Friday, November 11, 2011

mata.DOMiNANT.eyes

salam Jumaat ^^..

hari nie dla nak tanya ngan korang.

korang punya mata dominant yang belah kanan ke belah kiri??

kanan..

kiri..

tak tahu??

cube kenyit mata anda SEKARANG..buat ye insan2 comey :)

untuk pengetahuan anda, mata yang anda yang anda gune untuk tackle gadis-gadis cantik atau jejaka-jejaka macho tue adalah mata recessive. smntara rakan karibnya sebelah tue adalah mata dominant anda..

nak tanya lagi..

anda pakai kacamata x?..ne sesuai tanya kat adik-adik dla nie..hehe

sekarang ne ada satu kaedah laser yang akan membuat anda tampak lebih yakin tanpa spek mata..ye la kn, bile pakai spek nie yang paling susah time nak pakai tudung..banyak je anasir karipap datang menjengah..siap ada sound effect lagi.."fuhh..fehh"..tiup2 tudung ye..hehehe

LASIK..laser assisted in situ keratomileusis

jom baca dulu artikel nie ye..

Ini adalah kaedah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan untuk rabun jauh, rabun dekat dan silau. Ia adalah kaedah pembedahan yang popular dan berjaya dilakukan diseluruh dunia.

Prosedur pembedahan ini tidak memerlukan kita untuk masuk ke hospital dan ia hanya mengambil masa 10 minit. LASIK mengubah kelengkungan kornea. Mata akan merasa kebas selepas titisan mata anestetik dimasukkan ke dalam mata. Selepas itu doktor mata yang mahir akan membentuk satu lapisan kornea dengan alat microkeratome iaitu alat pembedahan mikro yang amat jitu. Selepas lapisan kornea ini dibentuk dan diketepikan, permukaan kelengkungan kornea akan diubahbentuk dengan sinaran laser Excimer.

Lapisan tisu kornea ini amat nipis sekali dan prosedur menggunakan laser Excimer tidak memberi kesan kerosakan haba atau kesan parut pada tisu-tisu sekeliling. Selepas sinaran laser ini, flap kornea yang masih terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlu sebarang jahitan.

Pada dasarnya risiko akibat prosedur LASIK ini adalah amat kecil. Sebelum pembedahan dilaksanakan para pesakit perlu memjalani pemeriksaan pra-pembedahan bagi mengetahui samada pesakit tersebut sesuai ataupun tidak menjalani pembedahan LASIK.

ehmm..macam best je kn..harga dia pun best..
kira standard laa..



...dla ada gaya x macam optometrist?..;D

No comments:

Post a Comment