Sunday, May 13, 2012

Inspirasi Cinta Terhebat (ICT)....

#4. Ya Allah, Aku Jatuh Cinta

Cinta.mawaddah.love

Cinta itu fitrah manusia..mampu menyapa sesiapa sahaja tak mengenal usia, pangkat dan rupa..boleh menjadi madu dan racun kehidupan.

Cinta menjadi menjadi indah saat dikelola tanpa menyebulungi dosa. Jika kumbang tertarik pada bunga, maka cik abang tertarik pada cik kak!

Namun cinta mempunyai konsep yang lebih luas, bukan sahaja cinta antara sang teruna dan si dara..malahan boleh juga menjadi cinta antara ibu ayah kepada anak-anak, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada negara, dan yang paling utama kecintaan kepada Allah s.w.t..Yang maha pemurah dan maha penyayang <3 Cinta dari sudut psikologinya terbahagi kepada 3 iaitu, cinta kerana nafsu
cinta pragmatis..cinta yang mempunyai keseimbangan antara rasa suka dan duka.
cinta altruistik..cinta yang biasa dimiliki oleh seorang ibu untuk anaknya ^^.

Aspek-aspek yang wujud pabila seseorang jatuh cinta adalah perasaan ambil tahu, bertanggungjawab dan hormat dimana kita mampu menerima orang yang kita cintai seadanya.

Sekarang meh kita ambil tahu hormon-hormon yang terlibat secara tidak langsung semasa seseorang itu jatuh cinta...

Pheromones..hormon yang mengeluarkan wangian khusus pabila kita mencintai seseorang,,jika yg dicintai sesuai dengan wangian tersebut, maka cinta pun terbalas~
Oxytoxin..macam hormon semasa proses melahirkan anak kn??..;)
Vasopressin..hormon yang meningkatkan kesetiaan terhadap pasangan
Dopamine..membuat kita lebih berseri-seri :)
Neuropinephrine..menjadikan diri terasa bahagia dengan kehadiran si dia

Islam adalah agama yang fitrah.Islam mengajarkan kepada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi. Cinta seorang suami kepada isteri adalah cinta yang bermanfaat,cinta yang dapat mendatangkan murka Allah, serta cinta yang mubah iaitu cinta yang tidak menyebabkan maksiat,,adalah jenis-jenis cinta kepada wanita yang dijelaskan oleh Ibnu Qayyim.

Anda telah Jatuh Cinta??

mari kita lihat tanda-tandanya kalau-kalau anda telah jatuh cinta...ada 30 tanda jatuh cinta, antaranya ialah

<3 Perasaan sentiasa berdebar bila bertemu dengannya. <3 mula mempunyai perasaan cemburu <3 bergayut di telefon <3 menjaga penampilan <3 defensif <3 bertekad memilikinya Cinta mampu memberi impak yang positif dan boleh jadi juga memberikan impak negatif pada diri kita. Jadi, kita kena bijakpandai dalam menguruskan cinta ye. Bila kita jatuh cinta, namun belum nersedia berkahwin,,pendamkan saje perasaan tue..tapi sekiranya sudah bersedia, cepat-cepatlah pergi melamar ye...tapi diingatkan jangan guna SMS..takut-takut kena cakap tak serius. Sekiranya cinta kita ditolak, la tahzan.jangan bersedih hati..kerana Allah tahu yang terbaek untuk kita. Cinta memerlukan proses. juga waktu.cinta dapat membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti. tapi cinta itu hanya istimewa apabila diberikan kepada seseorang yang layak menerimanya. jadi bersabarlah, jangan terburu-buru :) Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang, malah lebih sakit bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. tapi cinta paling menyakitkan bila orang yang anda cintai sama sekali tidak mengetahui perasaan anda terhadapnya~


Salam ceria ^^




No comments:

Post a Comment