Thursday, October 25, 2012

AIDIL ADHA datang LAGI~

aSSALamuALaikum

Hari Raya Aidil Adha

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.


Sumber : pmr



"Esok budak medic dah takde class"...ada yang dah balik pun.

"Kite??.."

"Alaa..petang tue dah boleh balik.."
Kata dla kepada teman laa..almaklumlah,, dla dah ada pengangkutan nak balik.

Ada yang rumah di Pahang, katanya nak naik bas runcit. Atau dalam kata yang lebih mudah, bas berhenti-henti. Aleh-aleh, ada rezeki dapat tumpang kereta kakak housemate....

Beraya di kampung setelah sekian lama tak rai Aidiladha di kampung.

Dengar-dengar ada jugak nak dibuat korban nanti~

Dekat rumah...

Mak dah siap perisi ikan nak buat laksa..dah buat kuih raya pun.

Ayah pun dah balik rumah.

Yang tinggal asrama semuanya dah balik.

Angah balik hari Khamis. Eh,,hari nie...

Macam rasa rindu-rindu manja pulak.


Its okay..its alright.

Dr. Azowa kata,,bila musim-musim raya nie..menjadi satu pengorbanan jugaklah menyiapkan tutorial sambil beraya. Raya korban jugak kan.ehe.

Baiklah, Selamat meraikan AidilADHA dengan penuh takwa dan ceria taw semua..

Moga-moga Allah mempermudahkan urusan kalian dalam melaksanakan ibadah korban.

Senyum-senyum selalu~



No comments:

Post a Comment