Saturday, May 5, 2012

Inspirasi Cinta Terhebat (ICT)

Cinta Terindah Buat Yang Mencari Cinta Dan Mencintai Allah


Alhamdulillah..dla akhirnya memiliki kompilasi buku-buku hasil tulisan Burhan Sodiq.
Sangat menyentuh hati remaja dla.

Terdapat 5 judul buku yang boleh menjadi panduan remaja masa kini, iaitu
1. Kerana Cinta Harus Memilih
2. Engkau Memang Cantik
3. Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri
4. Ya Allah, Aku Jatuh Cinta
5. Sejuta Cinta Untuk Ibunda

InsyaAllah, dla akan cuba ulaskan isi daripada setiap judul dalam ICT.

#1. Kerana Cinta Harus Memilih

Setiap remaja mesti pernah berasa bingung dalam memilih antara percintaan ataupun persahabatan..antara kekasih ataupun kawan..
Cinta remaja mungkin sesaat sahaja, tapi persahabatan adalah untuk selamanya (^.~)

Cuba tanyakan kepada diri kita, benarkah perasaan cinta yang kita rasakan...
atau,, kita pernah menyatakan "Aku telah jatuh cinta pada dia, dia dan dia"...

Sekiranya sedemikian yang kita rasakan, mungkin itu hanyalah sebahagian daripada rasa kagum kita terhadap seseorang.

Imam Ibnu Qayyim telah menyatakan,
"Cinta yang terpuji ialah cinta yang mendatangkan kepada pemilik cinta itu hal-hal yang memberinya manfaat di dunia mahupun di akhirat. Maka cinta seperti ini merupakan muara sebuah kebahagiaan.

Sekalipun ada cinta yang tercela ialah cinta yang mendatangkan kepada pemiliknya hal-hal yang membawa kepada kerugian dunia dan akhirat. Dan cinta sebegini adalah sumber penderitaan dan duka lara"

Dalam usia remaja yang agak belia ini, telah ramai pasangan kekasih yang bermesraan bak suami isteri, berasyik-asyikkan dalam kegelapan...
Nauzubillah..moga-moga dijauhkan perkara nie daripada menimpa diri dla dan juga pembaca...

Maka, cintailah seseorang kerana Allah.

Cinta kerana Allah bererti mencintai seseorang kerana ketaatannya kepada Allah atau cinta di jalan Allah.

Daripada Anas bin Malik berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah, sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya, dan sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.

dla nak ambik sikit lirik lagu Sahabat-Najwa Latif
'Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi SAHABATku'


Friends are FOREVER kn~ (^^,)

Tapi, apa-apa pun jua, bak kata orang-orang tua; kita nie dah besar gajah dah..dah pandai beza baik buruk...dan pandai buat pilihan sendiri.

Sekiranya anda rasakan dialah pilihan anda, (macam rancangan realiti pulak kan)

mari kita menadah tangan,berdoa kepada yang Maha Esa...

Oh tuhan, seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan..
Ya Allah, ku mohon apa yang telah Kau takdirkan, dia adalah yang terbaik buatku, kerana Kau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanMu, Ya Allah..Aamiin.

Hmmm...mana satu yang menjadi pilihan anda??

Tepuk dada, meh tanya iman.

No comments:

Post a Comment