Wednesday, January 8, 2014

Setiap gambar, ada cerita #1

Assalamualaikum

Alhamdulillah..selesai akhirnya semester 3 yang penuh dengan pahit jerih yang melanda. Bukan senang nak habiskan satu semester ni. Banyak pengorbanan yang perlu dibuat, banyak jugak lah ilmu yang perlu diterokai. Makin kita dewasa, makin tough ilmu-ilmu yang nak kena belajar, makin tough juga assignmentssss yang kena buat. Sekarang ini, just tinggal tawakkal dan serahkan sahaja urusan kepada Allah..Moga-moga mendapat khabar berita yang baik di pertengahan Februari nanti. In shaa Allah :)

. S.E.M.E.S.T.E.R..3. .

Nak kata banyak, tak banyak...nak kata sikit, mungkin jugak sikit event yang dla sertai. Tapi, apa-apa pun..pengalaman itu paling penting. Pengalaman itulah yang mendewasakan kita. Am I right ?

Rewind Back Session

.Orientasi sesi 2013/2014.


"Jom warming-up dulu dengan newbies..jap lagi nak lari-lari"


"Fasi-fasi dah sedia nak ambil port memasing. Nak jaga checkpoint"


"First Checkpoint. Mesti jawab soalan-soalan yang kami bagi dalam masa 5 saat. Kalau tak, Tett. Air tasik lah jawabnye.."


"Gambar nie comel :)"

.Kayuhan Hijau Sekretariat Rakan Muda UPM.


"Gambar yang nie dla suka tengok background dia"


"Peserta kayuhan hijau.. Program nie sangat environmental. nak ikut program nie, kita kena serahkan tin minuman tau. Penat juga berbasikal naik bukit ni. Kapus~"


"Selamat Hari Malaysia 16 September"

.Pre-Ceria Sihat KPP.


"Preview tempat di Kampung Pasu..."


"Kat kedai makan nie ada menu khas. Special tuk hari tue je..Cendol Lalat. Nasib baik dla order ABC"

.Ceramah bersama Prof. Muhaya.



"Credits to kak sheiha untuk gambar. Memandangkan ada kelapangan hari Jumaat tue, takde kelas Law, bolehlah kami datang ceramah Prof"

.Masterchef@Colourful@17.


"Tiba-tiba ikut Masterchef sebab nak penuhkan penyertaan. Bidan terjun sangat"

No comments:

Post a Comment