Tuesday, November 15, 2011

nape merah jari tue?..

Inai atau dalam bahasa omputeh dya Henna mempunyai nama saintifik yang tersendiri juga iaitu Lawsonia Inermis. Kawan-kawan panggil inai nie 'pacar'..itu la yang dla dengar dorang panggil inai nie sejak dla darjah dua lagi.

Hujung-hujung tahun gini sebenarnya dla rindu nak pakai inai kat jari-jari dla..selalunya nie jadi aktiviti tahunan dla n family..takpun syok-syok sendiri je..memang tak lekang jari nie berinai di hujung tahun..

tapi bila hari berganti hari, tahun berganti tahun, dan usia pun makin meningkat..nak pakai inai persis pengantin perempuan macam dulu, dla rasa segan daa..takut kena kata dek orang..hee..

pernah ada orang berbicara mengenai hukum memakai inai nie..almaklumlah..orang-orang sekarang terlalu kreatif dan berseni..macam-macam corak nak buat kat tangan yang cukup dengan jari-jari yang comel-comel dan runcing tue..

dan setelah dla menggooglekan pasal nie..dan

setelah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

******
kesian dla tengok pokok inai kat luar rumah tue, takde dah orang nak guna dia..daun makin lebat..kesian.kesian..

takpela..dla tunggu tahun depan je laa..manataw ada cuti panjang nanti, bolehla pakai kn :)

******

MUET awaiting me..huh?!.19th.

No comments:

Post a Comment