Tuesday, July 19, 2016

"Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak"

Assalamualaikum.

"Ehhh..lama tak jumpa! Awak dah berubah laa".

"Saya tengok awak ni dah berubah laa..tak macam dulu. Saya suka awak yang dulu".

Daebak. Daebak. Sigh.

Ni la ayat-ayat yang selalu muncul dalam drama-drama tv kita. Ya, manusia selalu perhatikan gelagat, sikap, kelibat seseorang individu tu. Sebab tu lah apa-apa perubahan yang jadi kepada seseorang senang dikesan.

Menjadi seseorang yang baru kadang-kadang bukan lah menjadi kehendak dia pun. Tetapi keadaan dan masa yang sedikit sebanyak merubah personaliti seseorang tu. Seseorang yang pendiam, pemalu dan hanya memerhatikan orang lain tak akan sentiasa kekal dengan personaliti sedemikian. Malah, ada yang suka dengan personalitinya begitu.

Dari masa ke masa, sikapnya boleh jadi sedikit kasar, perasaan malunya kini bertempat, menjadi sangat berani untuk berbuat apa sahaja yang pada waras fikirannya dapat membantu dia berjaya dalam hidupnya. Kenapa dia perlu berubah?

Cabaran, halangan dan rintangan itulah yang membolehkan individu belajar erti kehidupan. Apatah lagi pabila dia bersendirian dan tak punyai mana-mana sokongan. Hatinya perlu kental, tegas, dan kuat. Air matanya tak boleh sewenang-wenangnya menitis ke bumi. Seluruh kepercayaannya perlu ditaruhkan kepada Yang Maha Kuasa. Dia tahu tiada lagi sesiapa yang dapat membantunya kecuali Allah.

Dia bangkit untuk berubah. Sedikit demi sedikit. Dia rindukan dirinya yang dulu, tapi dia cintakan dirinya yang sekarang. Yang tidak gentar bilamana cabaran dan dugaan datang tiba-tiba. Walau ramai yang cuba menindasnya, dia cuba tangani dengan langkah silat pengalamannya. Agar dia dapat melawan nafsi-nafsi itu dan melangkah ke peringkat seterusnya. Dia akan lebih gembira dengan dirinya yang berani.

Bila ada yang berkata, "Aku suka kau yang dulu. Mana perginya kau yang dulu?"

Dia genggam tangannya. Rasa macam nak dush.dush je. Tapi, jangan biarkan syaitan menguasai diri. Sabar.

"Kau boleh suka aku yang dulu. Tapi kau tak pernah merasai apa yang aku alami. Persekitaran kita berbeza. Kau dengan cabaran yang kau lalui. Dan aku punya cabaran yang tersendiri. Sakit, penat, detik susah itu aku yang terpaksa tanggung. Jadi jangan bezakan aku yang dulu dan sekarang.Aku rindukan diri aku yang dulu, tapi aku cintakan diri aku sekarang".

Heh?!


Cuma ada satu benda yang tidak boleh berubah dari dulu sampai sekarang. Kita masih nak rebut duit raya laaa!!


2 comments:

  1. salam..singgah cn good luck
    http://mummysupplementshop.blogspot.my/2016/07/rebut-duit-raya-rm5000-by-cik-akak.html

    ReplyDelete
  2. Pemenang Rebut Duit Raya Cik Akak dah umum...mohon semak link penyertaan anda

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2016/07/pemenang-rebut-duit-raya-rm5000-by-cik.html

    Terima kasih.

    ReplyDelete