagai ‘Agent’ dan haiwan serta manusia pula bertindak sebagai ‘Host’. Kutu lebih terkenal untuk membuat mahligai di kulit kepala kita dan secara tidak langsung menyebarkan penyakit berjangkit.

Berbalik kepada topik utama kita…
dla nak tanya kat kalian semua.

Pernah main tak sistem kutu ni??..

Sistem kutu ini menggunakan nama 'kutu' kerana sesuatu yang kecil berupaya menjadi besar. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Kutu ni, kalau sekali dah bertelur..banyak je anak-anak dia. Begitulah duit kutu nie dinamakan.

Ada beberapa langkah yang kita kena buat agar sistem ini berjalan dengan lancar dan berkesan.

Langkah Pertama:
  • Menentukan bilangan ahli yang ikut serta dalam sistem kutu

Langkah Kedua:
  • Melantik seorang Bendahari dalam kalangan ahli

Langkah Ketiga:
  • Membuat cabutan undi antara peserta. Tujuan cabutan undi adalah untuk menentukan giliran mendapat duit kutu yang akan dikumpul.

Langkah Keempat:
  • Bendahari akan mula mengutip duit pada setiap bulan daripada setiap peserta. Duit yang telah cukup pada bulan tersebut akan diserahkan kepada peserta mengikut angka giliran.P/S : Boleh je nak kutip setiap minggu ke..atau setiap dua bulan ke…semuanya bergantung kepada keputusan perbincangan ahli

Langkah Terakhir:
  • Sekiranya pusingan telah lengkap, di mana setiap ahli telah mendapat giliran..langkah pertama boleh diulang semula :)

Sebagai tambahan,
pada akhir setiap bulan..ahli yang merupakan gilirannya mendapat duit kutu boleh menggunakan duit tersebut, ataupun mengadakan jamuan yang melibatkan semua ahli. Kalau ada kata sepakat untuk membuat jamuan pada setiap bulan, makanya semua ahli perlu membuat jamuan menggunakan duit kutu tersebut. Ala-ala datin uolls kalau ada jamuan setiap bulan..^^.

Kelebihan Sistem Kutu:
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.. In sha allah
  • Duit kutu juga boleh dianggap sebagai simpanan jugak tau!
  • Melatih diri kita untuk berjimat dalam berbelanja kerana pastinya kita akan diburui oleh bendahari untuk membayar duit kutu..hee

Berjimat cermat sebelum terlewat~

************
Di kesempatan ini juga, dla ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul..12 Rabiulawwal,, kepada semua umat Islam yang berada di seluruh dunia~

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W ^^.