Friday, February 22, 2013

Perbezaan kita adalah sedikit. . .

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, sambutan maulidur rasul peringkat Universiti bagi UPM telah berlangsung dengan jayanya. Dua hari berturut-turut sambutan berlangsung di Dewan Besar mampu membuat kita tergamam, tambah pula dengan kunjungan pelajar yang berduyun-duyun dan para pelajar dari UPNM serta UM. Kata pengarah program, dah lebih 50% daripada 3000 tempat duduk telah dipenuhkan.

Begitulah rasa kecintaan umat Nabi Muhammad s.a.w. kepada baginda walaupun telah lama hari maulidur rasul itu berlalu...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Tajuk forum semalam adalah 'Karisma dan Kepimpinan Unggul'.

Karisma yang ditunjukkan melalui keperibadian dan kepimpinan Rasulullah boleh dijadikan contoh oleh manusia.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang pemimpin yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Setiap daripada kita adalah pemimpin, terutama sekali kita adalah sebagai pemimpin diri kita sendiri.

Perbezaan diri kita dengan diri Rasulullah adalah sedikit.

Seperti yang diceritakan oleh Hafiz Hamidun mengenai kisah beliau semasa ke Acheh, Indonesia.

Seorang kanak-kanak yang berusia 9tahun bercerita mengenai perbedaan kita dengan nabi kita. Ngomongnya Indon begitu.

"Rasulullah itu tidurnya sedikit. Kita pula, sedikit-sedikit tidur. Sedikit-sedikit tidur."

"Rasulullah itu makannya sedkit. Kita pula, sedikit-sedikit makan. Sedikit-sedikit makan."

"Sakit yang dirasai oleh kita semasa ingin menghembuskan nafas yang terakhir, adalah sedikit. Rasulullah telah merasai sakit yang amat semasa mengalami sakit ingin menghembuskan nafas yang terakhir kerana baginda telah mengambil sakit menghadapi sakaratul maut umatnya."

Begitu cinta dan kasihnya Rasulullah terhadap umatnya.

Justeru, demi kasih dan cinta kita kepada Rasulullah..marilah kita bersama-sama melazimkan selawat dalam diri kita. In sha allah.

^^.

No comments:

Post a Comment