Monday, February 28, 2011

...Andai Gerimis Berhenti...

alhamdulillah

..fuhh..lega rasanya bila da selesai baca citer nie...penuh konflik dan debaran...tulisan mardihah adam

cerita nie mengisahkan hidup seorang wanita yang dikenali Aisya,yang merupakan usahanita yang membuka kolam ternakan ikan di kampungnya(bukan calang-calang orang nak buat semua nie..perempuan lae tue) dan menjadi idaman teman baiknya sendiri...Najmi dan Hisyam..tapi hatinya setia kepada Ustaz Zul...

jadi, memang suatu cabaran la bagi Aisya nie nak pilih yang mana satu kan..tambah-tambah lae kalau melibatkan persahabatan..ish3..memang payah tue...

tapi yang paling best...camane dia nak lalui tue semua..dengan orang yang menyabotaj dia lagi..betul-betul mengajar kita sifat tawakal kepada Allah..

novel Andai Gerimis Berhenti nie merupakan tulisan kedua Mardihah Adam selepas Lukisan Jiwa..alaa..yang menjadi inspirasi kepada penulis blog nie..dua-dua pun best...

nie pun sebenarnya secara kebetulan je tangan nie mengambil novel dari rak buku kat popular...in a hurry kan..xsangka bagi impak yang besar..especially da sampai chapter 40..bukan saje aisya yang tahan menangis..dla pun sama..terlampau menjiwai kan..apa boleh buat kan..apa yang kita nak tue tak selalunya dapat~

membaca novel nie sampai terbawa-bawa pi dalam mimpi...bagus kalau betul-betul jadik macam lam mimpi tue..tapi mimpi nie mainan syaitan..ada la orang terlupa baca doa tidur ne kan..:P

*******
esok da 1 Mac...bermula lagi satu episod yang baru pulak nanti...rasa tertekan tue memang tak boleh nak elakkan..makan tak lalu..tidur tak lena..nasib mandi basah jugak...:)

da macam orang tengah bercinta pulak kan..

alahai nasib badan..penantian suatu penyeksaan jugak kan..

2 comments: